Terkini

Menu

Merancang Untuk Mengandung?

Merancang Untuk Mengandung?

Merancang Untuk Mengandung?

Bagaimana proses kehamilan berlaku?

Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim. Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke fallopian tube (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur. Kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada diantaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat.


Setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi). Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil.



Merancang untuk mengandung?

Keputusan untuk mengandung adalah suatu keputusan yang penting dan memerlukan perancangan yang rapi. Sesetengah daripada wanita hari ini selalu menganggap ianya mudah dan lebih bersikap berharap dan berserah. Wanita perlu tahu masa serta keadaan yang sesuai untuk dia hamil agar - dirinya mampu menghadapi sebarang tekanan atau perubahan dari segi mental, fizikal malahan ia juga memerlukan kewangan yang cukup. Secara normalnya tempoh kesuburan kita akan berlangsung sehingga kita berumur 48 tahun iaitu apabila putus haid. Oleh itu wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun (dari 12- 48 tahun sahaja). Malah wanita perlu tahu yang terdapat beberapa risiko lain yang akan berlaku sekiranya anda hamil pada usia yang agak lanjut untuk hamil iaitu antara 35-48 tahun.

Selain itu, untuk hamil wanita mestilah subur dan berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya (ovulating). Benih wanita hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja. Ini kerana waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau ' fertile period '. Untuk itu persetubuhan dengan suami perlu dilakukan pada waktu subur bagi menjayakan kehamilan atau menjauhkan diri waktu ini untuk mengelak kehamilan. Jadi setiap pasangan suami isteri perlulah merancang bilakah masa terbaik untuk hamil.



Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. Kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma atau benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).


Ciri-ciri benih:

  • Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
  • Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.



Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:


Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Kekacang seperti hazelnut, almond, dan makanan ringan yang masin seperti keporok juga digalakkan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Sperma Y dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak tetapi jangka hayat sperma Y adalah pendek, iaitu hanya boleh hidup dalam masa 24 jam sahaja! Oleh itu, hubungan seks digalakkan berlaku berhampiran tarikh ovulasi kerana dengan cara ini peluang untuk mendapatkan anak lelaki lebih tinggi. Anda tidak digalakkan melakukakan hubungan sekd 1 minggu selebum tarikh ovulasi untuk mengekalkan jumlah sperma yang tinggi.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi. Caranya soda bikarbonat 1 sudu kecil dicampur segelas air.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

5. Teknik hubungan intim yang digalakkan ialah teknik “doggie-style”, di mana teknik ini membenarkan zakar lebih dekat dengan servik, dan jarak perjalanan yang pendek menyebabkan sperma Y yang agresif mencapai telur terlebih dahulu. Hubungan seks digalakkan pada waktu malam.

6. Semasa mengadakan hubungan seks, tahap kepuasan isteri perlu dicapai terlebih dahulu sebelum suami kerana sistem badan wanita akan mengeluarkan cecair beralkali yang boleh meransang pergerakan sperma Y.



Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal sebelum kedatangan haid atau seminggu selepas kedatangan haid (hari ke-18 hingga 24).

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan. Cara mudah melakukannya ialah dengan mencampurkan 1 sudu kecil cuka masak dengan segelas air.

4. Suami perlu sampai kemuncak sebelum isteri supaya dapat menyediakan medium berasid dalam vagina yang dapat merangsang pergerakan sperma X.

5. Ketika hubungan seks, suami adalah digalakkan berada di kedudukan bawah manakala isteri di kedudukan atas.


Merancang Untuk Mengandung?
Credit: my-sweet-february.blogspot.com

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Merancang Untuk Mengandung? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM