Terkini

Menu

Tip Bercuti Bersama Anak-Anak

Tip Bercuti Bersama Anak-Anak

Tip Bercuti Bersama Anak-Anak

Sebelum berangkat

Biar anak-anak mengemas barang yang dibawa mereka. Bagi tahu saja pakaian seperti apa yang perlu dibawa dan biarkan mereka memilih pakaian yang mereka suka. Jangan lupa bawa mainan yang disukai anak-anak.

Masukkan beberapa manisan seperti gula-gula dan coklat, tuala kecil, tisu, buku cerita serta kertas dan alat tulis di dalam beg yang akan dijinjing.

Perbaharui imunisasi seperti vaksin hepatitis B, hepatitis A dan apa-apa vaksin untuk seluruh anggota keluarga. Jika bercuti di luar negara, cari maklumat mengenai vaksin tambahan untuk daerah tujuan tersebut.



Di lapangan terbang

Datang awal ke lapangan terbang untuk daftar masuk dan ke ruangan berlepas untuk mengelakkan kelewatan serta masalah-masalah kecil yang boleh menyebabkan anda tertinggal kapal terbang.

Beritahu anak mengenai prosedur pemeriksaan keselamatan supaya mereka tidak takut untuk melakukannya terutama ketika memasuki pintu pemeriksaan.

Dengan jumlah orang yang ramai di lapangan terbang, anda perlu menggandakan jagaan terhadap anak-anak. Pastikan anak sentiasa berada di sebelah anda dan pegang tangan mereka.

Jangan pernah sesekali meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan dari orang dewasa. 



Dalam penerbangan

Tempat duduk terbaik dalam penerbangan untuk anak-anak adalah barisan pertama di kelas ekonomi. Di situ ada ruang untuk kaki yang luas. Seorang anak sebaiknya duduk di antara dua orang dewasa, justeru ketika membuat tempahan, anda juga perlu memilih tempat duduk. 

Penempahan tempat duduk lebih awal walaupun perlu membayar lebih tetapi ia berbaloi dan dapat membantu seluruh anggota keluarga dapat tempat duduk sebaris atau berdekatan.

Bawa air kosong dalam botol untuk diminum selain gula-gula mint untuk mengurangkan tekanan udara pada telinga serta barangan mainan dalam beg pegang untuk menarik minat anak-anak.



Jika melancong dengan kereta

Jadikan percutian menaiki kereta kenangan yang menyenangkan dengan membawa bantal dan selimut. Berhentilah dengan kerap di mana-mana tempat rehat dan rawat. 

Pastikan anda menyediakan kertas, pensil, mainan, CD lagu dan buku kegemaran anak-anak. Dan yang paling penting, babitkan anak-anak dalam proses percutian tersebut. 

Simpanlah segala yang berkaitan dengan percutian anda sekeluarga seperti brosur dan potongan tiket dalam tempat khas seperti dalam buku tebal. 

Dengan melihat brosur dan tiket-tiket itu, ia akan mengujakan dan membuatkan mereka tidak sabar untuk sampai ke destinasi.



Di destinasi percutian

Tip Bercuti Bersama Anak-AnakPastikan jadual sepanjang percutian anda bersama anak-anak lebih santai dan mempunyai banyak masa yang terluang. Jangan buat jadual percutian yang terlalu padat kerana ia akan membuatkan anak-anak keletihan sekali gus membuatkan mereka meragam.

Jika ahli keluarga yang lain mengikuti rombongan anda, pastikan mereka menyimpan maklumat mengenai hotel dan nombor telefon yang akan dihubungi ketika kecemasan.

Ketika berjalan beramai-ramai di satu-satu lokasi, pastikan anda menepatkan masa dan satu sudut yang sesuai untuk berkumpul dan apabila anda berpecah.



Di hotel

Pastikan anak-anak tidak bermain di dalam bilik mandi yang sememangnya luas dan cantik di bilik hotel. Pastikan lantai bilik air tidak basah kerana takut anak-anak atau anda tergelincir.

Ketika anda berehat, pastikan tingkap tidak dibuka dan pintu dikunci.

Kanak-kanak sememangnya sangat menyukai aktiviti mandi-manda di kolam renang. Justeru, jangan biarkan mereka berenang tanpa pengawasan dari orang dewasa terutama anda.



Perkara-perkara yang perlu diambil berat 

Jika agenda percutian anda mencakupi kolam renang, laut, taman tema air dan tempat-tempat berkaitan dengan air, perkara penting yang anda perlu pastikan ialah jangan sesekali membiarkan mereka bersendirian.

Walaupun mereka boleh berenang, anak-anak harus selalu memakai pelampung.

Bawalah topi yang lebih lebar dan pelembap untuk melindungi kulit anak-anak dari sinaran matahari. Bawa juga ubat-ubatan yang diperlukan. Jangan lupa simpan nombor doktor keluarga yang boleh dihubungi ketika kecemasan walaupun anda bercuti di luar negara.Untuk mencegah penyakit yang disebabkan air yang tercemar, minumlah hanya air mineral dan gunakan air yang sudah di masak untuk membuat susu anak ada atau jus.


Tip Bercuti Bersama Anak-Anak

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Tip Bercuti Bersama Anak-Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM