Terkini

Menu

13 Permainan Yang Kita Patut Tahu Jika Mahu Anak Pandai

13 Permainan Yang Kita Patut Tahu Jika Mahu Anak Pandai

Seorang ibu, Puan Adlil Rajiah, menulis di dalam blognya 13 permainan yang ibu bapa patut tahu untuk menggalakkan perkembangan minda anak. Kebanyakan permainan yang diperkenalkan, adalah dari barangan harian – ia amat murah dan mudah untuk dilakukan! Tanpa menunggu lagi, sila baca penulisan beliau di bawah ini:

—————–

Aktiviti kanak-kanak yang murah & bagus untuk perkembangan minda!

Ok topik hari ni agak ke”mak-mak”an sikit. Orang bujang mesti boring baca. Tapi kalau bujang yang kuat berangan, boleh la baca sambil berangan anak ada kat sebelah. Scaryyyy~~ ;D

Ok sebenarnya since aku publish entry pasal Child Psychiatrist tu kan, ramai parents yang email aku dan share pengalaman masing-masing buat assessment dengan Child Psychiatrist. Rupanya ramai jugak parents yang dah pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist kan. Aku ingat aku sorang je. -___-

Well, ramai yang beranggapan bahawa anak-anak yang perlu jumpa Psychiatrist ni, mesti anak yang terencat otak,
anak ada masalah mental, anak autism, anak asik kena rasuk, etc. Kamonnn.. TAK SEMESTINYA.

Macam kita. Kita jumpa gynecologist sebab nak beranak je ke? Tak semestinya kan. Period tak teratur pun jumpa gynae. Asik sakit perut pon jumpa gynae. Saje-saje nak cari jodoh pon jumpa gynae.

So sama macam child psychiatrist. Bawak anak jumpa psychiatrist tak semestinya anak kau gila. -_____-
Sebenarnya, semua parents yang ada anak 12 bulan dan keatas, sangat disarankan bawak anak masing-masing jumpa Child Psychiatrist. Untuk apa?? Supaya parents lebih mengenali behaviour anak. Supaya parents tahu cara yang betul untuk handle behaviour-behaviour tertentu. Contoh, anak kuat jerit, nak buat camane. Anak takut strangers, nak buat camane. Anak terlalu manja, nak buat camane. Anak lembap, nak buat camane. Anak lambat cakap, nak buat camane.

Kat sana ialah tempat terbaik untuk parents belajar mengenali anak masing-masing dan tahu mana salah silap SEBELUM TERLAMBAT. Dan supaya perkembangan fizikal dan mental anak dapat diransang dengan baik. Dan parents bukan sekadar memperbodohkan anak dengan gajet semata. Amboi kasarrrr ayatnya. -___-

Biasalah kita sekarang dah terlalu moden. Sampai otak jadi sempit dan tak kreatif bila fikir soal anak.
Bila anak bosan, nah ipad. Bila anak nak perhatian, nah ipad. Nanti esok-esok kau dah tua, kau lapar, anak suapkan ipad dalam mulut kau. Ok kasar lagi. Maafkan saya. -..-

Bagi parents yang dah pernah hantar anak buat assessment dengan Child Psychiatrist, mereka tahu betapa banyakkkkk aktiviti yang boleh dilakukan bersama untuk merangsang fizikal dan minda anak. So hari ni aku nak share beberapa aktiviti tersebut. Dan semua aktiviti ni bukan saje based on experience aku sendiri, tapi jugak dari pengalaman parents lain yang sudi berkongsi untuk manfaat bersama. Siapa kata aku mereka-reka cerita, korang siap. Aku jentik tahi lalat tu kang.
;D

Kalau diikutkan memang terlalu banyak aktiviti untuk meransang minda anak-anak yang diguna-pakai oleh Child Psychiatrist dalam assessment mereka. Tapi kat sini, aku senaraikan beberapa sahaja, yang aku rasakan murah, mudah dan semua orang boleh praktikkan dengan anak masing-masing di rumah.

Ok jom kita tengok satu-satu.

1) Ring Tower / Tower Blocks / Cup Tower.

Apa-apa sahaja aktivti berkenaan membuat tower adalah bagus. Macam Haikal, kitorang beli ring tower je. Senang.
Cuma susun yang besar bawah, kecik atas. Dan supaya dia boleh kenal saiz mengikut turutan yang betul.



Dari aktiviti ni, anak akan dapat recognize saiz dan belajar camane nak buat tower yang seimbang.
Selain ring tower, korang jugak boleh guna barang yang dah ada kat rumah macam cawan plastik atau mangkuk plastik untuk buat tower.


Besar bawah, kecik atas. Suruh anak susun camtu.
Pastu bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. ;D

2) Colour Sorting

Ok untuk aktiviti ni, korang boleh guna apa sahaja benda yang berwarna.
Dan suruh anak asingkan mengikut warna yang sama.
Macam Haikal, selalunya aku guna tiga benda.

a) Fruit Fork.


b) Fur Balls


c) Batang Aiskrim


Seperti yang kita semua tahu, bermain dengan warna adalah cara paling baik untuk merangsang minda anak.
Aku pon tak tahu nak explain secara scientific. Tapi aku boleh tengok sendiri dari perangai Haikal.
Kalau bermain dengan benda berwarna, dia nampak excited dan bersemangat.
Dia tak cepat bosan dan happy je masa bermain.
Dan menurut doktor, warna bagus untuk stimulate mata anak-anak jugak. =)

Aku tak guna benda yang sama setiap hari untuk aktiviti sorting colours ni,
sebab Haikal akan bosan bila tengok benda yang sama hari-hari.
So kita tukar-tukar.
Hari ni batang aiskrim, esok fur balls, lusa fruit fork, dan sebagainya.
Aktiviti ni tak terbatas untuk barang-barang tertentu sahaja.
Asalkan barang tu berwarna, boleh guna.
Sudu ke, sepit baju ke, pensil warna ke, kertas warna ke, stokin ke. -___-

3) Sorting beads

Aktiviti ni agak merbahaya dan wajib ada orang dewasa yang monitor.
Sebab ia melibatkan beads/manik.
Aktiviti ni aku dapat tahu dari mak saudara aku. Dia nurse.
Dan dia jugak pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist,
dan ini salah satu aktiviti yang anak dia buat semasa assessment.

Aktiviti ni mudah je. Korang hanya perlukan manik berbagai warna dan jenis.
Butang baju pon boleh.
Longgokkan banyak-banyak dalam pinggan.
Dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna.
Dah macam babak nak cari bakal isteri dalam cerita p.ramlee pulak. Kahkah.


Kenapa guna manik?
Sebab benda kecik-kecik ni boleh stimulate fine motor skills anak dan latih anak untuk lebih fokus.
So nanti penglihatan dan pemikiran dia tajam, pergerakan tangan dia lebih lancar.
InsyaAllah bila besar nanti pandai melukis dan tulisan cantik.
Macam iolls.
*muntah*
;D

4) Shape Sorting

Masa Haikal baby dulu, kitorang ada beli shape sorter yang macam ni.


Branded dan mahal.
Berlagak habis la masa tu. Bahah.
Tapi percayalah cakap aku. Tak worth it langsung korang beli shape sorter yang mahal-mahal camni.
Dah la mahal, pastu blocks dia tak banyak.
Macam yang aku beli ni, blocks dia dalam 18 ketul je.
Umur belum setahun Haikal dah boleh buat tak sampai 2 minit.
Sekarang dia siap dah boleh masukkan shape tu dari dalam ke luar. -____-
Lagi satu yang aku tak suka, kegunaan dia tak pelbagai. Boleh guna sebagai shape sorter sahaja.
Boring. Dan membazir.

Nasib baik ada sorang ibu yang share tentang shape sorter yang lebih berbaloi.
Katanya, kat Mr.DIY ada jual wooden blocks (100 ketul), harga cuma RM40.
Ada tiga kegunaan pulak tu:


Shape sorter.


Boleh buat castle atau tower.


Dan boleh buat Domino jugak!

Lebihhhhh berbaloi dari beli shape sorter yang mahal tapi tah hape-hape itu. -..-
Jadi Haikal pon boleh main lebih lama dan tak bosan dengan satu aktiviti sahaja.
Selain boleh rangsang otak dalam mengenal pasti shapes,
benda ni jugak boleh enhance kreativiti anak dalam construct castle dan susun domino.
Oh selain tu, korang jugak boleh suruh anak sort colours menggunakan wooden blocks ni.
Kan dia ada banyak warna tu.
Sangat beronok-ronok bukan?

5) Penyepit baju.

Masa buat assessment dengan Dr. Sherine, Haikal ada buat aktiviti ni.
Guna sepit baju.


Tak payah yang fancy-fancy camni pon takpe.
Sepit baju mydin pon boleh guna. =)
Korang boleh latih anak tekan sepit baju tu dan sepit di tepi bekas seperti ini..


Selain merangsang otak, aktiviti ni sangat bagus untuk motor skills, sensory skills, dan melatih anak mengawal tangannya.
Memula memang payah. Sampai herot-herot mulut Haikal nak picit penyepit tu kahkah.
Tapi lama-lama dia semakin terrer.
Makin laju dia buat. =)

6) Fur sticks & Penapis Sayur.

Bahah.
Kenapa penapis sayur perlu terlibat sama dalam hal ni. -___-


Fur sticks ni aku simpan sejak zaman anak dara lagi.
Aku dulu memang suka buat arts. Macam buat kad mother’s day ke hape kan.
Biasalah anak dara mana ada kerja lain. Nak tolong mak kemas rumah, malas. -..-

Korang boleh cari Fur Sticks ni di mana-mana kedai stationaries. Mesti ada punya.
Apa yang korang perlu buat ialah, potong fur sticks tu pendek-pendek
dan suruh anak masukkan dalam lubang penapis sayur.


Aktiviti ni pun bagus untuk latih anak lebih fokus dan stimulate fine motor skills.
Selalunya aku suruh Haikal cucuk dan susun mengikut warna fur sticks tu.
Aktiviti ni memang fun sebab boleh menguji tahap kesabaran anak korang jugak.

7) Hair bands, lidi dan penapis sayur.

Ye, masih menggunakan penapis sayur. -___-


Tapi kali ni kita guna penapis sayur berlainan dari yang tadi.
Supaya blog readers tahu kat rumah iolls ada banyak penapis. Kahkah!

Ok tentang hair bands, semua mak-mak mesti ada hairbands bukan?
Takkan la kau memasak dengan rambut lion king segala.
Macam aku, memang suka standby hair bands banyak-banyak kat rumah.
Sebab hairbands ni, hobi dia menghilangkan diri selalu.
Sebelum mandi elok je letak atas meja, tetiba habis mandi ting! Hilang. -..-
So kalau travel ke apa, aku memang standby banyak hairbands dalam wallet.
Kang kalau hairbands hilang atau hari tu kuat berpeluh so hairband berbau hapak nak pengsan bila bau kahkah.
So lebih senang bila ada banyak spare.

Jadi sementara hair bands yang belum diguna masih banyak,
boleh lah guna untuk buat aktiviti bersama Haikal.
Jangan bagi anak main yang dah hapak pulak ye. Rosak saraf hidung budak tu. ;D


Aktiviti ni senang saje. Anak cuma perlu tarik hairbands dan masukkan dalam lidi mengikut warna.
Tapi aktiviti ni cukup bagus untuk fizikal dan mental anak.
Sebab?
Sama macam aktviti lain, dapat enhance sensory and fine motor skills.
Latih pergerakan tangan. Latih anak fokus. Latih anak sabar. =)

8) Count the sea-shells.

Ok budak-budak memang cepat belajar mengira bila ada objek dan bukan sekadar menulis di atas kertas.
Korang boleh guna apa-apa barang yang senang dikira.
Macam Haikal, kitorang guna sea-shells.


Korang boleh je kutip mana-mana kalau rumah kat tepi pantai kan.
Tapi boleh jugak guna benda-benda lain macam batu sungai ke kan.
Eh semua benda pon boleh guna kottt. Nak kira je pon kan. -..-

Dalam aktiviti ni, Haikal perlu letak bilangan sea-shells mengikut nombor yang diletakkan kat sebelah pinggan.
Macam ni..


Kalau anak korang dah besar sikit, boleh guna kaedah yang sama untuk ajar maths macam plus minus dan sebagainya.

9) Bolts & Nuts

Ok yang ni pon salah satu aktiviti yang Haikal buat masa assessment dengan Dr.Sherine tempoh hari.
Bolts and Nuts ni korang boleh beli kat mana-mana. Cari yang murah sudah.
Aku beli kat Mr.DIY. Memang murah.
Tapi tak ingat dah berapa. -___-


Benda ni dia berbeza mengikut warna, bentuk dan saiz.
So bolt dan nut tu kena matching dalam 3 perkara itu (warna, bentuk, saiz).
Kalau tak match, memang tak masuk.

Oh aktiviti ni paaaaaling aku suka.
Sebab Haikal kena genius sikit nak main benda ni.
Selalu dia main benda senang-senanggg je kan.
Yang ni susah, padan muka dia. ;D


Tapi lama-lama, pon Haikal boleh buat.
Tak pandang pun rilek je dia buat. -___-

Aktiviti ni bagus.
Selain mencabar minda, sebab kena matching banyak warna, bentuk dan saiz,
ia juga dapat melatih fine motor skills dan hand movement.
Ingat, apa-apa aktiviti yang merangsang pergerakan fizikal (pulas, picit, tekan, tolak, tarik, lompat, lari, merangkak, berguling etc), juga akan merangsang motor skills dan brain development!
Sekali lagi bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung.

10) Melukis

Walaupon aktiviti melukis ni nampak remeh,
ataupon nampak macam tak best sebab parents tak pandai lukis,
sila tahu bahawa permikiran dan imaginasi budak tak terbatas kepada sesuatu gambarajah sahaja.
Lukislah apa saje dan suruh anak imitate lukisan korang.
Cantik ke tak cantik tu balakang kira.

Masa ni la korang nak latih anak pegang pen, pensil warna, crayon dan sebagainya.
Kajian mengatakan, anak yang SUKA melukis mempunyai pemikiran yang lebih kreatif.
Dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan adalah lebih luas.
Hamboi.

Dia kata anak yang SUKA melukis ye, dia tak kata anak yang PANDAI melukis.
So pandai tak pandai melukis, itu belakang kira.
Yang penting, jadikan aktiviti melukis tu sebagai hobi atau rutin harian.


Jangan kata parents tak pandai lukis, so taknak buat aktiviti melukis dengan anak.
Rugi.
Lukislah apa saje. Dan suruh anak imitate.
Walau sekadar bulatan atau garisan.

Ataupon buat camni.
Kita lukis sesuatu bentuk (bulat, square, line, oval, etc.) dan suruh anak sambung lukisan tersebut.
Pepandai dia la nak sambung dan menjadikan apa-apa yang dia nak.

Memang la buruk hazabedah lukisan dia. Bahah.
Tapi kita tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran dia.
Jadi biar dia lukis, biar dia explore. =)


Ok ni aku saje nak share.
Hari tu aku jumpa crayon blocks ni. Pun dekat Mr. DIY.
Crayon blocks ni sangat berguna. Bila Haikal dah bosan melukis, dia boleh buat tower. =)


Macam-macam mainan budak-budak sekarang.
Crayon blocks lah apa semua lah. -____-

Helloooo mama dulu lukis pakai arang je tau.
Ok tipu. ;D

11) ABC 123 Blocks.

Macam yang aku cakap sebelum ni, warna dan appearance permainan tu memainkan peranan penting dalam menarik minat anak-anak.
Kalau sekadar tulis ABC 123 di atas kertas, mungkin diorang akan cepat bosan.
So korang boleh try guna blocks.
Kat mana-mana pon ada benda ni. Aku beli kat giant tak silap.


Sebelum umur 2 tahun, Haikal dah boleh hafal dan recognize setiap huruf A-Z dan nombor 1-10.
Amazing? Memang.
In fact, blocks adalah lebih powerful dari flash cards.
Tak percaya korang boleh cuba.

12) Car track.

Tak payah beli car track yang bertingkat-tingkat yang mahal tu.
Cuma guna masking tape berwarna, dan tampal kat lantai dan design lah ikut suka korang.
Dan amik segala mainan cars yang anak korang ada, dan suruh dia gerakkan car tu di atas track.


Aktiviti ni pon bagus untuk fine motor skills selain melatih anak untuk lebih fokus.
Selain bajet yang murah, sebab korang hanya perlukan masking tape sahaja,
korang jugak boleh ubah design track tu kepada design yang lebih susah dari minggu ke minggu.
Supaya aktiviti ni jadi lebih mencabar, dan otak anak korang dirangsang dengan lebih baik.

13) Shoot the ball.

Ok ni last.
Aku pon dah penat taip. -______-”

“Shoot the ball” jugak adalah salah satu aktiviti Haikal semasa assessment tempoh hari.
Just baling bola dalam jaring.
Main bola jaring la senang cakap. -..-

Kebaikan aktiviti ni lebih kurang macam memanah.
Dapat latih anak lebih fokus, precise dan concise dalam hidup.
Macam yang kita tahu, aktiviti memanah adalah sunnah nabi.
Tapi pada umur ini, Haikal belum sesuai untuk buat aktiviti memanah.
So untuk melatih ke arah itu, boleh buat aktiviti ni dulu (baling bola dalam jaring).
Dan bila dah besar sikit, boleh ajar dia main dart, dan seterusnya ajar memanah.
Gitu.


Note untuk parents: Jangan lupa letak bakul bawah jaring supaya korang tak lecak ketiak kejar bola sana sini. -___-

Aktiviti ni korang kena lakukan secara berperingkat.
Buat paras rendah dulu. Biarkan dia masukkan ball tu dengan senang lenang.
Benda ni penting untuk build dia punya self-esteem sebelum memulakan cabaran yang lebih susah.
So bila dia kompiden habis masukkan ball dalam jaring tu, baru letak paras yang lebih tinggi.
Kalau boleh paras yang memerlukan anak tu melompat atau mengjingkitkan kaki.
Pergerakan macam ni bagus untuk fizikal especially kekuatan muscle dan tulang dia.
Dan ofkos untuk otak jugak. =)

Ok dah.
Habis jugak entry ni. Hahaha.
Panjang betul lah hai. Terhakis dah jari aku ni haa.
Harap korang sama-sama dapat manfaat lah.
Tak delah sia-sia sangat jari aku terhakis ni haaa.. -___-

Oh lagi satu, mohon jangan tanya aku aktiviti sekian-sekian sesuai untuk umur berapa.
Aku tak boleh jawab.
Sebab lain budak, lain tahap dia.
Macam Haikal, dia dua tahun. Tapi doktor kata pemikiran dia sama macam budak lima tahun.
Aku tak tahu la nak rasa apa. Bersyukur ada, gerun pon ada.
Nasib doktor tu tak kata macam umur 25.
Boleh aku start carikan jodoh untuk dia. -____-

So sepatutnya, parents tu sendiri tahu tahap potensi dan kebolehan anak.
Jangan takut untuk dedahkan benda baru kepada anak pada umur berapa-berapa pun.
Lagi awal lagi bagus kan.Yang penting keselamatan kena utamakan.
Kalau anak suka masuk barang dalam mulut, dalam hidung, kena awas lebih.

Dan sebenarnya kita sebagai parents pon kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak.
Kalau penat bekerja sekalipon, ada banyak aktiviti mudah yang tak perlu keluar peluh pon.
Jangan malas dan jangan harapkan ipad semata.

p/s: Sorry kalau entry ni macam poyo, berlagak, atau kembang hidung ke apa. Sekelumit pon aku tak berniat begitu.
Apa yang aku tahu, benda baik, benda bermanfaat, kita kena share. Itu saje.

Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com
13 Permainan Yang Kita Patut Tahu Jika Mahu Anak Pandai

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

7 ulasan to ''13 Permainan Yang Kita Patut Tahu Jika Mahu Anak Pandai"

ADD COMMENT
  1. Tq 4 sharing. Berguna. Cuma, nak bagi pndpt skit...kalau parents yg ada anak more than 1, dan umo selang setahun...benda mcm dlm bentuk kayu@btg@cucuk(aku tak tau istilah tepat) seeloknya dielakkan sbb takut anak2 tercedera. Terutama utk anak yg hyperactive.

    BalasPadam
  2. Penah cuba a few.. yg menjadi cabaran bila ada anak lebih dr sorg.. mula2 elok main sama2 lama2 jd berebut, lama mama stress ��

    BalasPadam
  3. and kepada Puan Nida Husnan, cadangan saya ialah adakan play rules. play rules yang saya selalu guna pakai ialah "If two or more people are holding the same thing, they have to play together" and "We love each other" yang saya ulang banyak kali everyday. And apa yang saya lakukan bila anak-anak seakan-akan nak berkelahi, saya distract. kalau tak jadi juga, saya go down to their level, peluk dua-dua tell them I know their frustration and invite them to make thier own rules on who should play first. Alhamdulillah, it works for my children so far. good luck with yours!

    BalasPadam
  4. Dah lama tak beraktiviti dengan anak. Kene buat balik ni utk ank 2nd. Masa abak 1st mmg boleh fokus. Bila ank bertambah, tune dah lari. Thanks for sharing. Tak saba nak restart semula

    BalasPadam
  5. kesimpulannya belilah barang lego education

    BalasPadam
  6. sronok nye bace blog puan.. kelakar.. haha.. sy ade 3 org so boleh la praktik kn ape yg pyan share ni.. thnk u!

    free2 jln la ke blog sy ye puan.. newbie lg ni.. hehe

    www.vitaminsetbersalin.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Salam puan. Perkongsian yang bmanfaat utk semua parent. Cuma sy ada ptanyaan bkaitan Child Psychiatrist. Di hospital mana sy bleh bawa anak jumpa Child Psychiatrist ni? Sy dr golongan yg kurg senang dan tggl di puchong. So, utk bawa ke private mmg x bkemampuan. Adakah hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan ini? sekiranya ada, mcm mana nak set appointment ye? Biasanya skiranya nak dptkan rawatan dr hospital kerajaan, mereka akan btanya anak sy sakit ape..mcm mana nak buat assessment ni? ada cadangan x?

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM