Anak Sakit Tonsil
Anak Sakit Tonsil
SOALAN:-
Doktor, anak saya berusia 7 tahun dan kerap demam dan sakit tekak. Adakala berserta dengan batuk dan selsema. Setiap kali ke klinik, doktor mengatakan anak saya ada masalah jangkitan pada tonsil. Doktor biasanya memberikan antibiotik tapi anak saya kerap kena jangkitan yang sama. Bulan lepas, dia kena jangkitan tonsil lagi. Perlukah tonsil anak saya dibuang? Mohon pencerahan doktor sebab sanak saudara memberitahu saya bahawa pembedahan membuang tonsil perlu dibuat jadi saya risau tentang ini. (Rahimawati)
JAWAPAN:-
Yang dihormati Puan Rahimawati, sebelum saya menjawap soalan puan, adalah lebih baik saya cuba jelaskan tentang tonsil.
Tonsil adalah kelenjar tisu limfoid yang berfungsi sebagai markas pertahanan yang diperlukan oleh badan pada awal pembesaran kanak-kanak. Terdapat beberapa kelompok tisu limfoid di dalam rongga mulut, ini termasuk:
http://mbbsdost.com/fbapp/index.php?mno=2103
http://en.wikipedia.org/wiki/Tonsil
Gambar 2: Tonsil yang bengkak, radang dan bernanah
(http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:WikiProject_Medicine/Translation_task_force/Strep_throat_bn)
Bagi kanak-kanak yang mengalami sakit tonsil mereka akan:
1. Rawatan perubatan:
2. Pembedahan
(oleh Dr. Ramiza Ramza Ramli)
- Adenoids (Tonsil Pharyngeal) yang terletak di belakang hidung
- Palatine tonsil. Tonsil yang selalu dikaitkan dengan masalah sakit tonsil.
- Lingual Tonsil. Terletak dibahagian belakan lidah
- Tubal tonsil. Terletak pada keliling saluran(auditory) yang menyambungkan hidung dengan telinga tengah.
Kumpulan tisu tonsil ini dikenali Lingkaran tonsil Waldeyer (Waldeyerls tonsilar ring). Semasa awal pembesaran kanak-kanak, kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Ia akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil menjadi radang dan membesar. Ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berumur 2-3 tahun. Kemudian ia secara beransur-ansur akan diambil alih tugas oleh sistem pertahanan badan yang lebih menyeluruh dan matang. Apabila ini berlaku tisu tonsil akan mengecil dan kurang berfungsi.
Tetapi sesetengah individu tisu tonsil terus kekal besar dan akan menjadi tumpuan jangkitan kuman. Bagi individu ini mereka akan mendapat masalah sakit tonsil secara berulang-ulang. Individu ini akan mengalami sakit tonsil yang kerap (sekurang-kurangnya sekali sebulan). Antara symptom sakit tonsil ialah:
- Sakit tekak yang teruk menyebabkan sakit apabila menelan makanan.
- Demam dengan suhu melebihi 38 darjah selsius.
- Perubahan suara. Suara menjadi garau ataupun seperti suara apabila sedang makan makanan panas (Hot potato voice).
- Lenguh atau sakit badan.
- Sakit kepala.
- Berdengkur waktu tidur – Ini disebabkan tonsil yang bengkak.
Gambar 1: Tonsil yang bengkak dan radang
(http://tonsillectomyrecovery.com/tonsillitis-pictures/)Gambar 2: Tonsil yang bengkak, radang dan bernanah
(http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:WikiProject_Medicine/Translation_task_force/Strep_throat_bn)
- Mengalami kesakitan dan demam yang lama (sekurang-kurangya 1 minggu)
- Perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat sakit tonsil mereka.
- Perlu mengambil dan menghabiskan ubat antibiotik disamping ubatan lain untuk simptom mereka (contohnya ubat demam dan ubat sakit tekak)
- Terpaksa cuti sakit dari persekolahan dan ini akan menganggu pembelajaran mereka
- Tidur terganggu, ini disebabkan tonsil yang membengkak akan menyebabkan tidur berdengkur dan juga pada kes yang teruk mereka akan berhenti bernafas seketika semasa tidur – Sleep Apnea.
Oleh kerana itu, kebanyakan doktor akan menyarankan agar masalah tonsil dirujuk dan dirawat kepada pakar ENT. Rawatan tonsillitis (jangkitan kuman pada tonsil) boleh dibahagikan kepada 2:
- Antibiotik – Perlu diambil selama sekurang-kurangnya seminggu (Cth: Amoxicillin; digunakan pada peringkat pertama dan Augmentin digunakan apabila antibiotik biasa tidak berkesan)
- Ubat demam/tahan sakit
- Lezonges (ubat yang dihisap/kemam)
- Ubat kumur(Diflam atau Thymol gurgle) juga diberikan tetapi kurang berkesan kerana ia tidak membasahi tonsil.
- Pembedahan tonsil dikenali sebagai Tonsillectomy.
- Tonsillectomy ialah pembedahan untuk membuang tonsil. Ia dilakukan menggunakan bius penuh (General anaethesia).
Tonsillectomy ialah sebagai jalan terakhir untuk merawat penyakit tonsil yang berulang-ulang. Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum doktor pakar ENT menasihati pesakit untuk tonsillectomy.
Kriteria asas untuk tonsillectomy ialah seperti berikut: (pesakit hanya perlu memenuhi salah satu dari kriteria di bawah):
- Masalah sakit tonsil yang berulang-ulang menyebabkan pesakit memerlukan rawatan doktor, ubatan antibiotic dan terpaksa mengambil cuti dari persekolahan atau dari bekerja.
- Mengalami tonsillitis sebanyak 5 kali setahun atau 7 kali dalam 2 tahun yang berturut-turut.
- Tonsil yang besar dan radang yang menyebabkan pesakit berdengkur dan mengalami apnea (berhenti bernafas) semasa tidur.
- Sakit tonsil yang menyebabkan kawasan disekeliling tonsil bernanah (Peritonsillitis atau Quincy).
- Sekiranya doktor pakar ENT syak pembesaran tonsil adalah disebabkan barah tonsil.
Untuk menjawab soalan Puan Rahimawati, sekiranya anak puan kerap mengalami tonsillitis dan ia mengganggu kualiti kehidupan anak puan dari sudut pembelajaran, aktiviti seharian dan juga kualiti tidur anak puan, saya sarankan supaya membawa anak puan berjumpa doktor pakar ENT untuk rawatan selanjutnya dan sekiranya kriteria asas dipenuhi maka doktor pakar ENT akan menasihati dan berbincang tentang pembedahan tonsillectomy untuk anak puan.
Sumber: www.doktorbudak.com
Anak Sakit Tonsil
No Comment to " Anak Sakit Tonsil "