Terkini

Menu

Cara Rasulullah Bergurau Dengan Anak

Cara Rasulullah Bergurau Dengan Anak

Cara Rasulullah Bergurau Dengan Anak

Alam kanak-kanak merupakan alam yang paling berharga dalam perkembangan hidup manusia. Banyak perkara di alam tersebut yang akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi seseorang insan apabila mereka besar nanti.


Salah satu kaedah pendidikan paling berkesan bagi kanak-kanak adalah menyertai mereka bermain. Bermain dan bergurau senda bersama anak dapat membantu mereka mengungkapkan apa yang terpendam di dalam hati mereka. Ia secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang lebih erat di antara ibu bapa dan anak-anak mereka.



Ikut Cara Rasulullah SAW

Rasulullah SAW sebagai suri teladan terbaik telah menunjukkan kepada kita bagaimana cara beliau bermain dengan cucu-cucunya Hasan dan Husin; bagaimana kedua anak itu menaiki punggung beliau dan berjalan bersama beliau. Adakalanya beliau bermain bersama anak-anak Abbas. Semua itu menunjukkan betapa pentingnya kedua ibu bapa bermain bersama anak-anak mereka.

Diantara besarnya perhatian Rasulullah SAW terhadap ibu bapa untuk menemani anak-anak mereka bermain adalah terbukti dalam seruan umum beliau terhadap ibu bapa-ibu bapa seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dari Abu Sufyan:

Aku masuk menemui Muawiyah yang saat itu sedang berbaring telentang. Di atas dadanya ada anak kecil lelaki dan perempuan yang sedang bermain dengannya. Aku katakan, “Turunkan anak itu, wahai Amirul Mukminin.” Dia menjawab, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa memiliki anak kecil, hendaklah dia bermain dengannya.”

Peri pentingnya perkara ini jelas dizahirkan juga oleh Imam Al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya dengan memberikan satu bab khusus yang bertajuk “Bab Orang yang Membiarkan Anak Orang Lain Bermain atau Mencium dan Bergurau senda Dengannya.”

Cara Rasulullah Bergurau Dengan Anak

Diriwayatkan dari Ummu Khalid binti Khalid bin Sa’id:

Aku bertamu ke tempat Rasulullah SAW bersama bapaku. Aku mengenakan pakaian berwarna kuning. Rasulullah SAW telah mengucapkan kepadaku, “Sanah, sanah.” Abdullah mengatakan, “Dalam bahasa Abbesina ertinya: Bagus, bagus.” Aku pun bermain dengan cincin beliau, maka bapaku melarangku. Tetapi Rasulullah SAW bersabda, “Biarkan dia.” Kemudian beliau lanjutkan, “Pakailah (pakaianmu) sampai rosak, pakailah sampai rosak, pakailah sampai rosak.” Abdullah mengatakan, “Pakaian itu terus dipakainya sampai berubah warna.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam komentarnya pada hadis ini mengatakan, “Bergurau senda dengan anak kecil dengan perkataan dan perbuatan, tujuannya untuk menjalin keakraban. Ciuman juga termasuk dalam kategori ini.” (Fathul Bari 13/31).

Dari Abu Hurairah RA:  Rasulullah SAW pernah menjulurkan lidah beliau kepada al-Husain; sehingga anak kecil itu melihat warna merah lidah beliau dan dia segera menghampiri beliau.

Ibnu Hibban meriwayatkan hadis ini dalam kitab Shahihnya dengan sanad yang hasan.

Antara contoh lain yang menunjukkan keakraban Rasulullah SAW dengan cucunya Hasan adalah apabila beliau membuka mulut dan meletakkan mulut Hasan di mulut beliau.

Diriwayatkan oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA:

Tidak aku melihat Hasan melainkan air mataku bercucuran keluar. Itu kerana Nabi SAW pada suatu hari keluar rumah dan bertemuku di masjid. Beliau menarik tanganku dan mengajakku pergi. Aku pun pergi bersama beliau. Beliau tidak berbicara sepatah kata pun sampai kami tiba di pasar Bani Qainuqa’. Beliau berjalan keliling pasar sambil mencari sesuatu kemudian beliau pulang. Aku tetap bersama beliau hingga kami tiba di masjid. Beliau duduk sambil memeluk kedua lututnya, kemudian bersabda, “Di mana Lukka’? Panggilkan Lukka’!” Maka datanglah Hasan dengan berlari-lari hingga duduk di pangkuan beliau dan memasukkan tangannya ke dalam janggut beliau. Nabi SAW membuka mulut beliau dan memasukkan mulut Hasan ke dalam mulut beliau. Setelah itu beliau berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, maka cintailah dia dan cintailah orang yang mencintainya.”

Kesimpulannya usahlah biarkan anak-anak bermain sendirian sepanjang masa. Walau sesibuk manapun ibu bapa, luangkan sedikit masa untuk mereka. Bergurau sendalah dengan mereka. Cium dan usaplah pipi mereka. Ketegasan itu perlu tapi usah jadikan sikap terlalu tegas terhadap anak-anak membuatkan mereka menjadi takut untuk mendekati kedua ibu bapa mereka. Ingatlah, zaman kanak-kanak adalah terlalu singkat. Masa yang pergi tidak mungkin diundur kembali!

Cara Rasulullah Bergurau Dengan Anak

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Cara Rasulullah Bergurau Dengan Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM