Barang Wajib Ada Dalam First Aid Kit Bayi
Barang Wajib Ada Dalam First Aid Kit Bayi
Ramai yang mengambil mudah tentang perkara ini. Ini adalah perkara asas yang paling penting bagi kita sebagai ibu bapa. Kita wajib menyediakan kelengkapan First Aid Kit di rumah. Anak-anak kecil sering terdedah kepada bahaya kerana mereka tiada kekuatan untuk melindungi diri dan antibodi mereka juga sangat lemah berbanding orang dewasa.
Kelengkapan First Aid Kit ini bukanlah untuk merawat anak seperti seorang doktor merawat pesakitnya tetapi ianya adalah bantuan kecemasan sementara menanti bantuan daripada doktor.
Berikut mungkin kejadian yang sering dan tidak mustahil berlaku ke atas anak-anak walaupun mereka berada di rumah:
- Terjatuh
- Luka
- Demam
- Selsema
- Batuk
- Alahan
- Terkena gigitan serangga
- Cirit-birit
- Muntah-muntah
- Kembung perut
- Melecur
Di sini adalah senarai yang anda perlu ada di rumah jika menghadapi saat-saat kecemasan:
A – Siapa yang mesti dihubungi ketika kecemasan?
Senaraikan nama dan nombor telefon:-
- Doktor keluarga atau Pakar Kanak-kanak
- Hospital yang berdekatan
- Balai Polis dan Balai Bomba yang berdekatan
- 2 orang jiran yang paling rapat untuk dihubungi jika memerlukan
B- Senarai First Aid Kit
- Termometer
- Ubat demam seperti Acetaminophen atau Ibuprofen – minta nasihat doktor terlebih dahulu
- Gel Aloevera untuk kulit melecur
- Alat untuk mencabut benda seperti serpihan kaca, kayu dan seumpamanya (tweezers)
- Gunting
- Losyen mencegah gigitan serangga
- Bandage strips (Hansaplast) untuk menutup luka kecil
- Vicks – untuk anak 2 tahun ke atas sahaja bagi melegakan hidung tersumbat dan ketidakselesaan perut
- Minyak Gamat – untuk mengeringkan luka
- Oral Syringe untuk memberikan ubat kepada anak
- Lampu suluh kecil untuk melihat mata, telinga, mulut dan hidung anak jika mengesyaki sesuatu memasukinya
- Calamine Losyen untuk gigitan serangga dan ruam
- Minyak limau atau minyak tidak panas untuk melegakan kembung perut
C- Belajar ilmu CPR dan kecemasan yang lain
Ini amat penting kerana anak terdedah kepada insiden sesak nafas, tercekik dan sebagainya. Ilmu seperti mengendali anak yang terkena minyak panas, air panas, tangan atau kaki patah juga amat penting sekali. Mungkin kita boleh menghadirkan diri ke kelas-kelas tertentu untuk mempelajari ilmu-ilmu seperti ini
D- Pelan Kecemasan
Pernahkah anda terfikir jika rumah kita terbakar atau banjir? Apa yang mesti kita lakukan untuk menyelamatkan keluarga kita? Di manakah pintu kecemasan dan bagaimana untuk menyelamatkan diri? Ini semua sangat penting. Kita wajib mengajar anak kita untuk melindungi diri mereka sendiri seperti menutup hidung dengan tuala basah dan merangkak ketika berlakunya kebakaran. Sungguh ini amatlah penting!
Mesti bijak berbelanja. Jangan fikir sangat tentang harga First Aid Kit. Kita tidak tahu bila kita akan guna. Maka belilah set First Aid Kit yang sempurna.
Semoga senarai ini menjadi keutamaan kita demi menjaga keselamatan keluarga yang kita cintai.
Sumber: siraplimau.com
Barang Wajib Ada Dalam First Aid Kit Bayi
Shukran =)
BalasPadam