Terkini

Menu

Anak Pelat?

Anak Pelat: Jenis, Faktor, Impak dan Penilaian Rawatan

Anak Pelat: Jenis, Faktor, Impak dan Penilaian Rawatan
Pernahkah anda dengar seseorang menyebut bunyi pertuturan lain daripada yang sepatutnya? 

Contohnya seperti:
  •  /marah à maghah/
  •  /kakak à tatak/
  •  /cawan à wan/
  •  /kerusi à ci/ dan sebagainya



Masalah yang disebutkan di atas dikenali sebagai masalah artikulasi atau biasanya dipanggil pelat oleh orang ramai. Ianya adalah suatu keadaan di mana seseorang kanak-kanak itu sukar untuk menyebut sesuatu bunyi perkataan dengan betul selepas umur tertentu. Terdapat banyak jenis kesalahan artikulasi dan terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan masalah terseut. Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang masalah artikulasi ini, mari kita rujuk jadual di bawah untuk melihat jangka masa perkembangan setiap bunyi pertuturan bagi kanak-kanak.

Jika dilihat pada jadual, setiap bunyi pertuturan mempunyai tempoh penguasaan yang berbeza. Sebagai contoh bunyi /p/, julat umur untuk menguasai bunyi tersebut adalah dari 1 – 3 tahun. Jika kanak-kanak masih belum dapat menyebut bunyi /p/ selepas berumur 3 tahun, maka mereka akan di kategorikan sebagai mempunyai masalah artikulasi. Begitu juga dengan bunyi-bunyi pertuturan yang lain.


JENIS-JENIS MASALAH ARTIKULASI

Mari kita lihat pula jenis-jenis masalah artikulasi ini. Terdapat 4 jenis masalah artikulasi yang biasanya dijumpai iaitu:

  • Pembuangan bunyi – contoh: /bas à ba/, /makan à kan/
  • Penukaran bunyi – contoh: /kakak à tatak/, /merah à meghah/
  • Penambahan bunyi – contoh: /epal à elpel/, /spaghetti à spagbhetti/
  • Pemesongan bunyi (distort) – contoh: /saya à thaya/

Tetapi perlu diingat di sini, tidak semua kesalahan sebutan adalah tergolong dalam masalah artikulasi. Banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan seperti penggunaan bahasa pasar (contoh /kereta à keta/) dan juga dialek yang berbeza bagi setiap negeri (contoh: /makan à makang/) bagi negeri Terengganu.


FAKTOR MASALAH ARTIKULASI

Kebanyakan masalah artikulasi yang terjadi tidak mempunyai sebab yang jelas. Kanak-kanak mungkin tidak mempelajari cara-cara untuk menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dengan sendirinya. Sebutan kanak-kanak akan berkembang dari masa ke semasa, tetapi ada juga kanak-kanak yang masih tidak dapat menyebut bunyi perkataan dengan betul walaupun telah masuk umur persekolahan dan ada diantaranya perlu mendapatkan khidmat Terapis Pertuturan untuk mempelajari cara sebutan yang betul.

Sesetengah masalah artikulasi adalah disebabkan masalah fizikal kanak-kanak itu sendiri. Contohnya:
  • Kecelaruan perkembangan – contoh : Autism
  • Sindrom genetic – contoh : Down Syndrom
  • Masalah pendengaran
  • Masalah neurologi (saraf) – Cerebral Palsy
  • Sumbing bibir dan lelangit


IMPAK ARTIKULASI KEPADA INDIVIDU

  • Untuk kanak-kanak yang telah memasuki umur persekolahan, masalah artikulasi ini menyebabkan mereka selalu diejek oleh kanak-kanak lain. Ini boleh menyebabkan tekanan dan kurangnya keyakinan dalam diri mereka.
  • Bagi orang dewasa, kadang kala masalah artikulasi menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan yang diingini dan sukar untuk bercakap di hadapan orang ramai.
  • Masalah artikulasi juga boleh menyebabkan masalah komunikasi (communication breakdown) apabila pendengar tidak dapat memahami apa yang di cakapkan kepadanya. Ia juga boleh menyebabkan salah faham dan kekecewaan pada yang becakap dan juga yang mendengar.



PENILAIAN DAN RAWATAN

Setiap kanak-kanak dengan masalah artikulasi akan dinilai terlebih dahulu oleh Terapi Pertuturan-Bahasa. Ini untuk mengenalpasti jenis dan faktor yang terlibat.

Lakukan sendiri saringan pertuturan anak anda di rumah – Borang Saringan Bunyi Pertuturan

Program untuk rawatan akan direka berdasarkan hasil penilaian yang telah dilakukan. Rawatan adalah berbeza bagi setiap individu dan akan dilakukan secara berperingkat. Terapis Pertuturan-Bahasa akan membuat keputusan tentang turutan bunyi yang perlu diajar dan bagaimana terapi akan dijalankan. Ini adalah untuk memudahkan kanak-kanak mempelajari bunyi tersebut dan mengelakkan mereka dari berasa tertekan dan kecewa.

Sumber: slt-aishah.blogspot.com
Anak Pelat: Jenis, Faktor, Impak dan Penilaian Rawatan

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Anak Pelat? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM