Terkini

Menu

Apakah Tujuan Imbasan Kehamilan

Apakah Tujuan Imbasan Kandungan Semasa Kehamilan

Fokus imbasan semasa mengandung adalah bergantung kepada pelbagai peringkat kandungan.

A) Imbasan Penggal Pertama 

  • Ini juga dikenali sebagai imbasan janji temu, imbasan keadaan kehamilan, atau penilaian awal kehamilan. 
  • Semasa di awal trimester kehamilan, anda perlu memenuhkan pundi kencing atau sekurang-kurangya mengisi separa pundi kencing anda dengan air dengan meminum banyak air supaya imej yang lebih baik dapat dilihat.
  • Sonografer perubatan akan meletakkan sedikit gel pada perut. Kemudian sejenis alatan kecil yang dipegang akan digunakan untuk digolekkan ke atas perut untuk mendapatkan pelbagai gambaran janin anda.
  • Kadangkala anda perlu gambaran yang lebih jelas dan sonografer akan menggunakan alatan ultrabunyi transvagina untuk mendapatkan imej tersebut.
  • Keadaan ini selalu berlaku di awal minggu kehamilan. Alatan transvagina digunakan jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau rahim anda terletak jauh dibawah rongga pelvis (pundi kencing perlu dikosongkan semasa ultrabunyi transvagina). 

Imbasan ultrabunyi digunakan di awal kehamilan untuk mengesan situasi berikut :
  • Pengesahan kehamilan dan lokasi terletak samaada dalam rahim atau diluar rahim.
  • Meneliti jangkaan awal kehamilan luar rahim
  • Pengenalpastian posisi uri janin.
  • Pengesanan bilangan embrio, kantung kehamilan dan kehamilan kembar..
  • Menilai keadaan embrio.
  • Menilai usia kehamilan
  • Mengesan kegagalan awal kehamilan.
  • Mengdiagnosis kecacatan janin
  • Menilai tumbesaran janin
  • Menilai kelainan pada abdomen ibu seperti fibroid dan sista ovary.
  • Kehamilan awal dapat dikesan menggunakan imbasan transvagina. Janin pada peringkat awal boleh dilihat seperti struktur bujur dalam kantung bayi yang mana berbentuk hitam.

Imbasan transvagina




Kehamilan awal dapat dikesan menggunakan imbasan transvagina. Janin pada peringkat awal boleh dilihat seperti struktur bujur dalam kantung bayi yang mana berbentuk hitam.


Kehamilan Kembar



Kehamilan kembar dengan dua janin dan dua kantung


Kehamilan dengan tiga janin dan tiga kantung



Kehamilan Diluar Rahim     

Kadangkala, kandungan mungkin tidak dapat menempel pada rongga endometrium didalam rahim ibu. Kandungan diluar rahim selalunya menempel pada tiub falopian, ovari , rongga badan atau kawasan pangkal rahim. Kandungan diluar rahim boleh menjadi pecah dalam tiub dan menyebabkan pendarahan yang mana boleh mnyebabkan kematian jika tiada pengesanan awal.

Imej Ultrabunyi transvagina bagi embrio hidup dalam kandungan luar rahim di tiub falopian


Kehamilan Diluar Rahim Dalam Ovari


Kandungan diluar rahim di cornual ( Kantung janin terletak di bahagian yang tidak sesuai di atas bahagian rahim pada sambungan tiub falopian

Penelitian Dan Pengukuran Semasa Trimester Pertama


1. Pengukuran umur kantung janin (peringkat fetus) mengunakan panjang Crown-rump (CR)

Untuk menganggarkan umur janin , Panjang Crown-Rump janin perlu diukur dari kepala hingga ke pinggul. CRL adalah dikesan pada umur kantung janin 7 minggu.

Panjang Crown-rump (CR) janin diukur 41.6 mm menunjukkan umur kantung janin pada 11 minggu 1 hari. Kepala, badan, kaki dan tangan jelas kelihatan

2. Ketebalan Nuchal Translucency


Ketebalan Nuchal Translucency boleh diukur pada belakang tengkuk janin kerana terdapat cecair pada kawasan tersebut yang boleh dijadikan sebagai tanda aras untuk mengesan keabnormalan bagi seorang janin seperti sindrom down (trisomi 21), Sindrom patau (trisomi 13) atau Sindrom Edward (trisomi 18). Ketebalan nuchal sepatutnya tidak boleh lebih dari 3mm.


3.Tulang hidung (TH)


Mengenalpasti seseorang janin terdapat aneauploidy (keabnormalan pada kromosom) boleh dilihat melalui kehadiran tulang hidung atau tidak. Terdapat janin yang boleh menghadapi masalah hypoplastic atau ketidak hadiran tulang hidung.

Tulang hidung yang normal
Tiada tulang hidung


4. Kadar Denyutan Jantung (KDJ) 

Kadar denyutan jantung diukur untuk memastikan denyutan jantung janin dalam keadaan normal.


Kadar denyutan jantung diukur dalam ukuran denyutan per minit (dpm).

Kedudukan Uri

Kedudukan Uri juga telah menjadi suatu perkara yang wajib diteliti oleh ultrasonografi dalam menentukan diagnosis samaada uri previa atau bukan dengan melihat kedudukan uri dibawah. Kedudukan lain-lain yang dikatakan abnormal boleh diteliti untuk mengesan pesakit menghidap diabetes, kekurangan keimunan Rh, fetal hydrops dan perkembangan janin yang lambat dalam rahim juga boleh dilihat.



B) Imbasan Penggal Kedua

Ia juga dikenali sebagai Imbasan ketaknormalan fetus atau imbasan terperinci atau imbasan minggu ke-20.

C) Imbasan Penggal Ketiga

Juga dikenali sebagai imbasan kesihatan fetus.
  • Dilakukan pada minggu ke-24 sehingga akhir kehamilan
  • Untuk melihat kedudukan bayi
  • Untuk menilai pertumbuhan bayi
  • Untuk melihat kedudukan plasenta
  • Untuk menilai isipadu air ketuban
  • Untuk menjalankan ujian Doppler
Gambar menunjukkan Doppler berwarna pada kedua-dua arteri renal yang normal
Gambar menunjukkan tali pusat yang normal menggunakan kaedah Doppler berwarna


Sumber: www.hospitalwanitametro.com
Imbasan Semasa Kehamilan

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Apakah Tujuan Imbasan Kehamilan "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM