Terkini

Menu

Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Mengikut Islam

Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Mengikut Islam

Ikhtiar Mendapatkan Anak Mengikut Islam

Mungkin judul ini agak tabu bagi sebahagian orang. Namun, demikianlah Syaikh Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid menjadikannya sebagai salah satu sub bab dalam bukunya yang monumental; Manhaj Tarbiyah Nabawiyah Lith-Thifli. Buku yang kaya dengan hadits Nabi dan contoh aplikatif dari salafus shalih itu diselesaikan oleh penulisnya dalam kurun sepuluh tahun.


“Memang sedih rasanya bagi pasangan suami isteri yang belum juga dikurniakan anak,” demikian Syaikh Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid mengawali tulisannya. “Bagaimanapun Islam juga memberikan cara berikhtiar agar mendapatkan anak.”

Bagaimana carannya? Selanjutnya kita persilakan Syaikh Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid menjelaskan kepada kita:

Diantaranya adalah dengan memperbanyak membaca istighfar. Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi dan berkata, “Ya Rasulullah, saya belum punya anak sama sekali.”

“Mengapa kamu tidak memperbanyak saja istighfar dan bersadaqah?” jawab Rasulullah. Lalu orang itu pun melakukannya. Akhirnya, ia mendapat enam orang anak.

Menurut Allamah Mala Ali, hadits tersebut berdasarkan firman Allah dalam kisah Nabi Nuh a.s:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا * يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا * وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

“maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh : 10-12)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dikatakan bahwa barangsiapa yang memperbanyak istighfar, Allah akan menguraikan segala kekusutan hati dan melapangkan segala kesempitan dada serta memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Itulah diantara cara Nabi mengatasi kemadulan: memperbanyak istighfar dan sadaqah. Namun kita tidak boleh menyimpulkan bahawa orang yang belum punya anak adalah orang yang jarang istighfar dan sadaqah, atau orang yang banyak anak adalah ahli istighfar dan sadaqah.


Sumber: www.bersamadakwah.com

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Mengikut Islam "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM