Terkini

Menu

10 Perkara Diambil Kira Sebelum Memberi Bayi Makanan Pejal

10 Perkara Diambil Kira Sebelum Memberi Bayi Makanan Pejal

10 Perkara Diambil Kira Sebelum Memberi Bayi Makanan Pejal

Berikut adalah 10 perkara yang perlu diambil kira oleh semua ibu bapa sebelum memberi bayi makan makanan pejal.

1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari

2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.

3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.

4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.

5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur

6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan

8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.

9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.

10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.

10 Perkara Diambil Kira Sebelum Memberi Bayi Makanan Pejal

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " 10 Perkara Diambil Kira Sebelum Memberi Bayi Makanan Pejal "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM