20 Makanan & Minuman Perlu Dielakkan Ketika Hamil
20 Makanan & Minuman Perlu Dielakkan Ketika Hamil
Adalah penting untuk bakal ibu untuk mengambil vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi) yang lengkap. Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Namun dalam pada anda mengambil makanan berkhasiat, anda juga perlu tahu beberapa jenis makanan atau minuman yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan.
Jom! kita lihat makanan dan minuman yang perlu dielakkan.
1) Keju lembut

2) Daging mentah atau separuh masak

3) Berhati-hati dengan jus buah-buahan

4) Sushi

5) Adunan tepung mentah

6) Salad dressing
Telur mentah juga terkandung dalam sos dan dressing yang dibuat di rumah (homemade). Pilih sos atau dressing yang dibeli di kedai (yang diperbuat dari telur yang telah dipasteur).
7) Tiramisu

8) Ikan bermerkuri tinggi

(a) IKAN DGN KADAR MERKURI YANG SEDERHANA (mengandungi merkuri 0,09-0,29 ppm)
Jenis ikan ini masih boleh diambil 6x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan cod dari alaska, ikan halibut dari atlantik dan pasifik, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang dan trout laut (weakfish).
(b) IKAN DGN KADAR MERKURI TINGGI (mengandungi merkuri 0,3-0,49 ppm)
Jenis ikan ini masih boleh diambil tapi maksimum 3x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan kerapu, makarel dari sepanyol, tuna kuning, sea bass dan bluefish.
9) Daging yang diproses (deli meats)

10) Kekacang

11) Buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak dibasuh

12) Taugeh mentah

13) Makanan laut atau ikan salai (ready-to-eat smoked seafood)
Elakkan makanan laut sejuk-beku salai kerana ia terdedah kepada bakteria listeria. Namun ia boleh dianggap selamat untuk dimakan sekiranya dicampur ke dalam hidangan yang dimasak seperti kaserol.
14) Kerang-kerangan mentah

PERINGATAN : Jika cengkerang makanan laut tidak terbuka walaupun selepas dimasak, jangan teragak-agak....sila buang!
15) Ikan dari perairan tempatan
Elakkan memakan ikan yang ditangkap/dipancing sendiri, melainkan anda memang arif & tahu kawasan perairan (kolam, tasik, anak sungai) tersebut tidak tercemar. Sesetengah tasik atau sungai telah tercemar dengan bahan kimia sisa industri. So elakkan ikan yang ditangkap dari tasik atau sungai tercemar dengan polychlorinated biphenyls yang tinggi. Nak makan juga...boleh, tapi berhati-hati ya! :)
16) Juadah 'potluck'
Mungkin anda tak sampai hati untuk menolak pelawaan juadah potluck yang dibawa atau disediakan oleh rakan-rakan anda, namun perlu diingat makanan yang terbiar terlalu lama (tidak disejukkan atau disimpan dalam peti sejuk) boleh membahayakan. Patuhi '2-HOUR RULE' : Jangan makan juadah potluck yang terbiar pada suhu bilik melebihi 2 jam. Tempoh akan lebih singkat menjadi 1 jam sekiranya suhu persekitaran melebihi 90° F.
17) Susu yang tidak dipasteur

18) Minuman dan makanan yang berkafein
Sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat semasa hamil. Sekiranya anda perlu mengambil minuman berkafein, hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12auns cawan kopi). Tapi harus diingat, kafein turut terkandung dalam minuman bergas, teh, dan coklat. Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.
19) Alkohol, Minuman bergas & Makanan ringan
Alhamdulillah sebagai umat Islam, alkohol adalah diHARAMkan sama-sekali. Terbukti secara klinikal alkohol boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin dan masalah emosi terhadap bayi yang dikandung. Minuman bergas atau berkarbonat mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 - 9 sudu dalam satu tin, boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang, berisiko mendapat kencing manis, serta menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi yang dikandung. Minuman bergas juga mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Oh, jangan lupa hadkan juga makanan ringan sebab ia tiada nutrien dan mengandungi MSG!
20) Bungkusan makanan polisterin
Elakkan membungkus makanan dari kedai makan/restoran, kerana suhu di dalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan ini membuatkan bakteria mudah membiak (melainkan anda ingin terus pulang ke rumah). Namun sekiranya anda perlu membungkus makanan yang tidak habis dimakan (untuk mengelakkan pembaziran), pastikan makanan tersebut disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 2 jam dari ia dihidangkan. ELAKKAN menyimpan makanan yang dibungkus berada terlalu lama di dalam kereta.
Sumber: www.lyanahisham.my
20 Makanan & Minuman Perlu Dielakkan Ketika Hamil
Info yg sangat berguna...Semoga boleh di elakkan oleh ibu-ibu yang hamil.
BalasPadam