Terkini

Menu

Tips Hafazan Anak Kecil

Tips Hafazan Anak Kecil

Tips Hafazan Anak Kecil
Perkongsian dari Ustazah Ainun Mardhiah di Facebook. Semoga kita sama- sama beroleh manfaatnya Insha-Allah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah.

Ampun maaf, saya sangat-sangat tak sempat nak jawab pm yang menderu bertanya tentang bagaimana didik anak hafaz Al-Quran. Saya jawab di sini ya.
  • Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.
  • Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Dia buat tak tahu je masa tu. Siap ronyok-ronyok lagi.
  • Pasangkan dia video Alif Ba Ta. Terkekek-kekek dia ketawa tengok video tu.
  • Pasang Kaset Quran dalam kereta. Pergi mana-mana pasang je.
  • Balik Malaysia, lepas suami cerita tentang Syeikh Mesir didik anak hafaz Quran, kami terus buat keputusan. Mulai hari tu kami pasang Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja. Masuk kereta je terus pasang, walaupun pergi kedai dekat dengan rumah sahaja.
  • Kesan pasang Quran : saya perhatikan anak-anak saya mudah sangat tidur dalam kereta. Sampai orang pelik macam mana mereka boleh sopan santun dalam kereta, sebab keluar kereta je terus tak duduk diam. Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.
  • Selain kereta, abah Muadz rajin bacakan Quran pada anak-anak sebelum tidur. Dia peluk anak-anak kiri dan kanan, then baca Quran. Tak sampai sejam pun kadang-kadang anak dah tidur.
  • Sampai umur Muadz 2 tahun lebih (kalau tak silap saya), kami baca Surah Asy-Syams. Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut! Mengalir air mata saya, Maha Hebatnya Allah! Padahal kami masih belum usaha yang maksima lagi. Tapi Muadz dah boleh ingat Surah Asy-Syams masa tu.
  • Kami test surah lain pula. Kami suami isteri baca dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi terkejut, dia dah hafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!
  • Disebabkan masuk kereta pasang Quran ni dah jadi habit, maka Muadz ni pun tiap kali masuk kereta takde ayat lain yang dia jeritkan melainkan..." Nak Qoran!! (Nak Al-Quran) Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM. 
InsyaAllah yakin ibu ayah, kita semua boleh. Sebab anak kita semua sangat genius, insan-insan takde dosa. Lagi satu, puji anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. All the best!

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah.

Tips Hafazan Anak Kecil

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

3 ulasan to ''Tips Hafazan Anak Kecil"

ADD COMMENT
  1. huaaa..cerdiknye anak...
    terime kasih ats perkongsiann

    =)

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah. Cerdiknya. Betul saya sangat setuju dengan kuasa Al quran. Hari tu saya buka kan youtube alif ba ta, anak saya pun ada mula mengikut. Seronok sgt rasa.
    Saya pun akan gnkan teknil flash card disamping baca al quran kepada anak saya. Tq.
    Jom ikuti blog saya juga:
    healthyglowing13.blogspot.com

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM