Terkini

Menu

Cara Aqiqah Untuk Anak

Cara Aqiqah Untuk Anak

Cara Aqiqah Untuk Anak
Aqiqah ialah suatu ibadat berbentuk penyembelihan binatang tertentu sebagai tanda gembira dan bersyukur kerana kelahiran bayi.

Haiwan dan bilangan bahagian 


Binatang yang disembelih untuk tujuan tersebut ialah unta, lembu atau kambing tetapi kambing adalah afdal dan lebih bagus.

Bagi anak lelaki disembelih 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari lembu atau unta. Bagi anak perempuan pula seekor kambing atau 1 bahagian dari lembu atau unta. Untuk lembu dan unta dibenarkan untuk berkongsi 7 bahagian.


Hukum Aqiqah


Hukum aqiqah dalam mazhab Asy-Syafi’e adalah sunnat muakkadah iaitu sunat yang hampir kepada wajib. Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafqah kepada anak yang diaqiqahkan seperti bapa.

Dalil pensyari’atan aqiqah ialah perbuatan Nabi SAW dan juga para sahabat beliau. Antara dalil tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya:

عن سليمان بن عامر الضَّبِّي – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، يقول: ” مع الغلام عقيقته، فأهريقوا عنه دماً، وأميطوا عنه الأذى
Yang bermaksud: “bersama anak yang dilahirkan ada aqiqahnya yang perlu dilaksanakan maka sembelihlah bagi pihaknya dan buanglah kotoran rambut dengan mencukur rambut anak itu”.

Waktu untuk menaqiqahkan anak ialah bermula dari sempurnanya kelahiran anak hingga baligh anak tersebut. Jika aqiqah dilakukan sebelum sempurna kelahiran maka ia dianggap sembelihan biasa yang boleh dimakan tetapi bukan aqiqah.

Penyembelihan binatang untuk aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh dari tarikh kelahiran bayi. Tetapi jika tidak dapat dilaksanakan pada hari ketujuh maka boleh juga pada hari yang ke 17 atau 21. Tetapi jika masih tidak dapat laksanakan maka boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dengan kemampuan ibubapa bayi.

Jika telah baligh anak tersebut sedangkan aqiqah untuknya belum disempurnakan maka tuntutan ke atas ayahnya sudah berjalan lagi,  di waktu itu bolehlah si anak melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri atau boleh juga si ayahnya melaksanakan sebagai melangsaikan apa yang belum dia selesaikan sebelum ini.

Namun begitu, hari yang paling afdhal untuk menjalankan aqiqah ialah pada hari ketujuh kelahiran anak. Contohnya, jika lahir pada 1 haribulan maka aqiqahnya pada 7 haribulan.

Dalil aqiqah pada hari ketujuh ialah hadis yang diriwayatkan ole imam Abu Daud dalam Sunan beliau:

عن سمرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ” الغلام مرتهن بعقيقته، يذبح عنه يوم السابع، ويسمى ويحلق رأسه”.
Maksudnya: “anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya (bakti anak kepada ibubapaya bergantung kepada aqiqah), maka disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dan pada hari itu juga diberi nama dan dicukur kepalanya”.


Sumber: equrban.com
Cara Aqiqah Untuk Anak

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

1 ulasan to ''Cara Aqiqah Untuk Anak"

ADD COMMENT
  1. Sekarang da senang dah nk buat qurban atau aqiqah...anak sy yg kedua belum lg di aqiqahkan...semoga ada rezeki kami untuk aqiqahkan dia..inshaAllah

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM