Terkini

Menu

Benarkah Ada Bayi Yang Tidak Gemar Di Bedung?

Benarkah Ada Bayi Yang Tidak Gemar Di Bedung?

Bayi Yang Tidak Gemar Di Bedung

Teramat kerap saya mendengar dakwaaan ibubapa bahawa bayi mereka tidak suka dibedung atau makin marah bila dibedung. Sebenarnya saya telahpun menulis tentang bedung beberapa kali di page ini. Baru-baru ini, saya menerima soalan yang sama tetapi agak 'sinis' dari seorang ibu muda. Jadi, ada baiknya jika saya menambahbaik penerangan sebelum ini untuk pemahaman yang lebih.


Benarkah ada bayi yang tidak gemar di bedung?

Sebenarnya, tiada bayi yang lahir 'bencikan' bedung. Bagaimana mungkin? 9 bulan bayi menggerekot dalam kedudukan fetal ( kepala tunduk, belakang membengkok dan kaki rapat ke perut) di tambah dengan dinding rahim membalut kemas kedudukan tersebut, bayi merasa bagai di peluk dan diselimuti selama 24/7.

Sejurus di lahirkan, ruang sempit himpitan rahim telah tiada dan bayi tidak lagi berada dalam kedudukan fetal. Maka, pengganti terbaik rasa bagai di peluk adalah pelukan/dakapan ibu (skin-to-skin). Soalnya, berapa lama ibu boleh memeluk atau menggendong? .Pada bila-bila masa ketika ibu sakit, ingin memasak, mandi atau tidur, bedung adalah penggantinya.

Ok. Jadi, kenapa bayi nampak marah dan menolak bedung?. Ini sebenarnya soal salah persepsi.

Bayi yang sedang menangis akan menghayun tangan dan kakinya tanpa arah dan dengan cepat (trashing). Memang tiada bayi yang menangis dengan kaki dan tangan yang duduk diam-diam di tepi, kan?. Baiklah, perbuatan 'trashing' ini sebenarnya menghidupkan refleks Moro bayi dengan cepat. Ia bukan lah sesuatu yang bagus kerana refleks moro membuat bayi merasa bagai dalam posisi kejatuhan bebas (free falling position) ibarat seseorang di tolak jatuh dari tempat yang tinggi. Maka mereka akan terus menangis dan makin kuat menangis kerana perasaan 'panik' yang sedang dirasakan. Sebarang usaha mententeramkan bayi pasti akan menyaksikan bayi tidak serta merta diam kerana selain tidak faham dengan apa yang cuba anda lakukan (termasuk cubaan membedung), bayi kecil juga tiada kesabaran menunggu untuk anda menyudahkan apa jua yang sedang anda lakukan walau untuk 1,2 minit. Di sinilah selalunya kita menyaksikan ramai ibubapa 'mengalah' dan berhenti di tengah jalan kerana menyangka bayi marahkan usaha mereka membedung. Sayang sekali.....kerana ibubapa ini sebenarnya hanya beberapa langkah sahaja lagi ke arah suis tutup tangisan bayi. Ya, dalam erti kata lain, paksa sampai siap!. Tak percaya?.

Baiklah, mana-mana situasi atau pergerakkan luar kawalan harus di hadkan/hentikan untuk menghalang ia menjadi lebih teruk bukan?. Dalam kes bayi yang sedang menangis, ianya adalah bedung. HELAHNYA, jika bayi anda adalah bayi sensitif atau colic (sawan tangis) iaitu bayi yang sukar 'berpuas hati', elemen tambahan lain seperti menghayun dan memasang bunyian harus juga diguna bersama-sama bedung.

Lihat pula situasi dimana ada orang yang mengamuk teruk hingga mahu bertumbuk atau mencederakan orang lain misalnya. Apakah yang perlu dilakukan oleh orang di sekeliling untuk menghentikan orang yang di hilang kawalan ini?. Beramai-ramai memeluk erat untuk mengekang orang ini dari terus mara dengan langkah amarahnya adalah yang terbaik bukan?Mestilah orang ini akan makin berang dan cuba sedaya upaya melepaskan diri untuk tetap melunaskan hajat amarahnya tetapi adakah satu tindakan yang bijak untuk dia dilepaskan?. Mengekang adalah satu-satunya jalan untuk membantu orang ini bertenang secara emosi dan fizikalnya.

Contoh lain yang lebih epik ialah aplikasi penggunaan hug machine ( mesin pemeluk) juga di kenali sebagai squeeze machine ( mesin penghimpit) yang di inovasikan oleh Dr. Templer Grandin. Tahukah anda mesin ini digunakan untuk merawat individu autistik/kanak-kanak autisma yang terkenal dengan ciri suka mengamuk ( tantrum) dan tidak gemar di sentuh?. Khusus bagi individu sebegini, sentuhan lembut (walaupun dengan penuh kasih sayang) seperti usapan, ciuman dan belaian halus selalunya mengaktifkan sistem resah mereka. Mereka selalunya akan menolak dan menjadi makin terganggu dengan sentuhan sebegini. Sentuhan bertekanan (deep pressure) seperti memeluk sangat erat atau menghimpit pula berkesan untuk menenangkan. Tidak hairan individu sebegini suka bila kaki dan tangannya di balut dengan pita, tidur di bawah tindanan tilam yang berat dan banyak, malah ada yang suka menyorok di bawah sofa yang ada orang sedang duduk diatasnya.

Mengapa?. Ini kerana sentuhan bertekanan 'melemahkan' aktiviti kardiovaskular yang mana akan akhinya membuat otot-otot lebih rileks, denyutan jantung lebih stabil dan pernafasan lebih terkawal.

Semua contoh diatas adalah adik beradik bedung. Walau nama lain-lain, semua cara adalah untuk memberikan ketenangan pada akhirnya. Paling penting,bukan semua perkara paksa itu membawa keburukan. Hanya ilmu yang membezakan.

Benarkah Ada Bayi Yang Tidak Gemar Di Bedung?
Sumber: Baby Language

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Benarkah Ada Bayi Yang Tidak Gemar Di Bedung? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM