Terkini

Menu

Ibu Bapa Perlu Tahu! Pentingnya Menanam 'Self-Control' Anak Bermula Dari Kecil

Kajian Pentingnya Menanam 'Self-Control' Anak Bermula Dari Kecil


Pada tahun 1970, seorang professor psikologi, Walter Mischel menjalankan satu eksperimen unik terhadap 500 kanak-kanak berusia empat ke lima tahun. Eksperimen yang dipanggil “Marshmallow Test” ini pada asalnya bertujuan untuk memahami kemampuan kanak-kanak menahan keinginan (deferred gratification).


Kanak-kanak dalam eksperimen ini ditempatkan dalam satu bilik kosong dan ditawarkan sebiji marshmallow yang diletakkan di atas meja. Kanak-kanak ini diberi pilihan untuk terus memakan marshmallow yang ada atau menahan diri dari makan selama 15 minit, sebagai balasan kerana bertahan, kanak-kanak ini akan diberi reward sebiji lagi marshmallow.

Dari eksperimen ini, Mischel mendapati sebahagian kecil tidak dapat mengawal dan terus mengambil marshmallow yang ada. Sementara kanak-kanak lain yang bertahan selama 15 minit telah menggunakan pelbagai teknik untuk menahan keinginan untuk mengambil marshmallow yang pertama tadi. Ada yang menutup mata, ada yang berpaling, ada yang menyepak-nyepak meja, bermain dengan baju dan ada juga yang bermain dengan marshmallow tersebut seperti suatu permainan.

Dalam tempoh hampir 50 tahun selepas eksperimen asalnya, Mischel dan kumpulannya mengesan kembali kanak-kanak ‘marshmallow test’ ini dan melihat perkembangan mereka setelah puluhan tahun selepas eksperimen tersebut. Apa yang didapati oleh mereka ialah kelompok kanak-kanak yang mampu menahan diri dari memakan mashmallow pertama mempunyai keputusan pelajaran yang lebih baik, kesihatan fizikal (seperti BMI) yang lebih baik (selepas 30 tahun), kurang terlibat dengan gejala ketagihan dan kurang masalah rumahtangga.


Apa yang kita boleh belajar?


Jangan salah faham, kajian ini bukan untuk berhujah bahawa kemampuan menahan keinginan dari memakan marshmallow akan menentukan kehidupan seseorang pada masa hadapan!.

Konklusi dari kajian ini menarik untuk dijadikan panduan oleh ibubapa dalam menentukan priority dalam mendidik anak-anak. Mischel berpandangan bahawa kanak-kanak yang mampu mengawal diri mempunyai kemampuan mengawal tarikan dalaman (keinginan, nafsu, kehendak) supaya kekal dengan matlamat asal mereka (“jangan makan marshmallow ini”). “Self-control” inilah yang menjadi kemahiran penting untuk mereka dalam fasa seterusnya dalam kehidupan, terutamanya apabila dewasa.



Unjuran kepada realiti hari ini


Remaja yang terpengaruh dengan kawan yang nakal, terikut dengan budaya merokok dan vaping, ketagihan bahan lucah, terperangkap dengan gejala seksual dan dadah adalah antara contoh keadaan dimana “self-control” ini gagal – mungkin kerana tidak kuat atau tidak wujud sama sekali!.

Bukan bermakna kanak-kanak yang gagal ujian “marshmallow test” akan semestinya gagal dalam hidup. Tapi konklusi yang mungkin lebih praktikal ialah kalau anak-anak tidak dididik dengan sifat taqwa, mujahadah melawan nafsu dan “self-control” ini dari awal, mereka akan berhadapan dengan masalah pada masa hadapan. Ini kerana dunia ini sememangnya tercipta dengan pelbagai lagi versi ‘marshmallow test’nya yang tersendiri.


Ingatan sebelum "Marshmallow test"


Sebenarnya, konsep self-control ini bukan asing dalam tarbiyah anak-anak menurut Islam. Al-quran merakamkan dengan smepurna pesanan Luqman kepada anaknya:

(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” (Luqman:16)

Lama sebelum Mischel dan rakan-rakannya mengkaji tentang “self-control”, Islam melalui tinta ilmuannya telah menggariskan peri pentingnya elemen-elemen menanam "self-control' ini dalam pendidikan anak-anak.

Imam al-Ghazali meletakan lima faktor yang boleh mempengaruhi pembangunan akhlak yang mana harus menjadi agenda setiap keluarga dalam membentuk anak-anak mereka.
  1. Tazkiyyah al-Nafs atau pembersihan jiwa; 
  2. Mujahadah atau melawan hawa nafsu; 
  3. Melazimi amalan kebaikan; 
  4. Membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk;
  5. Muraqabatullah atau pengawasan diri terhadap Allah SWT.

Semua elemen ini akhirnya menggariskan manusia yang bukan sekadar boleh menahan ujian "marshmallow", bahkan apa jua dugaan yang bakal mendepani mereka.

Ingatan buat saya dan semua ibu bapa di luar sana, tidak salah berlumba-lumba merancang yang terbaik untuk anak-anak dalam apa juga lapangan - membaca, menulis, berpidato, bersukan dan apa juga kemahiran. Namun jangan lupa agenda yang lebih besar - menanam 'self-control' dalam jiwa anak-anak. Mulakan hari ini agar anda berpuas hati dengan hasil eksperimen anda 20, 30 tahun lagi insya-Allah.

Ibu Bapa Perlu Tahhu! Pentingnya Menanam 'Self-Control' Anak Bermula Dari Kecilm .

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Ibu Bapa Perlu Tahu! Pentingnya Menanam 'Self-Control' Anak Bermula Dari Kecil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM