Kahak dan lendir adalah antara penambah susah ketika kita sedang batuk atau selesema. Dahlah batuk, lepas tu kahak melekat kuat di kerongkong.
Tahukah anda, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan supaya kahak dan lendir tu senang dikawal dan dikurangkan?
Ini antara senarai makanan tersebut:
- Produk tenusu (cheese, yogurt, susu penuh krim etc)
- Telur
- Makanan yang kaya gula (biskut, kek, pastry)
- Makanan yang digoreng tenggelam (deep fried)
- Semua jenis makanan berasaskan soya
- Minuman atau makanan yang mengandungi kafein (kopi, teh)
- Makanan berasaskan gandum (roti, muffin etc)
Mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang tersenarai di atas akan membuat anak anda semakin selesa walaupun batuk / selesema.
Sumber:
hayatinopiah.blogspot.com
Share This:
Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋
Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.
Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.
Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?
Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤
Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊
No Comment to " 7 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Kahak Dan Lendir "