Terkini

Menu

Best Sangat Ke Set Kehamilan Shaklee?

Set Kehamilan Shaklee


Assalamualaikum, hai mommies,

Ni Kak Darling nak cerita pengalaman menggunakan set terhangat dipasaran, Set Kehamilan Shaklee. Best ke?

Masa menggandungkan anak kedua, tahun 2015 sehingga anak keempat; 2018 Kak Darling menggunakan sQet ni. Yang sulung Kak Darling guna produk lain yang huhuhu..
set hamil shaklee
Punca Kak Darling guna set ni masa mengandung dulu disebabkan kekurangan bekalan supplemen Vitamin C dan Kalsium di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA). Pihak KKIA minta kita beli sendiri daripada farmasi. Masa tu Kak Darling start CSI mana-mana supplemen yang terbaik.

So, alkisahnya set ni short listed dan berjaya menambat hati Kak Darling hasil daripada membawang dengan kawan-kawan dan carian dari internet.

Tapi apa best-nya guna Set Kehamilan Shaklee ni?
  • Masa mengandungkan yang girls, Kak Darling mabuk teruk dari awal pregnancy dan mabuk ni membawa ke bulan ke-5 / 6 pregnancy.. Haa amek kau.. tapi yang awal pregnancy paling teruk. Bagun pagi terus uwekk.. uwekk.. berpusing-pusing kepala.. makan sikit, keluar balik.. Melepek je atas katil.. T_T

    So, mana nak datangnya tenaga? badan sendiri pun kekurangan zat, baby dalam perut apa lagi? kesian kan? so itu kepentingannya supplemen waktu-waktu macam ni untuk top up zat dalam badan.

  • Lepas selesai dari fasa mabuk-mabuk ni, badan rasa bersemangat dan bertenaga. Mood pun sentiasa ceria. Macam-macam kerja boleh buat. Laju je. Alhamdulillah.

  • Kualiti tidur sangat baik.. Hehe.. ni Ostematrix punya penangan.. favourite supplemen yang tak pernah tinggal sampai sekarang. Baik untuk tulang dan sendi baby.

  • Hubby kata yang kulit Kak Darling cantik masa mengandung, terutamanya mengandungkan yang boys. Orang tua-tua cakap kalau mengandungkan girls seri kecantikan kita tu baby ambil. ye ke?

  • Bacaan HB dan BP cantik. Nurse puji. hehe

  • Cramp-cramp kaki segala simpul biawak, buaya semua sangat-sangat berkurangan.. berbanding masa mengandungkan anak yang sulung T_T


Ok, Set Kehamilan Shaklee ni terdiri daripada 6 powerful supplemen:-


  1. ESP Mixed Soy Protein
    ESP ni dalam bentuk serbuk, bancuh buat air. ESP adalah produk soya terbaik. Kenapa terbaik? sebab Shaklee menggunakan sumber kacang soya yang Non-GMO. Ape pulak GMO ni? T_T yokk baca sini

    ESP akan membuatkan kita rasa kenyang, membekalkan tenaga dan meningkatkan sistem imun. Yang penting ia mampu mengawal paras kolesterol ibu hamil selain meningkatkan sel-sel otot dan tulang baby. Berkesan dan penyelamat kalau kita alami msalah uwekk.. uwekk.. macam cerita Kak Darling kat atas.. huhu

  2. Vita-Lea Iron Plus Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan zat besi (iron). Zat besi haruslah sinonim dengan ibu mengandung ye mommies. Membantu masalah HB rendah yang boleh menyebabkan mudah letih atau pitam. Pastikan menjarak pengambilan Vitalea dengan Ostematrix (Kalsium).

  3. OmegaGuard Minyak ikan dalam kapsul softgel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA. Amat dan sangat baik untuk perkembangan otak babyEPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak.

  4. Sustained Release Vita-C Plus Ni vitamin C. Dalam bentuk kapsul. Vitamin C ni membantu penyerapan zat besi (Vitalea) selain membantu perkembangan otak, menguatkan tulang, tendon dan kulit baby dalam rahim. Selain itu ia juga haruslah dapat mengekalkan kecantikan dan keanggunan mommies walaupun sedang hamil. :)

  5. B Complex
    Kapsul ni mengandungi Vitamin B Complex dan Asid Folic. Ulang suara, Asid Folic. Asid Folic ni pun bagai irama dan lagu untuk ibu-ibu hamil kan mommies? ia membantu perkembangan saraf baby. Selain Asid Folic dan B12 yang membantu pembentukan sel darah merah, ada juga vitamin B1, B2, B3, B6, Biotin dan Asid Pantotenik yang menyokong badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

  6. OsteMatrix Woww my favourite! OsteMatrix lebih daripada sekadar Kalsium.. gituu.. membekalkan nutrien harian seperti Kalsium, Magnesium, Zink, Mangan, Tembaga, Boron dan Vitamin D. Baik dalam mengatasi masalah sakit otot dan kejang sepanjang waktu hamil. Membantu mommies mendapat tidur yang berkualiti, menyokong perkembangan tulang baby dan mengelakkan sembelit dan masalah buasir.

Sekiranya mommies ada pertanyaan lanjut, mommies boleh je whatsapp Kak Darling di nombor 011-5750 5594 ya. Bye mommies :)


PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, men-diagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Best Sangat Ke Set Kehamilan Shaklee? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM