Terkini

Menu

Browsing "Older Posts"

Browsing Category "Pendidikan"

Rahsia Anak Membesar Tinggi: Bukan Sekadar Genetik!

/ No Comments

Rahsia Anak Membesar Tinggi: Bukan Sekadar Genetik!


Setiap ibu bapa pasti mahu melihat si manja membesar dengan sihat, kuat, dan sudah tentu, tinggi lampai. Selalunya kita berfikir, "Alah, ketinggian ini kan ikut keturunan. Kalau ibu bapanya tidak tinggi, anaknya pun sama." Sebenarnya, tanggapan itu tidak seratus peratus tepat!


Genetik memang memainkan peranan sekitar 60-80%, umpama pelan induk sesebuah bangunan. Tetapi, untuk membina rumah yang kukuh dan teguh, kita perlukan bahan binaan yang berkualiti, tukang yang mahir, dan penjagaan yang betul, bukan? Nah, di situlah peranan pemakanan, senaman, dan gaya hidup sihat. 


Jadi, jangan cepat putus asa! Ada banyak perkara yang Ayah dan Bunda boleh lakukan untuk membantu si kecil mencapai potensi ketinggian maksimumnya. Jom kita bongkar rahsianya satu per satu!


1. Menu 'Superstar' untuk Tulang yang Kuat

Anggaplah makanan sebagai bahan api dan juga batu-bata untuk tumbesaran. Tanpa "peluru" yang betul, enjin tumbesaran si kecil tidak akan berjalan dengan optimum. Pastikan pinggan makannya sentiasa berwarna-warni dan kaya dengan nutrien penting ini:

  • Sang Jeneral, Protein: Ini adalah komponen utama untuk membina semua tisu badan, daripada otot hinggalah tulang. Sumber terbaiknya ada dalam telur, daging ayam, ikan, daging lembu, tauhu, dan tempe.  

  • Pasangan Hebat, Kalsium & Vitamin D: Kalsium adalah mineral utama yang menjadikan tulang padat dan kuat. Tetapi, kalsium tidak boleh berfungsi sendirian tanpa "pemandunya", iaitu Vitamin D, yang membantu penyerapannya. Ajak anak minum susu, makan keju, yogurt, brokoli, dan ikan salmon. Jangan lupa berjemur pada waktu pagi untuk mendapatkan Vitamin D percuma daripada alam!. 

  • Pasukan Sokongan Lain: Jangan lupakan Zat Besi untuk membawa oksigen ke seluruh badan, Zink untuk penghasilan hormon tumbesaran, dan pelbagai vitamin (A, C, K, B12, E) yang terdapat dalam sayuran hijau, ubi keledek, oren, dan kekacang. 

2. Tidur Lena = 'Kilang' Hormon Tumbesaran Beroperasi!

Ini dia rahsia yang sering terlepas pandang. Tidur bukan sekadar berehat, tetapi pada waktu inilah "kilang" hormon tumbesaran (HGH) dalam badan anak bekerja paling aktif!. Sekitar 75% HGH dihasilkan semasa anak tidur lena, terutamanya dalam satu jam pertama selepas terlelap.

Kurang tidur atau kerap berjaga malam sama seperti menutup paksa kilang ini. Pastikan si kecil mendapat tempoh tidur yang mencukupi mengikut usianya : 

  • Kanak-kanak kecil (1-3 tahun): 11-14 jam

  • Prasekolah (3-5 tahun): 10-13 jam

  • Usia sekolah (6-13 tahun): 9-11 jam

  • Remaja (14-18 tahun): 8-10 jam

Tip Tidur Berkualiti: Cipta rutin tidur yang konsisten, jadikan bilik sejuk dan gelap, dan yang paling penting, jauhkan gajet sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur!.

3. Jom Bergerak! Sukan Seronok yang Bantu Tumbuh Tinggi

Anak yang aktif bergerak mempunyai peluang lebih besar untuk membesar tinggi. Senaman bukan sahaja menguatkan tulang dan otot, tetapi juga merangsang pembebasan hormon tumbesaran. Ajak si kecil mencuba beberapa sukan yang menyeronokkan ini:

  • Berenang: Sukan ini meregangkan seluruh badan dan menguatkan tulang belakang tanpa memberi beban berlebihan pada sendi. Gaya dada dan gaya bebas sangat disyorkan!.  

  • Bola Keranjang & Bola Tampar: Pergerakan melompat-lompat semasa bermain bola keranjang atau bola tampar memberikan rangsangan terus kepada tulang kaki dan tulang belakang. 

  • Lompat Tali (Skipping): Mudah tetapi hebat! Setiap lompatan mencetuskan tindak balas tumbesaran pada tulang.   

  • Berbasikal: Mengayuh basikal, lebih-lebih lagi dengan tempat duduk yang dilaraskan sedikit tinggi, berkesan untuk meregangkan otot dan tulang kaki.   

  • Bergayut (Hanging): Ajak anak bergayut di palang taman permainan. Pergerakan ini membantu meregangkan ruas-ruas tulang belakang.  

4. Jangan Bongkok! 'Curi' Beberapa Sentimeter dengan Postur Sempurna

Sudah makan berkhasiat, tidur cukup, dan rajin bersenam, tetapi mengapa nampaknya masih kurang tinggi? Cuba periksa postur badannya. Tabiat duduk atau berdiri membongkok boleh menekan tulang belakang dan "menyembunyikan" beberapa sentimeter ketinggian sebenar.  

Ajar si kecil sejak dari awal untuk : 

  • Duduk tegak dengan belakang badan rapat pada sandaran kerusi.

  • Berdiri tegap dengan bahu ke belakang.

  • Pastikan perabot seperti meja dan kerusi belajar sesuai dengan saiz anak untuk menyokong postur yang baik. 

Membantu anak mencapai ketinggian ideal bukanlah satu perlumbaan, tetapi satu perjalanan. Dengan gabungan pemakanan seimbang, tidur yang cukup, aktiviti fizikal yang menyeronokkan, dan postur yang betul, anda sedang memberikan hadiah terbaik untuk masa depannya: asas kesihatan yang kukuh seumur hidup.

Makin Dilarang Makin Dia Buat, Ingatkan Anak Degil Rupanya Saya Silap

/ No Comments
Makin Dilarang Makin Dia Buat, Ingatkan Anak Degil Rupanya Saya Silap

Sebagai ibu bapa, pastinya selalu melarang atau menegur anak dari melakukan perkara-perkara yang tidak boleh atau berbahaya. Namun adakalanya, larangan atau teguran itu tidak diendahkan. Malah si anak semakin menjadi-jadi pula nak melakukannya.

Sehingga satu tahap, ibu bapa menjadi stress dan marah kerana menyangka si anak terlalu degil. Namun menurut Doktor Taufiq Razif, ibu bapa perlu mengenal pasti anak-anak tergolong dalam kategori Auditory atau Kinestetik.

DULU saya ingat anak saya degil. Rupanya..

Maryam Soolihah ini, kalau dilarang memang tak makan saman. Kadang-kadang, makin dilarang, makin dia buat. Rupanya saya silap! Bila kita larang ni, kebanyakan kanak-kanak AUDITORY akan dengar cakap sebab mereka mudah faham bila kita guna perkataan.

Makin Dilarang Makin Dia Buat, Ingatkan Anak Degil Rupanya Saya Silap

Tetapi Maryam Soolihah ini anak KINESTETIK. Bergegar rumah cakap 'jangan' pun memang susah dia nak dengar sebab dia bukan jenis Auditory. Jadi, kalau nak larang dia pegang gelas panas, saya perlu beri dia rasa dulu apa itu panas.

Kalau nak larang dia main pokok kaktus yang tajam, saya perlu beri dulu dia menyentuh hujung duri yang tajam.

Ye, anak kinestetik ini lebih faham dengan pengalaman berbanding pendengaran.

Ya Allah, maafkan Abi anakku. Selama ini, Abi ingatkan awak degil, rupanya teknik parenting Abi yang salah!

Tips Penggunaan Flashcard Yang Betul Untuk Merangsang Otak Anak Dengan Cepat!

/ No Comments
Tips Penggunaan Flashcard Yang Betul Untuk Merangsang Otak Anak Dengan Cepat!
Bagi memastikan tahap kecergasan otak anak-anak sentiasa berada di tahap yang tinggi adalah apa yang diidamkan oleh semua ibu bapa. Terdapat juga banyak cara untuk menstimulasikan daya intelek anak dan ianya tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran berdasarkan buku sahaja. Antara pembelajaran yang sesuai dan banyak diperkata ramai ialah melalui flashcard. Namun ada yang sokong dan ada yang tidak menyokong pembelajaran melalui flashcard kerana bimbang anak tidak pandai berhubung dengan realiti. Jom kita baca perkongsian bernas dari Puan Khadijah Tahirah Seikh Salim mengenai faedah pembelajaran melalui ‘flashcard’. Memang menarik!

PENGALAMAN MENDIDIK ANAK MELALUI ‘FLASHCARD’


Kebelakangan ni ada yang menyalahkan flashcards sebagai penyebab masalah pembangunan anak. Mencuri zaman kegirangan mereka, anak dihadapkan flashcards 24jam. Tiada peluang meneroka dan bermain seperti fitrahnya. Benarkah?

Tips Penggunaan Flashcard Yang Betul Untuk Merangsang Otak Anak Dengan Cepat!
Sumber: www.youtube.com

Saya kongsikan sedikit pengalaman saya yang tidak seberapa. Mudah-mudahan ada yang mendapat manafaat. Saya memulakan flashcards dengan anak ke 4 saya. Pada ketika itu Abdullah berusia 4 bulan. Sebelum bermain flashcards terlebih dahulu saya sedia maklum dengan beberapa prinsip berkaitan otak, serta terus belajar lagi dan lagi. Antaranya, yang paling terpahat di kepala saya ialah kata-kata Dr Glenn Doman, bahawa “BRAIN GROWS BY USE” “Pembangunan anak ialah pembangunan otak, pembangunan otak ialah pembangunan fizikal.”

Pesan Dr Glenn,

“We must never forget the basic fact: “The brains grows by use”.
The visual, auditory, and tactile pathways are part of the brain.
The child’s visual pathway from the eyes to the brain grows by use.
The child’s auditory pathway from ears to the brain grow by use.
The child’s tactile pathway from the skin to the brains grows by use.

This means that every time he sees, his visual pathway is actually grows. This makes seeing easier and better. This cycle of improvement proceeds until his visual pathway is totally, completely, and fully mature. The same principles apply to the auditory and tactile pathways as well as the olfactory and gustatory pathways.” Ternyata otak anak membangun hanya jika digunakan! Anak perlu mendapat rangsangan dari semua sensorinya melalui penglihatan (visual), pendengaran( auditory), sentuhan(tactile), bau( olfactory), rasa(gustatory), vestibular (keseimbangan badan).

Tips Penggunaan Flashcard Yang Betul Untuk Merangsang Otak Anak Dengan Cepat!
Sumber: http://gallery.tryhandmade.com/


Maklumat-maklumat dari sensori dihantar ke otak, otak digunakan, dan seterusnya membangun. Sehingga anak boleh menghasilkan penglihatan. Menghasilkan perasaan. Menghasilkan pergerakkan. Menghasilkan pendengaran, bahasa dan bertutur. Menghasilkan daya manipulasi, mengenggam, menulis, melukis. Mengenal bahaya, menyelamatkan diri dan berdikari. Serta, kemuncaknya bila, penglihatan, pendengaran, pertuturan, pergerakkannya mentauhidkan Allah Taala. Inilah matlamat kita ibu bapa Islam. Setuju?

Faham akan prinsip ini, aktiviti yang kami buat berbentuk MENYELURUH. Seluruh SENSORI dan MOTOR Abdullah perlu dirangsang. Manakala bermain flashcards amatlah sedikit sebenarnya dari keseluruhan aktiviti seharian kami. Flashcards ialah kad yang dilayangkan dengan pantas, cepat, dan sekejap dihadapan anak. Kepantasannya 1 kad 1 saat. Untuk yang expert mereka lebih cepat dari ini. Kami bermula dengan kad “Dots Math” 5 kad untuk 3sesi, masa diambil sekitar 15saat sehari. Sehingga ke peringkat sedikit advance sekitar 45saat SAHAJA sehari. Hidup kami bukan berkembang sekadar dengan beberapa keping kad. Banyak lagi yang kami lakukan bersama.

Sumber: www.verywell.com


IDEA AKTIVITI BERSAMA ANAK

Ini senarai lebih 10 aktiviti kami.
  1. Grasp reflect -gengaman/daya manipulasi
  2. Babinski reflect- urutan di kaki
  3. Vestibular- hayunan dan rocking dari pelbagai paksi
  4. Brushing and massage- tactile stimulation
  5. Borak dan berbual all the time, dengan character “mak dizzy blonde” versi muslimah of course
  6. Meniarap – lebih banyak anak meniarap lebih cepat ia akan menjulur dan merangkak. Lebih banyak ia menjulur dan merangkak, lebih kukuhlah kemampuan mobiliti nya untuk meneroka.
  7. Semakin Abdullah besar semakin banyak yang kami lakukan bila kemampuan visual, mobiliti, daya manipulasinya meningkat.
  8. 7 bulan mula naik tangga setiap hari (umi tunggu dan berbual)
  9. 9 bulan mula naik kenderaan ala basikal dalam rumah.
  10. 9 bulan join main di luar.
  11. 11 bulan main slide, panjat dan turun sendiri. Wheeee, terjelir-jelir lidah, cheeky sang Atlanta
  12. 12 bulan naik kenderaan ala basikal di jalan raya (luar rumah)
  13. Main air waktu mandi (unstructured waterplay)
  14. Bongkar baju(kepakaran ni) ni dia main sorang.
  15. Menyepah rumah (free style play)
  16. Main play doh.
  17. Main beads and string.
  18. Main batu, tanah diluar.
  19. Main di playground.
  20. Main buai (boleh dilepaskan berayun sendiri)
  21. Main bola. Angkat, baling.
  22. Berjalan di pelbagai permukaan berbeza, mendaki, menurun, berbatu, rata, landai.
  23. Main ais dalam gelas kalau makan di luar.
  24. Membawa balance bike.
  25. Banyak lagi yang tidak tersenarai.
  26. Tetapi satu yang pasti, lots of love, hugs, kisses, and no gadget.

Apa yang ingin saya katakan disini, pengunaan flashcards mengikut cara permainannya yang betul, mengambil masa sekejap saja. Jauh lebih penting ibu ayah/pendidik memahami ilmu dan keperluan untuk otak anak membangun. Serta bentuk pengisian diberikan untuk anak sepanjang hari. Harapnya ini menjernihkan suasana. Tiada istilah flashcards digunakan 24jam. Anak yang dimainkan flashcards bermain dan meneroka seperti anak lain. Malahan yang membezakan ialah sebanyak mana PELUANG dan KEPERCAYAAN yang diberikan kepadanya.



Mengajar anak kecil bukan perlumbaan, ia satu peluang.

Sumber: siraplimau.com

Ketahui Gaya Belajar Anak Anda Dahulu Sebelum Mendidik

/ No Comments

Ketahui Gaya Belajar Anak Anda Dahulu Sebelum Mendidik


Ketahui Gaya Belajar Anak Anda Dahulu Sebelum Mendidik
Ciri-ciri anak VISUAL

  1. Lebih mudah mengingati apa yang dilihat berbanding apa yang didengar.
  2. Lebih suka membaca daripada dibacakan.
  3. Suka menulis sesuatu sambil bercakap.
  4. Lebih suka melukis daripada mendengar muzik.
  5. Tidak terganggu dengan bunyi-bunyi bising ketika melaksanakan sesuatu.
  6. Lebih mudah memahami arahan-arahan bertulis berbanding lisan.

20 Tips Menangani 'Sindrom Hari Pertama Sekolah'

/ No Comments

20 Tips Menangani 'Sindrom Hari Pertama Sekolah'

20 Tips Menangani 'Sindrom Hari Pertama Sekolah'

Beberapa tips yang boleh ibu bapa cuba untuk menyediakan anak-anak dengan proses transisi ini. (juga boleh diamalkan untuk yang baru nak dihantar ke pengasuh, tadika dan seangkatan dengannya).

7 Langkah Berkesan Menangani Anak Tidak Mahu Ke Sekolah

/ No Comments

7 Langkah Berkesan Menangani Anak Tidak Mahu Ke Sekolah

7 Langkah Berkesan Menangani Anak Tidak Mahu Ke Sekolah

Anak yang enggan ke sekolah adalah suatu masalah yang normal yang sering dihadapi oleh kebanyakkan ibu bapa, terutamanya bagi anak sulung yang pertama kali masuk sekolah (Sekolah Pra mahu pun Darjah satu)


Cara Membuat Sendiri Pasir Mainan

/ No Comments

Cara Membuat Pasir Mainan  



Selain menggunakan pasir sebenar, jom kita buat pasir!

Bahan-bahan yang amat mudah:-

1. Tepung
2. Garam
3. Minyak

Campur dalam nisbah 1:1:0.5

Sumber : The Qaisers