Terkini

Menu

Kontraksi Kelahiran: Apa Yang Perlu Dilakukan?

Semua ibu yang akan melalui proses kelahiran bayi akan merasakan sakit kontraksi. Apakah sakit kontraksi? Ia adalah salah satu petunjuk bahawa proses kelahiran sudah bermula.

Sakit kontraksi mungkin bermula sebagai sakit belakang yang tidak begitu mencucuk atau anda mungkin berasa sangat sakit pada bahagian paha. Seterusnya, ibu mungkin mendapat kontraksi dalam perut, seakan-akan sakit kedatangan haid yang teruk.



Apa yang perlu dilakukan?

Apabila sakit kontraksi menjadi semakin kerap, ambil selang masanya. Sekiranya anda rasa kelahiran akan berlaku, segera panggil doktor atau jururawat (jika berada di hospital). Ibu tidak perlu pergi ke hospital dengan segera sekiranya sudah merasakan sakit kontraksi kecuali ia berlaku dengan sangat kerap (setiap lima minit), atau berasa sangat sakit.

Kelahiran anak pertama, biasanya berlaku selama 12 hingga 14 jam dan lebih selesa sekiranya di awal waktu, anda menghabiskan masa di rumah. Banyakkan bergerak dengan perlahan dan berehatlah jika perlu. Anda juga boleh merehatkan diri dengan mandi air suam, sekiranya air ketuban belum pecah atau menikmati snek ringan sebagai persediaan bekalan tenaga.



Ukur masa kontraksi selama sejam. Perhatikan bila masa setiap satu bermula dan berakhir. Kontraksi ini sepatutnya menjadi lebih kuat dan kerap dan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 40 saat apabila kelahiran disahkan.

Sumber

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Kontraksi Kelahiran: Apa Yang Perlu Dilakukan? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM