Terkini

Menu

Cara Membersihkan Alat Sulit Bayi

Cara Membersihkan Alat Sulit Bayi


  • Semasa menukar lampin dan mandi, cuci atau sapu di sekeliling penis dan skrotum bayi untuk membuang sebarang kekotoran yang ada. Selepas menukar lampin, gunakan kain basah atau kapas.
  • Sebenarnya semasa bayi, penis bersih secara semulajadi, jadi jangan menarik kulup penis untuk mencucinya kerana anda tidak dapat menariknya kembali ke tempat asal.
  • Kulup penis bayi terlekat kepada kepala penisnya. Kulup ini akan tercerai daripada penis menjelang usia dua tahun. Tidak perlu cuba menceraikannya sebelum itu kerana anda mungkin mencederakannya.
  • Memaksa kulup ke belakang boleh menyebabkan kekoyakan, dan ini akan mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Ia juga mungkin menyebabkan masalah bagi bayi anda di kemudian hari.
  • Jika bayi disunatkan, anda boleh mencuci penisnya semasa mandi. Selepas mandi sapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindungi daripada bergeser dengan lampin.
  • Sesekali biarkan bayi tidak berlampin seketika bagi membolehkan kemaluannya terdedah pada udara dan lebih cepat pulih.
  • Penis bayi yang disunat akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk pulih. Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan.
  • Ia adalah tanda-tanda pemulihan normal. Sekiranya penis bayi mendapat jangkitan, ia mungkin menjadi merah yang tidak berkurangan atau berdarah, dan hujung penis menjadi bengkak. Bayi anda akan merasa sakit apabila kencing. Jika bayi didapati mengalami salah satu tanda tersebut, segeralah rujuk dengan doktor.



  • Semasa menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk membersihkan alat sulitnya dari arah depan di bawa ke belakang iaitu dari vagina dan uretra (pembukaan melalui mana dia kencing).
  • Sekiranya lampin bayi dikotori dengan najis dan ada sedikit najis memasuki bibir vagina (labia) bayi, lakukan langkah berikut:

    1. Gunakan jari (bersih) anda untuk membuka bibir vagina bayi.
    2. Guna kapas basah, untuk menyapu tempat itu dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.
    3. Kemudian, ambil lagi kapas basah bersih, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.

  • Membersihkan vagina dari depan ke belakang akan membantu mengelakkan bakteria daripada berpindah dari anus bayi ke vagina dan uretra, dan menyebabkan jangkitan. Apabila memandikan bayi, gunakan kain flanel atau span untuk memercikkan air di sekeliling alat sulit, dan sapu dari depan ke belakang.
  • Dalam beberapa hari pertama, anda mungkin melihat vagina bayi bengkak dan kemerahan, atau dia mengeluarkan lelehan yang jernih, putih atau berdarah sedikit. Jangan panik kerana ia memang perkara biasa dan berlaku disebabkan bayi terdedah kepada hormon ibu semasa masih berada di dalam uterus (rahim) ibu.
  • Tetapi, sekiranya bayi masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, beritahu doktor anda semasa pemeriksaan pertama selepas sebulan lahir.
Sumber: pama.karangkraf.com
Cara Membersihkan Alat Sulit Bayi

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Cara Membersihkan Alat Sulit Bayi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM