Terkini

Menu

Pertolongan Cemas Untuk Bayi

Pertolongan Cemas Untuk Bayi

Pertolongan Cemas Untuk Bayi


Tersedak / Tercekik

Sekiranya bayi sukar bernafas, batuk dan menangis, dan anda mengesyaki bayi anda tercekik, tahukah anda bagaimana hendak membantu bayi?
  1. Penting: Buang sebarang benda asing dari mulut. Jangan masukkan jar anda terlalu dalam, kerana saiz jar kita agak besar dan mungkin menyebabkan kesakitan di bahagian belakang mulut bayi. Anda juga mungkin menolak objek tersebut dengan lebih dalam.
  2. Baringkan bayi anda, muka dan kepala ke bawah di lengan anda. Sokong kepala dan bahu bayi dengan tangan anda. Letakkan pangkal tapak tangan anda di bahagian atas belakang bayi, dan tekan dengan perlahan sebanyak lima kali.
  3. Periksa mulut bayi dengan segera selepas setiap tekanan, dan keluarkan benda asing yang menyekat tekak bayi.
  4. Sekiranya objek masih di dalam mulut bayi, posisikan 2 jari di tengah-tengah dada dan 1/2 inci ke bawah putingnya. Ben i 5 tekanan sedalam antara 1/2 ke 1 ii. Sekiranya tidak berjaya, hubungi ambulan.
  5. Ulang kaedah di atas sehingga bantuan fiba. Doktor hendaklah memeriksa bayi selepas pertolongan cemas diberi untuk memastikan bayi fidak mengalami kecederaan dalaman.


Luka Kecil
  1. Periksa sekiranya terdapat sebarang objek di dalam luka. Sekiranya ya, jangan tekan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
  2. Sekiranya tiada objek di dalam luka, tekan luka dengan perlahan dengan menggunakan tangan atau kain yang bersih.
  3. Tutup luka dengan sekeping pambalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Bawa bayi ke hospital dengan segera.


Tertelan Bahan-bahan Merbahaya
  1. Ubat atau pil: bawa bayi ke hospital dengan segera dan bawa botol atau pembalut ubat atau pil. Jangan beri bayi anda apa-apa yang boleh menyebabkan bayi muntah.
  2. Bahan-bahan pencuci rumah: bertenang dan bawa bayi ke hospital dengan segera dan bawa botol atau pembalut bahan yang ditelan oleh bayi.
  3. Bayi kesakitan atau mulut kemerahan dan melecet: beri bayi anda minum air atau susu untuk menyejukkan bayi sehingga anda tiba di hospital.
  4. Catat masa dan jumlah bahan merbahaya yang ditelan oleh bayi.


Terbakar / Melecur
  1. Sejukkan bahagian yang tercedera di bawah air yang mengalir secepat yang mungkin sekurang-kurangnya selama 10 minit. Pemancur air boleh digunakan tetapi pastikan tekanan air tersebut rendah.
  2. Longgarkan pakaian yang ketat sebelum bahagian yang tercedera merebak, tetapi jangan keluarkan kain yang melekat pada kawasan yang melecur.
  3. Tutup bahagian yang melecur dan bawa bayi anda ke hospital.
Sumber: iekakimieka.blogspot.com
Pertolongan Cemas Untuk Bayi

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Pertolongan Cemas Untuk Bayi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM