Terkini

Menu

Ketahui Tahap Tumbesaran Bayi



Si kecil pantas membesar, lebih kecil anak anda, tumbesaran fizikalnya lebih menakjubkan. Jangan lupa bahawa tempoh sembilan bulan diperlukan untuk berkembang daripada sebiji telur dan daripada sperma yang begitu halus kepada seorang bayi seberat 3kg dan sepanjang 50cm!

Dalam tahun pertama kehidupannya, bayi membesar begitu pantas dan sesetengah organ, seperti otaknya terus berkembang dengan begitu cepat. Itu sebabnya diet yang baik sangat penting untuk bayi dan sepanjang zaman kanak-kanaknya.



Berat
Berat badan bayi akan meningkat seperti berikut:
Suku pertama
30g sehari
Suku kedua
20g sehari
Suku ketiga
15g sehari
Suku keempat
10g sehari
 
Walau bagaimanapun, setiap bayi adalah berbeza dan angka-angka di atas hanyalah anggaran sahaja. Sesetengah kanak-kanak lebih besar, sesetengahnya lebih kecil. Setiap kanak-kanak mempunyai pembentukan tubuhnya yang tersendiri.

Janganlah anda membandingkan bayi anda yang kurang berisi dengan bayi jiran anda yang montel sekiranya anda berselisih semasa membawa bayi anda bersiar-siar.

Apa yang paling penting ialah pertambahan berat yang normal dan menurut graf pertumbuhan yang normal.

Anda tidak disarankan untuk terlalu menurut jadual yang dilampirkan di sini. Anda juga tidak perlu menyemak berat badan bayi setiap pagi. Anda tidak perlu memiliki penimbang bayi dan menimbang bayi setiap hari. Jika bayi anda tidak sakit, cukuplah menimbang beratnya apabila anda mengunjungi pakar pediatrik untuk memantau perkembangannya.



Dalam tempoh setahun, bayi akan membesar sehingga melebihi separuh daripada saiz semasa dia lahir. Seorang bayi yang berukuran 50cm tinggi akan menjadi 75cm tinggi apabila dia berusia 1 tahun. Anda boleh bayangkan betapa cepatnya saiz pakaian akan berubah!!!



Ukur lilit kepala
Tidak bermakna pengukuran lilit kepala tidak penting walaupun jarang dilakukan. Ingatkah anda bagaimana rupa kepala bayi anda semasa baru dilahirkan?

Anda boleh merasai ubun-ubun bayi kerana tengkorak bayi belum lengkap sepenuhnya. Kanak-kanak dilahirkan dengan kepala yang masih boleh membesar disebabkan oleh pembentukan otaknya masih belum lengkap.



Anda boleh menggunakan graf ini dan graf berikutnya untuk anak anda, sekiranya anda suka. Walau bagaimanapun, anda mesti mengambil kira bahawa setiap anak mempunyai grafnya yang tersendiri untuk berat, tumbesaran dan ukur lilit kepala. Graf yang anda lukis mestilah berada di antara dua garis di dalam graf di bawah (antara garis minimum dan maksimum).



Jika rangka anda dan pasangan anda bersaiz kecil, janganlah mengharapkan saiz badan bayi anda akan mengikut garis yang lebih atas. Ini normal, bukan?
 



Jika anda ingin memantau ukur lilit kepala bayi, minta doktor anda untuk mengukurnya





Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Ketahui Tahap Tumbesaran Bayi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM