Fahami Si Sulung
Tidak Berlaku Adil Kepada Anak Sulung
Anak sulung... Sedarkah kita anak sulung sering kita aniayai secara sedar atau pun tidak?
Anak sulung adalah anak yang lahir dari semangat cinta dan kasih yang mendalam. Semangat seorang ibu yang mendapat anak sulungnya tentu sangat berbeza. Perasaan dan sifat keibuan yang ada padanya dicurah sebanyak dan sedapat mungkin pada si anak sulung. Anak sulung diberikan apa saja yang baik-baik, ditatang bagaikan minyak yang penuh... tapi sebelum datangnya anak yang kedua.
Apabila mengandungkan anak yang kedua, perhatian si ibu kepada anak sulung sedikit kurang. Anak yang sulung menyedarinya seawal kandungan si ibu 4 bulan lagi. Apatah lagi jika si ibu tadi bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan keperluan rumahtangga selepas waktu bekerja. Dalam konteks ibu bekerja, mengandung dan memberikan perhatian kepada si sulung, tentunya akan ada perkara yang akan terlepas pandang. Ada keperluan dan rutinnya yang akan berubah... dan si sulung akan menyedarinya dan menguatkan diri sebagai satu pengalaman baru menjadi yang sulung.
Apabila si adik muncul di sisi, walau apa cara sekalipun si sulung perlu menyesuaikan diri pada yang mungkin dianggap pesaing, atau teman atau apa-apa lagi dengan naluri diri menyayangi si adik ini. Cuba anda membayangkan keadaan si sulung. Percayalah, ada yang dapat menyesuaikan diri menyayangi adik tetapi ada juga yang sering merenggek, cuba memberitahu perasaan diri tentulah kepada si ibu yang selalunya tak mengerti..
Waktu terus berlaku, diri si sulung semakin membesar, tugas si ibu semakin bertambah. Jangan nafikan.. mesti pada masa ini, tangan si sulung sangat bernilai. Si sulung mula mengambil alih sedikit tugas-tugas membantu, juga pada masa yang sama si ibu yang kepenatan mula bertukarlaku. Nak garang masa inilah kan. Di minta diambilkan cawan dan si sulung pun terpinga-pinga, banyak betul kosa kata ibu ni yang aku tak tahu rupanya. Hah! singa, naga, harimau tetapi selalunya tarzan mula hidup bersama-sama, mula memainkan peranan. Kesian si sulung... selalunya tidak faham kehendak si ibu. Bahasa sayang mula bertukar menjadi ayat-ayat suruhan yang banyak.
Si sulung mesti tahu...kau yang sulung mesti tahu! Sedarkah kita akan kosa kata anak sulung kita pada masa ini... Betulkah mereka faham akan apa yang kita sampaikan, yang selalunya kesalahan mereka membuahkan kemarahan kita. Harapan si ibu terlalu tinggi. Pukul....siapa tidak pernah memukul anak sulung mereka. Suruh...Marah...Pukul....rutin baru dalam hidup si sulung itu.
Apa jadi kepada anak kedua???????? Play save mak! I always do....
Anak kedua di mata kebanyakkan ibu adalah anak yang selalu lebih baik dari yang sulung. Lebih mendengar kata, lebih alert, lebih faham, lebih segala-galanya. Kalau disuruh anak yang sulung mandi, anak kedua akan buat dulu. Di suruh membuat kerja rumah...anak kedua akan berkata dia dah siap pun. Si sulung..tahan untuk dimarah bahkan tahan juga untuk dipukul. Itu bahasa biasa ibu kepada saya, yang sulung.
Anak kedua lebih memerhati lebih melihat penderitaan yang sulung apabila dimarah dan dipukul. Tentu pendekatannya adalah untuk menyelamatkan diri agar tidak kena seperti yang sulung. Si ibu pula, ibarat jika sukakan pasukan A, busuk macamana pun suka juga. Ibarat kata jika bencikan B, bagus macamana pun tidak bermakna. Itulah nasib si sulung dengan para pesaingnya, adik-adiknya.
Berikanlah harapan baru kepada si sulung. Fahamilah mereka. Ceriakanlah hidup mereka.
Kaulah cinta ibu dan ayah, yang sulung...
Sumber: mammadanish.blogspot.com
Fahami Si Sulung
Fahami Si Sulung
saya rasa tidak adil untuk berkata tidak adil layanan diberi kepada si sulung. sebab si sulung membesar dulu daripada adiknya walau dalam keadaan apa sekalipun (normal). jadi suruhan dan teriakan si ibu/bapa adalah untuk memberi pembelajaran kepada si sulung yang perlu tahu lebih dahulu daripada si adiknya. jadi jika suruhan dan teriakan mahupun pukulan dianggap tidak adil, fikirkan apa yang akan berlaku kepada si adik jika si adik itu mendapat adik yang baru. proses suruhan, teriakan mahupun pukulan akan berlaku secara berterusan kerana itu adalah salah satu bentuk pembelajaran untuk menjadi lebih matang. cuma, yang penting, suruhan, teriakan mahupun pukulan tersebut perlulah dilakukan secara rational mengikut kesesuaian usia anak-anak tersebut.
BalasPadamYg lain semua ok tp bab jdt ngan trw tu je yg xok. Sila ambil contoh yg lbh membina. Betul x
BalasPadamRasanya, bila mana kta mnta anak sulung tolong kita, ambil itu & ini, bkn bermakna kta menganiaya.. Sebaliknya mahu melatih mereka mengajar mereka, hal2 bgini jg boleh bantu mereka jd lbh matang... Apapun, tq atas perkongsian msih ada keadaan tertentu pd artikel yg boleh menyedarkan.. Wallahualam
BalasPadamSatu artikel menarik namun agak berlawan cara layanan anak sulung hasil kajian penulis dengan layanan kami kepada anak sulung dan adik-beradiknya yang lain.
BalasPadamsaya bukan lah anak sulung, tapi peranan saya lebih dari yang sepatutnya...di kala ibu bapa di landa kesusahan, waktu itulah saya sentiasa ada bersama tak kira masa...dan saya rasa, sayalah yang lebih memahami masalah keluarga lebih dari yang lain kerana saya sentiasa ada bersama mereka... saya bukannya tidak pandai jika nak dibandingkan dengan adik beradik yang lain, tapi saya sedikit malas, adik beradik yang lain sambung belajar, cuma saya menjadi kekuatan mak dan abah di kala kesusahan semasa dilanda kegawatan ekonomi...mungkin adik beradik yang lain tak tahu apa yang saya dan parents lalui masa tu...
BalasPadamsaya juga ada anak sulung, tapi layanan saya kepada yang sulung atau adik2nya adalah sama...si sulung saya tak banyak cakap, rajin dan senang bergerak apabila disuruh, anak2 rapat dengan kami mama dan papa... apa yang saya lalui sepanjang hidup akan saya jadikan panduan untuk mendidik anak2 supaya menjadi yang lebih baik dunia dan akhirat.
Berdasarkan pengalaman kami yang ada 7 orang anak, ada yang perlu diperbetulkan cara handle anak yang dikongsikan oleh penulis. Cara penulis kongsikan ni ialah masa kami baru ada anak 3. Masa tu, saya fikir, kami belum lagi "matang" untuk handle anak-anak secara harmoni. Jadi, anak yang baru lahir akan sentiasa jadi pesaing kepada anak yang lebih besar. Anak lebih besar anggap adiknya 'musuh'. Kalau dia nak marah, dia akan lepaskan geram kepada adik semata untuk dapatkan PERHATIAN kita.
BalasPadamBila saya fikir balik, itu adalah kesilapan kami.
Mulai anak ke-4 hinggalah anak ke-7, kami ubah keadaan ni. Bila isteri mengandung, kami akan ceritakan kepada anak-anak adiknya bakal lahir dan sentiasa bagi kata-kata motivasi yang mereka akan jadi "abang", "kakak" yang dibanggakan oleh adiknya yang bakal lahir. Masa isteri mengandung, abang2 dan kakak2 dah cium perut ibunya (cium adiknya dalam perut). Tak sabar-sabar tunggu adiknya bakal lahir.
Bila adiknya lahir, abang2 dan kakak2 (walaupun masih kecil dan tak faham apa2) akan jadi PART OF THE TEAM yang JAGA, PROTECT, BANTU adiknya. Kesilapan kami dulu, bila adiknya lahir, kami jauhkan abang2 & kakak2nya (yang masih kecil) sebab takut mereka pukul dsb. Yang besar akan sentiasa memberontak sebab mereka nak tengok adik mereka.
Lepas tu kami ubah. Bila adiknya lahir, kami ajak abang2 & kakak2 datang dan tunjukkan mereka cara gosok dan sayang adiknya cara yang betul. Bila mereka buat cara yang betul, kami hadihkan mereka "pujian" yang tentunya mereka rasa bangga jadi kakak dan abang. Kami jadikan mereka part of the team yang jaga adiknya yang baru lahir.
Alhamdulillah, bermula kami ubah approach, keadaan dah berubah. Yang besar akan anggap adik mereka untuk disayangi dan dilindungi. Mereka bangga jadi abang dan kakak! :)
Alhamdulillah...
Alhamdulillah. Saya setuju dengan cara tuan. :-)
PadamSy minta izin share kimen anda..tq
PadamSgt setuju..km jg mndidik ank dgn cara yg sama..ms ngandung ank ke 3 dh bgtau ank 1st n 2nd psi bby yg akan lahir..depa mmg sgt excited..bila ngandung ank ke4 depa awai2 lg dh tau dan hepi sbb dh ada pngalaman adik ke3 dulu..buat kerja bersama2 cth ank sulung sapu smpah, ank ke2 mop lantai..masa dpt ank ke 4..ank sulung n ke2 dh sekolah,dh bole tolong2 kerja rumah..ank2 semua saling sayang mnyayangi..ank ke3 pon xjeles ngn bby sbb kitabg dia cium n usap2 bby..cuma sentiasa kna perhati la sbb depa kcik2 lg
PadamKomen awak paling best
PadamBetul...sgt setuju...mcm cara sy...bila adik nya dah keluar dia sgt mnjga adik dia walopun umonya baru 2thun1bulan
Padamada betul and ada salahnya..
BalasPadamsaya pun anak sulung..ada gak terasa kurang diberi perhatian..but bila dah makin besar...makin ok la sbb dah leh fikir. but now..bila dah ada anak sulung sendiri..cuba utk beri perhatian yg seadilnya kepada kedua2.. (anak 2 org jer) sbb..tak nak yg abang terasa situasi mcm nie,.
PS - minta izin nak share yer..tq!
Ape kena team bola pulak?berat sebelah sguh..
BalasPadamThanks for the good info.. aku juga anak sulung.. mmg anak sulung bila sudah ada adik kurang ckit perhatian..itu lumrah.. disuruh buat keje mcm2 bkan sbb parents aniaya tp menjadikn yg sulung berdikari dan cth kpd adik2 krn umur yg lebih tua dr adik2nya. Positifnya menjadi yg sulung akan lebih pandai menguruskan hidup bila dewasa nti krn dr awal lg sudah dididik utk menolong parents.
BalasPadamTotally agreed. Sy juga ank sulung & mcm ni la saya rasa. Skrg ni saya bakal melahirkn ank ke2. Ank sulung br nk masuk 3 tahun dan mcm ni la jugak keadaannya. Tysm krn arlikel ini mnyedarkn saya. Maafkn ibu sayang...
BalasPadamsulung ke second ke third ke...smua kita kena amik perhatian sepenuhnya...
BalasPadamYg penting ibu bapa kena pandai main peranan. Bagi sy xda salahnya anak sulung diminta menolong itu ini dgn syarat, dgn penuh kasih sayang bukan herdikan. Mengajar dgn lemah lembut bukan kekerasan. Sekali anak diherdik dan diarah, selamanya hati si comel tu akn terluka. Please la ibu bapa. Kita ibu bapa ni org yg lebih dewasa sepatutnya faham keperluan anak kecil kita. Disiklah dengan kasih syg dan penuh hikmah, insya allah si sulung xkan sesekali teraniaya :)
BalasPadamXsabar menanti cahayaata kedua ^_^ kaklong tetaa anak umi abi yg paling comel dan paling pintarrr. Nnti boleh ajar adik ya sayang!
Memang ada ibu bapa yg lyn anak sulung dgn teruk...dah pernah nmpak...sedih sungguh rase hati...mase kat kedai mkn..si adik yg nakal n hmpir terjatuh..tp si kakak yg dicubet ibu.si kakak jln lmbat mase nk blik...diherdik pula dgn si ayah...si adik di dukung dgn kasih sayang..tp si kakak xdpt melintas longkang yg agak besar utk budak umo 4thun/5thun...lalu lengan si kakak direntap kasar oleh si ayah...kesiannya budak tu...sedih tgk...wajahnya mmg begitu memendam perasaan luka n duka..😢
BalasPadam