Terkini

Menu

Tips Merawat & Mengelak Bengkak Susu


  • Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.
  • Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.
  • Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
  • Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
  • Teknik Menghisap Yang Tepat:

    1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
    2. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
    3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
    4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
    5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.

Uncang Teh
Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.


Mengepam Susu Badan
Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara si ibu.


Tuam
Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit.



Rawatan Alternatif

Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :

1. Therapy Gel Pads
Produk pelbagai guna ini boleh digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara.

Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.


2. Jingle Jungle Reusable Warm
Hangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.


3. Feme Pad Natural Pain
Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan atau rasa tidak selesa selepas melahirkan. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Tips Merawat & Mengelak Bengkak Susu "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM