Terkini

Menu

Kurang Darah Ketika Hamil

Anemia atau kurang darah juga merupakan satu masalah penyakit terutama di kalangan ibu hamil. Gejala ini sangat mudah dikesan berdasarkan fizikal ibu sendiri. Antara yang mudah dikesan iaitu warna kelopak mata yang pucat, kerap berasa letih dan sukar fokus pada sesuatu.

Bagaimanapun sekiranya gejala anemia semakin teruk, ia akan diikuti dengan gejala rambut gugur, nafas pendek, kuku cekung seperti sudu, sukar menelan sehingga kepekaan terhadap jangkitan meningkat.

Jika doktor mengesan gejala ini di kalangan ibu hamil, mereka disarankan membuat pemeriksaan hb melalui ujian darah. Apabila kadar hemoglobin kurang daripada 11g/dl, doktor biasanya menyarankan pemeriksaan darah lanjutan termasuk siasatan kemungkinan ada penyakit lain yang mungkin menjadi penyebab.

Ini bagi memudahkan doktor menyesuaikan jenis rawatan dan faktor terjadinya anemia kepada ibu tersebut.

  • Apabila anemia berlaku akibat kekurangan protein, ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti telur, ikan, daging, ayam, makanan laut dan susu.
  • Apabila anemia berlaku akibat kekurangan asid folat atau zat besi, maka pemberian suplemen perlu dilakukan dengan pengawasan daripada doktor anda. Keperluan harian zat besi dan asid folat ketika hamil meningkat dua kali ganda berbanding sebelum hamil. Oleh itu doktor menyarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau suplemen.

Jika pemberian suplemen masih tidak mampu memenuhi keperluan zat yang berkurangan, maka rawatan memberi zat besi ata asid folat intravena atau tranfusi perlu dilakukan dengan pengawasan ketat daripada doktor sakit puan anda.

Sumber

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Kurang Darah Ketika Hamil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM