Terkini

Menu

Terapi Yang Berkesan Buat Anak

TIP: Terapi Yang Berkesan Buat Anak 

Bermain adalah dunia buat seorang kanak-kanak. Mereka boleh bermain siang dan malam tanpa kenal erti penat. Namun, tahukah kita bahawa melalui bermain anak-anak sebenarnya sedang ‘belajar’ ?

Di rumah kita selalunya membeli mainan dan biarkan mereka bermain sendiri. Rakan sosial mereka hanya kita dan adik-beradik yang lain. Tidak salahnya disitu. Tetapi…“Life begins at the end of your comfort zone”. Rumah merupakan tempat yang paling selesa buat sebuah keluarga terutama seorang anak. Jika di rumah semua perkara mereka lakukan, langsung tidak malu dan segan. Tetapi, adakah mereka bertingkahlaku yang sama jika di luar rumah?

Kanak-kanak perlu diberi ruang dan peluang untuk membesar menjadi seorang kanak-kanak. Sesetengah ibubapa pula sangat teruja untuk menjadikan anak mereka seorang yang genius. Tidak cukup dengan menghantar ke tadika, kemudian memberi pelbagai CD/DVD pembelajaran pula untuk mereka. Tidaklah ianya salah, tetapi ia terlalu cenderung kepada perkembangan IQ. Pada usia ini, perkembangan EQ mereka juga perlu dititik beratkan. Seimbang. Fikirkan sejenak, 
  • Bagaimana interaksi sosial mereka? Adakah ramah? Pemalu atau Bertolak ansur? 
  • Bagaimana pula dengan perkembangan otot mereka? Adakah sihat? 

Mengikut kajian, bermain merupakan salah satu terapi buat seorang kanak-kanak. Lebih penting sekiranya anak itu memerlukan pendidikan khas atau ‘special needs’. Bagaimana bermain membolehkan anak kita belajar ? 
  1. Melatih kemahiran berbahasa dan komunikasi anak melalui interaksi sosial bersama rakan mereka. 
  2. Latihan otot dan fizikal secara tak langsung banyak digunakan sewaktu bermain yang membantu kepada pertumbuhan sihat mereka. 
  3. Emosi-Bermain mampu mengurangkan tekanan mereka. Anak kecil juga mempunyai tekanan mereka sendiri yang ibubapa juga sukar ketahui. Jadi, melalui bermain tekanan mereka secara semulajadi akan berkurangan. Anak ceria kita juga bahagia. 
  4. Potensi dan keyakinan diri mereka lebih mudah dirangsang. Anak yang selalu diberi ruang untuk tonjolkan kebolehan diri mereka akan membesar menjadi anak yang berani dan bersemangat. 

Sekiranya mereka sudah berumur 4 tahun ke atas adalah baik jika kita membawa mereka ke taman permainan atau ke kelas berenang di hujung minggu. Bermain di luar rumah setiap petang juga adalah pilihan yang baik. Cuma pastikan ia mengikut jadual yang terancang serta dalam pemantauan anda. Aktiviti ini jauh lebih baik darpadai mereka mengadap gajet-gajet seperti tablet dan iPad.

Bagi anak-anak yang antara 20 bulan ke 4 tahun pula, kelas seperti playgroup mampu menjadi medium pembelajaran alternatif anak anda. Disini, emosi, otot, deria, IQ dan EQ mereka dirangsang melalui kaedah games, active play, muzik dan sebagainya. Sememangnya inilah yang diperlukan oleh kanak-kanak pada usia begini.

Bermula daripada alatan permainan yang dikhaskan buat mereka dan cara penggunaan yang tertumpu sehinggalah rangsangan intelektual dan emosi anak.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Terapi Yang Berkesan Buat Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM