Terkini

Menu

Tiga Kali Guna Jadi Racun

Tiga Kali Guna Jadi Racun

Minyak masak racunIsu Akrolein Dalam Minyak Masak Terpakai | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan yang disiarkan dalam akhbar KOSMO bertarikh 13 Disember 2013 bertajuk ”Tiga Kali Guna Jadi Racun: Pakar pemakanan ingatkan pengguna mengenai bahaya racun akrolein dalam minyak masak terpakai”. Laporan tersebut mendakwa penggunaan minyak masak yang sama melebihi tiga (3) kali boleh memudaratkan kesihatan. KKM amat peka dan prihatin terhadap isu keselamatan makanan yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Acrolein adalah cecair tidak berwarna dengan bau terbakar dan menusuk hidung. Ia dihasilkan dari perindustrian propylene dan digunakan sebagai racun perosak mengawal alga, rumpai, bakteria, dan moluska serta digunakan untuk membuat bahan kimia lain. Selain daripada itu, ia juga boleh terbentuk pada kadar yang sangat rendah semasa pemanasan minyak pada suhu tinggi.

Pendedahan kepada acrolein kebanyakannya berlaku melalui pernafasan (inhalation) contohnya asap rokok dan ekzos kereta. Acrolein boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit, mata, dan rongga hidung, tekak serta boleh merosakkan paru-paru. Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrolein tidak dapat diklasifikasi sebagai karsinogen pada manusia kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan acrolein bersifat karsinogenik.

Sehingga kini, tiada sebarang standard yang ditetapkan bagi tempoh ideal atau kekerapan menggunakan minyak masak sebelum ia perlu dibuang kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah jenis makanan, kandungan air dalam makanan, kekerapan penggorengan dan suhu menggoreng. Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak masak baru jika berlaku perkara berikut :
  1. Warna minyak masak menjadi perang pekat.
  2. Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat.
  3. Minyak masak berbau tengik.
  4. Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan.

KKM telah menyediakan panduan kepada pengguna bagi membezakan kualiti minyak masak berdasarkan kepada perubahan warna selepas digunakan berulang kali dan cara pengendalian yang betul bagi meningkatkan jangka hayat minyak masak yang boleh diperolehi melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my dan Portal MyHealth http://www.myhealth.gov.my


YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

21 ulasan to ''Tiga Kali Guna Jadi Racun"

ADD COMMENT
  1. Peringatan "mesra" yang "sangat penting" untuk pengetahuan ibu-ibu di luar sana..

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang bermanfaat..

    BalasPadam
  3. minyak yg rejek ni bole buat apa ye. xkan nk buang je. fikirla KFC, mcdoanal, kennty rogers dsb guna banyak dan buang pun banyak. kalo buang gitu je dh mendatangkan kerosakan alam sekitar, begitu uga dengan membakarnya. :o

    BalasPadam
    Balasan
    1. minyak masak terpakai ni bley dibawa ke pusat recycle. certain tempat siap dpt duit lagi.
      minyak masak bley diprocess utk buat benda lain pulak.

      Padam
    2. btul tu... saya simpan dalam tong byak2 dlu, baru antar kat recyle.

      Padam
    3. sebenarnya minyak masak yang terlah digunakan boleh diproses jadi biodiesel.. proses dia sangat mudah.. buat belakan rumah pun boleh... tapi kadang-kadang kalau gi hantar minyak buat recycle ni bukanya dia recycle jadi benda lain. dia tapis lagi sekali dan jual sebagai minyak gred rendah.. so kalau nak beli minyak ni biar la beli yang mahal sikit. jgn beli yg murah.. sb takut minyak tu dah digunakan...

      Padam
  4. sye pernah tngok kt tv yg minyak msk trpakai ni boleh dijadikan bahan api. cnthnya minyak utk menggerakkan mesin rumpt, tp minyak trpkai ni kna lalui proses tertntu dulu..lupa dah tngok tv mne.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam majalah 3 ada tunjuk pasal minyak yg direcycle

      Padam
  5. Jgn pesan pd ibu2 je...pesan kt kedai mamak & tom yam skali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye setuju. Yg jual kueh pisang goreng tu minyak dorg semua hitam..ramai pulak yg membeli.

      Padam
  6. Perkongsian yang sangat berguna.
    terima kasih

    www.sitinurafidanoh.blogspot.com

    BalasPadam
  7. umpama racun senyap yang merbahaya

    BalasPadam
  8. Kat mana hantar minyak masak terpakai ni.. ada siapa boleh bg info tak

    BalasPadam
  9. Kalo kat Kelantan, kt mana kita boleh hantar minyak terpakai ni ya?

    BalasPadam
  10. Waa.. baru tau!! Huhu.. Sebab jarang sangat baca paper... thanks sebab share info ni.. ;)

    Jika anda mencari alternatif kepada apa-apa jenis penyakit atau mahu mengekalkan gaya hidup sihat secara semulajadi, jom dapatkan tips & info di blog saya:
    http://yourhealthshoppe.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Saya hantar kat pusat recycle alam flora presint 9 putrajaya

    BalasPadam
  12. Peringatan utk diri sendiri jgk ni...
    www.villavitaminibu.blogspot.com

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM