Terkini

Menu

Kaedah Mencegah Kehamilan – Kondom Wanita


Apakah kondom wanita?

Kondom wanita adalah kantung yang sesuai diletakkan di dalam faraj untuk mengelakkan air mani daripada memasuki faraj. Kondom wanita merupakah salah satu kaedah mencegah kehamilan yang diperbuat daripada getah dan akan dibuang selepas setiap kali digunakan.
Kondom wanita mempunyai gelang fleksible di mana gelang yang lebih kecil pada akhir terletak di dalam faraj menutup serviks wanita daripada rembesan dari zakar manakala gelang yang lebih besar terletak di luar faraj.



Bagaimanakah keberkesanan kondom wanita?

Kondom wanita mempunyai kadar kegagalan 21/100. Ejen spermicidal, jeli atau krim bersama dengan kondom meningkatkan keberkesanan kepada lebih daripada 95% apabila digunakan dengan betul dan konsisten.


Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan kondom wanita?

Ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali kepada individu yang alah kepada getah.


Adakah kondom wanita membolehkan kehamilan semula jika tidak digunakan?

Ya. Kondom wanita tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas sama ada lelaki atau fungsi pembiakan wanita. Ia adalah mungkin untuk hamil serta-merta jika kondom tidak lagi digunakan.


Apakah hubungan antara kondom wanita dan penyakit kelamin?

Kondom adalah satu-satunya alat mencegah kehamilan yang boleh mengurangkan transmisi penyakit kelamin. Walaubagaimanapun, kondom tidak boleh menghalang pendedahan 100% transmisi penyakit kelamin dan hanya boleh mengurangkan pendedahan jangkitan penyakit kelamin. Kondom wanita telah tidak dikaji, ini disebabkan penggunaan kondom wanitaadalah lebih kurang sama seperti kondom lelaki.
Penggunaan kondom lelaki tidak mengurangkan transmisi jangkitan virus human papiloma (HPV) atau Trichomonas vaginalis.
Jangkitan sifilis dikurangkan 29% untuk penggunaan lazim dan boleh dikurangkan 50-71% apabila kondom lelaki digunakan dengan betul 100% pada setiap masa .
Jangkitan gonorrhea dan chlamydia dikurangkan lebih kurang 50% walaupun kondom digunakan 100% setiap masa.
Jangkitan herpes genital dikurangkan sebanyak kira-kira 40%.
Jangkitan HIV dikurangkan sebanyak kira-kira 85% apabila kondom digunakan dengan betul 100% dalam setiap masa.


Apakah kebaikan dan kekurangan penggunaan kondom wanita?

Kebaikan Kondom Wanita termasuk:

Salah satu kaedah mencegah kehamilan yang boleh mengurangkan transmisi jangkitan penyakit kelamin.
Berbanding dengan kondom lelaki , ia mungkin kurang menyebabkan reaksi alahan, dan peluang untuk pecah adalah rendah.
Kondom adalah kecil, mudah dibawa, dan senang dikendali selepas digunakan.


Kekurangan Kondom Wanita termasuk:

Lebih mahal daripada kondom lelaki (kira-kira 5 kali)
Gelang luar mungkin membebankan kepada wanita.
Penggunaan kondom wanita mempunyai kadar kegagalan kira-kira 21%.
Mungkin mengganggu semasa melakukan hubungan intim.

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Kaedah Mencegah Kehamilan – Kondom Wanita "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM