Terkini

Menu

7 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung

7 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung 


Pemakanan berkhasiat untuk ibu hamil ketika mengandung adalah perkara yang paling penting untuk di tekankan. Selain untuk kesihatan ibu, ia juga penting bagi tumbesaran janin yang dikandung. Jika sebelum ini kurang menitikberatkan jenis makanan yang diambil tetapi setelah disahkan hamil oleh doktor,  perkara utama yang perlu diberi penekanan adalah pengambilan makanan untuk diet seimbang setiap hari. Berikut disenaraikan pilihan makanan berkhasiat yang sesuai untuk menu harian ibu hamil:


1. Avocado 



Buah avocado kaya dengan pelbagai vitamin seperti B6, vitamin C dan kalium yang penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Ia juga baik untuk melancarkan saluran pencernaan ibu hamil dan mengelakkan daripada sembelit.  Selain boleh dimakan begitu sahaja, ia juga sedap dijadikan jus minuman untuk sarapan pagi.



2. Brokoli 
 
Sayur brokoli kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kaya dengan kandungan kalsium. Pengambilan sayuran hijau ini dengan kerap dapat membantu sistem imun badan dan kekuatan tulang yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.



3. Kekacang 

Kekacang mengandungi banyak kandungan mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium. Sumber kekacang yang baik ini dapat membantu ibu hamil mengelak daripada kekejangan anggota badan. 



4. Kurma dan Madu 



Makanan berasaskan sunnah Rasulullah SAW ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi untuk memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ia dapat melancarkan perjalanan darah dan memberi kebaikan kepada tumbesaran minda bayi di dalam kandungan.



5. Lobak merah 
  

Lobak merah kaya dengan vitamin A yang dapat membantu pertumbuhan mata, tulang dan gigi yang sihat kepada bayi di dalam kandungan. Lobak merah bukan sahaja boleh dimakan mentah, malah boleh dibuat jus atau dijadikan sup lobak merah yang pastinya digemari oleh ibu hamil.



6. Telur 
  
Telur kaya dengan pelbagai jenis khasiat seperti vitamin, mineral dan choline. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline. Choline adalah salah satu nutrisi penting untuk ibu hamil sebagai pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi. Malah, ia juga memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.



7. Ikan salmon



Ikan salmon bukan sahaja dipenuhi dengan protein berkualiti tinggi, bahkan mempunyai sumber omega-3 yang tinggi. Omega-3 adalah lemak penting yang diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel otak dan kecerdasan bayi.

Justeru itu, untuk memastikan kandungan membesar dengan sihat, elakkan daripada makan makanan segera ataupun makanan yang terlalu pedas dan masam. Seeloknya, banyakkan minum air zam-zam untuk memberi kebaikkan keseluruhan kepada kandungan secara jasmani dan rohani.


7 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung 
Sumber: resepicheff.blogspot.com

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

2 ulasan to ''7 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung "

ADD COMMENT
  1. Bagus perkongsian ni.... saya baru je makan avocado tadi... memang yummy la...
    Selain itu, kawan-kawan boleh juga tambah Omega dalam diet ibu hamil, selain bantu kurangkan kolesterol ibu mengandung, ianya juga bagus untuk perkembangan mata dan IQ baby sejak dari dalam rahim lagi.. jom baca sini kawan-kawan http://badansihatidamanhotsupermummy.blogspot.com/2014/11/lahirkan-baby-genius-dengan-minyak-ikan.html

    BalasPadam
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan.

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM