Terkini

Menu

Cara Meneran Semasa Bersalin

Cara Meneran Semasa Bersalin


1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.

2. Mata pandang perut.

3. Tangan pegang di pergelangan bahagian kaki atau pemegang pada katil.

4. Semasa proses meneran, elakkan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tidak kuat.

5. Jangan sesekali mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.

6.Tarik nafas sedalam yang mungkin dan teran seperti membuang air besar tanpa menghembus nafas semasa meneran. Teran sekuat yang terdaya dan selama yang boleh; curi nafas dan sambung meneran. Setiap kontraksi cuba sebanyak 3 kali. Teran semasa kontraksi kerana bayi anda turut bergerak sama. Ambil nafas dan kumpul tenaga semasa kurang kontraksi.

7. Amalkan membaca selawat dan doa Nabi Yunus. Sebaiknya suami membaca doa Nabi Yunus ini agar dapat memandu isteri mengikut bacaan suami kerana mungkin masa itu anda akan terlupa dek menahan sakit.






8. Suami sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk isteri.


Video Cara Meneran Semasa Bersalin

Sumber Facebook

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

1 ulasan to ''Cara Meneran Semasa Bersalin"

ADD COMMENT

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM