Seks Semasa Hamil
Adakah seks semasa hamil selamat?
Selagi kehamilan anda berjalan secara normal dan tidak mempunyai sebarang masalah semasa hamil, anda boleh melakukan hubungan seks sekerap yang anda mahu. Seks adalah selamat pada semua peringkat kehamilan tetapi ia tidak sesuai kepada ibu yang mempunyai risiko keguguran dan kelahiran pra-matang.
Ada juga pasangan yang risau seks mungkin menyebabkan isteri mereka sakit dan tidak bernafsu. Yang sebenarnya nafsu mungkin meningkat semasa hamil bagi sesetengah wanita. Pada trimester pertama, kadar naik turun hormone, keletihan dan loya boleh menjejaskan nafsu seksual anda. Pada trimester kedua, peningkatkan aliran darah ke organ-organ seksual dan payudara anda mungkin meningkatkan nafsu seksual seseorang wanita semasa hamil. Akan tetapi pada trimester ketiga, pertambahan berat badan, sakit belakang dan gejala lain mungkin menjejaskan nafsu seksual anda.
Oleh itu, Berbincanglah dengan pasangan aanda tentang kehendak dan naluri masing-masing.
Seks semasa hamil boleh menyebabkan keguguran?
Ramai pasangan bimbang bahawa hubungan seks semasa hamil akan menyebabkan keguguran, terutama dalam trimester pertama. Keguguran pada awal kehamilan biasanya berkaitan dengan keabnormalan kromosom ataupun masalah-masalah lain pada perkembangan bayi. Ia tidak berkaitan yang hubungan seksual yang anda lakukan.
Adakah seks semasa hamil membahayakan bayi?
Ramai pasangan selalunya risau hubungan seks boleh mempengaruhi perkembangan bayi ataupun menyakitkan bayi. Sebenarnya bayi anda dilindungi oleh air ketuban dalam rahim yang boleh menghalang jangkitan kuman, gegaran atau geseran yang mungkin berlaku semasa hamil. Plag mukus juga membantu menutupi serviks sepanjang kehamilan anda. Oleh itu, aktiviti seksual tidak akan menjejaskan bayi anda.
Bilakah seks menjadi tidak selamat semasa hamil?
- Mengalami risiko keguguran berulang
- Pernah mengalami kelahiran pra-matang
- Mempunyai masalah uri bawah ataupun plasenta previa.
- Air ketuban anda telah pecah
- Mengalami pendarahan faraj
- Anda dan pasangan anda mengalami jangkitan kuman kelamin.
- Kehamilan kembar dan pada peringkat akhir kehamilan
Sumber: http://bayi-ibu.com/
Seks Semasa Hamil
Share This:
Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋
Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.
Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.
Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?
Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤
Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊
No Comment to " Seks Semasa Hamil "