Terkini

Menu

6 Kesilapan Dalam Mendidik Anak



1. Terlalu lemah.
  • Ibu bapa memenuhi hampir seluruh permintaan dan tuntutan anak; anak tidak diajarkan mengenal hak dan kewajiban. Hasilnya, anak terlalu menuntut, marah dan merungut bila tuntutan tidak dipenuhi dan tidak memperhatikan kepentingan orang lain. 

2. Terlalu menekan.
  • Ibu bapa mengatur dan mengarahkan aktiviti anak-anak tanpa memperhatikan hak anak untuk mengajukan inisiatif atau untuk mengembangkan minat dan aktiviti yang diinginkan anak. Hasilnya, anak bekerja dengan berpandukan petunjuk orang lain, perlahan, senang menunda-nunda pekerjaan, senang berkhayal, pelupa, senang melawan baik secara aktif maupun pasif.


3. Kesempurnaan / Perfeksionis.
  • Ibu bapa menolak bila anak tidak menunjukkan kematangan sikap yang jauh lebih tinggi dibanding taraf yang wajar sesuai tingkat perkembangan. Hasilnya, anak terobsesi untuk mencapai prestasi intelektual dan sosial, terlalu keras dan kritis pada diri sendiri, juga terobsesi pada penampilan fizikal.


4. Tidak memberi perhatian.
  • Ibu bapa hanya menyediakan sedikit waktu untuk memperhatikan setiap perkembangan anak dan membantu anak menempuh tahap demi tahap kehidupan. Hasilnya, anak tidak mampu membangun hubungan yang hangat dan bererti dengan orang lain, tidak pula boleh menikmati hubungan yang sihat. Boleh juga tumbuh jadi orang yang impulsif, akibat tak dididik untuk mengawal diri.


5. Terlalu memanjakan.
  • Ibu bapa terus-menerus menyirami anak dengan barang dan pelayanan istimewa tanpa mempertimbangkan keperluan anak yang sebenarnya. Hasilnya, anak jadi pembosan, kurang inisiatif, dan tak punya daya juang.


6. Tidak memberikan kepercayaan.
  • Ibu bapa seolah-olah mengagak kegagalan anak, kekurangan fizikal, dan meramalkan keburukan pencapaian dan karakter anak. Hasilnya, anak cenderung jadi pesimis dan mengembangkan sifat-sifat yang diejekkan orangtua.

Sumber: Facebook

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " 6 Kesilapan Dalam Mendidik Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM