Terkini

Menu

Awas!! Bahaya Lolipop Batang Bercahaya

Kepada para ibu bapa, jangan benarkan anak-anak makan lolipop yang mempunyai pemegang yang bercahaya kerana ia toksik dan boleh menyebabkan barah dan mutasi gen.


BERBAHAYA…Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya yang dijual secara terbuka dipercayai mengandungi toksik yang boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia.
GEORGE TOWN: Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya dalam keadaan gelap untuk menarik perhatian kanak-kanak yang dijual secara terbuka dikesan berbahaya kepada kesihatan.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang bertindak menghasilkan cahaya pada batang pemegang lolipop itu mengandungi toksik.
Katanya, bahan kimia pada pemegang lolipop tersebut akan merembes keluar dan akan ditelan kanak-kanak ketika menikmati gula-gula itu.
“Kajian dilakukan oleh Institut Nasional Ujian Keselamatan dan Kebersihan Makananan di bahawa Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan bahawa pemegang lolipop itu mengandungi poly aromatic carbon (PAH). Ia bertindak menghasilkan oksigen bercahaya pada batang pemegang itu.
“PAH adalah sejenis bahan kimia bertoksik tinggi dan biasanya digunakan bagi tujuan industri seperti mencarikan cat. Ia boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia,” katanya pada sidang media di ibu pejabat CAP di sini, Jumaat.
Idris berkata, lolipop itu sangat digemari kanak-kanak kerana batang pemegangnya yang bercahaya.
Katanya, gula-gula tersebut yang telah diharamkan di Vietnam dijual secara terbuka di beberapa pasar mini dan penjaja di sekolah pada harga 40 sen setiap satu.
“Kementerian Kesihatan harus mengharamkan pengedaran dan penjualan lolipop tersebut. Pembalut gula-gula itu turut memaparkan nama syarikat yang menghasilkannya di Bukit Mertajam,” katanya.
Beliau mendakwa, logo halal pada kotak yang mengandungi 24 batang lolipop itu juga palsu.

Sumber 

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Awas!! Bahaya Lolipop Batang Bercahaya "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM