Terkini

Menu

Amalan Lengkap Semasa Mengandung




Agama Islam adalah sebuah agama yang serba lengkap dari setiap sudut. Setiap pergerakan dan tingkah laku mempunyai panduan dari hukum-hukum yang jelas tertera di dalam agama supaya menjadi panduan umat Islam semuanya.


Antara panduan yang ingin saya kongsikan adalah panduan mengenai amalan ketika mengandung supaya menjadi rujukan kepada semua ibu yang sedang menanti waktu mendapat cahaya mata insha Allah.

Amalan yang kami kumpulkan ini boleh dijadikan panduan kepada semua :

1. Banyakkan bertaubat dan Beristighfar


Banyakkan memohon ampun dari Allah SWT atas dosa silam serta banyakkan selawat keatas Baginda Rasullulah SAW.Beristighfar lah di mana sahaja yang anda rasa sesuai dan jadikan amalan setiap hari.

2. Perbanyakkan Membaca Ayat Suci Al-Quran

  • Surah AlFatihah dan ayat kursi
  • Surah Yaasin
  • Surah Taubat
  • Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
  • Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
  • Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
  • Surah An-Nahl ayat 78
  • Surah Al-’Araaf ayat 189

  • Tahukah anda Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
  • Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
  • Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

3. Jaga Tingkah Laku Ibu


Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar apa yang dilakukan oleh Ibunya,Jadi ada baiknya bertutur lah dengan baik dan penuh beretika supaya diwarisi oleh anak di dalam kandungan.

4. Menutup Aurat


Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

5. Beribadah


Banyakkan melakukan Ibadah supaya anak akan mewarisi sifat tersebut.Banyakkan berdoa agar anak menjadi Soleh Insha Allah


Surah amalan ibu mengandung :

Surah Al Fatihah – Untuk terang hati dan kuat ingatan
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwanya
Surah Al Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan sifat berhati-hati anak
Surah At Tawbah – Untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri dari maksiat
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang soleh
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak
Surah Yasin – Untuk ketenangan hati dan anak jauh dari godaan iblis dan syaitan
Surah An Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Ini sedikit sebanyak perkongsian yang dirujuk dari beberapa blog supaya menjadi panduan insya Allah Petua untuk bakal ibu, tip ketika hamil ini semoga menjadi panduan

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

1 ulasan to ''Amalan Lengkap Semasa Mengandung"

ADD COMMENT

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM