Petua Anak Cantik & Cerdik
Petua Dapat Anak Cantik & Cerdik
Sering kali kita perhatikan dalam masyarakat kita ada anak-anak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang biasa-biasa tetapi mendapat anak yang sangat comel, berkulit cerah dan cerdas serta aktif atau sekurang-kurangnya mempunyai pembawakan disukai orang. Adapula yang ibu bapa yang sangat cantik dan kacak tetapi memperolehi anak-anak yang kurang dari segala segi. Sedih bukan? Ia saya akui ini adalah ketentuan Allah SubhanahuWataala dalam menentukan segala-galanya. Tapi jangan dilupa Alquran dibekalkan kepada kita sebagai penunjuk jalan dan sebagai rujukan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memperolehi anak seperti yang diidam-idamkan
Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
- Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
- Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
- Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
- Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
- Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
Tips yang saya amalkan:
1. Membaca AlQuran terutamanya surah Yusuff
saya memang sentiasa mengamalkan amalan membaca AlQuran sekurang-kurang nya satu helaian lembaran AlQuran setiap hari atau setidak-tidaknya jika tidak sempat, saya mengamalkan membaca pelbagai surah pendek ketika memandu ke tempat kerja. Sejam memandu banyak kali juga dapat saya baca. Al-Quran adalah Syifaa. Yang paling penting, bacalah surah Yusuff setiap hari walaupun sehari sehelai sekurang-kurangnya. Jangan langsung ditinggalkan amalan ini. Bagi saya Surah Yusuff sangat lengkap pakejnya. Jika berkelapangan, bolehlah membaca surah-surah di atas juga.
2. Memasang CD dan Siaran radio Islamik
Ketika mengandung saya telah menukar siaran radio kepada IKIM fm atau berselang seli dengan memasang CD Ayat2 AlQuran. Ini bagus untuk mendedahkan bayi dalam kandungan dengan ayat2 suci dan alunan nasihat2 yang berguna
3. Melakukan Sunat Hajat di samping sembahyang 5 waktu
Saya akan melakukan solat hajat sekurang-kurangnya sekali sehari memohon dipermudahkan sepanjang kandungan dan kelahiran serta mengurniakan anak yang comel, putih(saya memang taksub nak anak putih) dan pintar
3. Memandang benda yang cantik
Jika ada benda-benda menjijikkan, buruk dan tidak cantik, saya seboleh-bolehnya elakkan mata saya dari memandangnya. Jika benda itu cantik, bersih barulah saya memandang puas-puas..
4. Menjaga makanan
Saya tahu ramai yang tidak bersetuju jika saya katakan saya tak berani makan kicap, kopi dan benda2 berwarna hitam. Mungkin ia tiada kaitan dengan warna kulit anak, tapi entahlah..setiap kali nak minum kopi saya jadi was2. Tapi bagus juga sekurang2nya kandungan kita bebas kafien. Selain tu saya selalu makan benda-benda baik seperti yang disunnahkan seperti kurma, delima, kismis, zaitun dan semua jenis buah-buahan (paling suka limau sunkist)
5. Menjaga Lidah, sikap
Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya terutama dengan suami, ibu bapa dan kawan-kawan agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan. Alhamdullah suami banyak mengamalkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar dengan saya dan sentiasa tenang. Jangan sesekali menganiaya binatang walaupun ada orang yang hobinya memancing. Takut2 ikan yang dipancing kesakitan. Lainlah jika ia memang mendapat sumber rezeki dari itu sahaja. Jika tidak tak perlulah.
6. Memohon ampun dan maaf kepada suami 2 kali sehali
Memandangkan saya berjauhan dengan ibu-bapa, saya hanya menelefon emak setiap hari dan memohon ampun bila setiap kali bertemu. Selain ibu bapa, saya akan memeluk dan mencium suami sambil mohon ampun pagi sebelum pergi kerja dan sebelum tidur malam harinya. (Jika tidak mengandung saya hanya mohon maaf sekali sehari diwaktu pagi sahaja he..he.)
7. Sepanjang proses bersalin
Suami sentiasa ada di sisi sambil membaca Yassin, dan Alhamdullillah proses kelahiran saya begitu mudah. Lebih kurang 1 jam bermula sakit dan bersalin (itupun saya mampu bergurau dengan suami) Walaupun saya merasai bagaimana hebatnya sakit bersalin, tapi hanya sekejap sahaja. Saya tak dapat gambarkan kawan-kawan yang mengalami sakit hingga 2-3 hari..Adusss.. Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung.
Itulah serba sedikit yang saya dan suami amalkan, dan Alhamdullillah(dengan Izin Allah..) dan saya bersyukur sangat, saya dianugerahkan seorang putera yang sangat comel dan kacak (seperti bayi lelaki impian saya) dan seorang puteri yang sangat comel dan cerdas (seperti bayi perempuan impian saya)
Kini si abang dah 7 tahun, dia sangat pintar dan mudah di ajar di sekolah rendah mahupun sekolah agama
Si adik hampir 2 tahun dah boleh bantu saya susun baju, dan mengenali pelbagai objek dan benda dengan mudah.
Dalam tulisan sebelum ini pun saya tegaskan saya bukan mahu mendabik dada tapi cuma ikhlas berkongsi amalan-amalan saya. Ini kerana ketika kecil, saya dikategorikan hitam, tidak comel. Suami pula berkulit biasa-biasa sahaja. Alhamdullillah dengan Izin Allah kedua-dua anak saya sangat cerah kulitnya...
Alhamdullilah...
Doa semasa hamil
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Salam,,saye sedang mengandungkan ank sulung..Alhamdulillah da masuk 6bulan++..saye juga amalkan pemakanan mcm puan..saye pon takut nk mcm kicap dan kopi..hihi...
BalasPadamPertua yg sangat mujarap semasa kecil saya juga dikotegorikan kanak2 yg gelap dlm adik beradik begitu juga suami ,, semasa mengandung saya juga tidak sentuh minuman berkefen, mengamalkan surah yusuf dan seprti mana yg puan amalkan dan sepanjang 9 bln juga saya sngat suka buah delima ,,,,, hasilnya memang memuaskan,, dan sya bersyukur pada g Esa ats kurniaanNya,,,,
BalasPadamMohon utk share dengan pengguna www.bieshoppe.com.my
BalasPadamSesungguhnya surah maryam tu amatlah bagus. Isteri saya selamat melahirkan anak kami dgn mudah dan senangnya. Amalkan lah setiap hari surah maryam tu walaupun penat. Kita boleh habiskan masa 4-5 jam main telefon tetapi tidak utk baca maryam hanya 15 min. Fikir2kan
BalasPadam