Terkini

Menu

Isteri Solehah Dan Jenazah Suaminya

 



Seorang isteri menangis-nangis merayu nak mandikan jenazah suami dia.. Tapi bapak mertua dengan polis forensik tak benarkan.. Sambil menangis isteri berkata; "ini janji kami suami isteri.. Dulu arwah pernah cakap... Jika abang mati dulu, sayang mandikanlah jenazah abang.. Andai sayang mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah sayang" 

Kemudian, seorang ustaz masuk ke dalam bilik mayat dan tanye apa hal kecoh-kecoh ni.. Lepas tu, ustaz tu kata takpe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. Ustaz tadi pun bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 

Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdo'a; "Inilah wajah suami yang kusayang tetapi ALLaH lebih sayangkan abang.. Moga ALLaH ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.." 

Kemudian dia membasuh tangan jenazah suaminya sambil berkata; "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami dan masuk ke mulut kami. Semoga ALLaH beri pahala untukmu suamiku.." 

Selepas itu dia membasuh tubuh jenazah suaminya sambil mengucapkan; "Tubuh inilah yang selalu memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak-anak.. Semoga ALLaH beri pahala berganda untukmu wahai suamiku" 

Seterusnya dia membasuh kaki jenazah suaminya sambil berkata; "Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi.. Terima kasih abang... Semoga ALLaH beri abang kenikmatan hidup di Akhirat dan pahala yang berlipat kali ganda atas jasa abang" 

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata; "Terima kasih, abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang ALLaH padamu.. Tenanglah abang di sana dan sayang akan ke sana juga bila sampai masa sayang untuk kembali kepada ALLaH nanti" 

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.. InnaliLLaHi wainna ilaihi roji'un... Semoga kita semua dapat ambil iktibar dari kisah ini.. 

 Artikel oleh Tuan Shahrul Mizan

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

2 ulasan to ''Isteri Solehah Dan Jenazah Suaminya "

ADD COMMENT

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM