Terkini

Menu

Kenapa bayi muntah?

Kenapa bayi sering muntah?

Muntah merupakan suatu kebiasaan bagi bayi yang baru lahir sehinggalah ia berumur 6 bulan. Mungkin anda tertanya-tanya apakah ia sesuatu yang normal atau merisaukan.


Muntah bagaimana yang normal?


Kebanyakan bayi di antara 0 hingga 6 bulan akan muntah selepas menyusu. Kuantiti muntah bergantung kepada individu. Walaubagaimana pun, senario ini adalah normal. Di hujung esofagus (laluan makanan dari mulut ke perut) terdapat bahagian yang berfungsi seperti “pintu” yang boleh terbuka dan tertutup untuk mengasingkan esofagus dan perut. Bagi bayi yang baru lahir, “pintu” ini selalunya tidak akan tertutup dengan baik sebagaimana orang dewasa. Akibatnya, kandungan perut akan terkeluar balik sebagai muntah.

Sebagai ibu bapa, tentulah merisaukan jika kita lihat bayi kesayangan memuntahkan sebagian besar susunya. Tetapi, selagi bayi tidak menangis dan menunjukkan peningkatan berat badan, tiada apa yang perlu dirisaukan. Selalunya, keadaan ini akan semakin berkurangan apabila usia bayi mencecah 6 bulan di mana bahagian esofagusnya akan berfungsi dengan lebih baik.


Apa yang perlu dilakukan?

  • Sebaiknya, sebelum bersalin, beli kain khas untuk mengelap muntah. Tuala “Good Morning” yang murah sudah memadai.
  • Apabila mengelap muntah pada mulut atau bahagian badan bayi, jangan terlalu kasar kerana kulit bayi sangat lembut.
  • Sediakan juga bib bayi untuk melindungi pakaian bayi dari terkena muntah.
  • Sewaktu memandikan bayi, pastikan anda membasuh dengan baik di celah lipatan-lipatan lehernya kerana sisa-sisa muntah boleh menyebabkan ruam atau sebarang masaalah kulit.
  • Posisikan bayi anda pada sudut 30 darjah sewaktu menyusu dan jangan lupa untuk “burp” (dilakukan dengan menepuk lembut belakang bayi sehingga bayi sendawa) bayi.
  • Sesudah menyusu, elakkan membaringkan bayi secara mendatar. Letakkan bantal atau kain di bawah kepala bayi sehingga ia berada pada sudut 30 darjah.


Bila perlu berjumpa doktor?


Apabila bayi menangis sewaktu muntah atau berat bayi tidak meningkat, cepat-cepat berjumpa doktor. Ia mungkin disebabkan oleh alahan makanan atau keadaan yang dipanggil “refluks esofagus”.

Bagi bayi yang mempunyai alahan makanan, ibu yang menyusu harus memantau apa yang dimakannya. Kebiasaannya, makanan yang boleh menyebabkan alahan termasuklah makanan laut, susu, kopi atau sebarang makanan pedas. Senaraikan makanan yang berpotensi menyebabkan alahan dan cuba elakkan salah satu daripada makanan tersebut selama 7 hari dan pantau jika ada sebarang perubahan pada bayi anda. Jika tiada perubahan, cuba elakkan makanan yang seterusnya. Sebaik-baiknya, elakkan mengambil sebarang benda yang berkafein seperti kopi dan teh.

Refluks esophagus kebiasaannya boleh dirawati dengan ubat khas. Jika bayi anda muntah terlalu banyak, segeralah berjumpa doktor kerana bayi mungkin mempunyai gangguan di bahagian bawah perut.

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

1 ulasan to ''Kenapa bayi muntah?"

ADD COMMENT
  1. alhamdulillah, satu perkongsian yang menarik.aspek kesihatan, kebersihan dalam menguruskan baby amat penting & alhamdulillah time anak sy dulu..memang kami sangat2 menjaga segala aspek.moga akan2 datang pun macam tu.in shaa Allah

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM