Terkini

Menu

Kenapa Rahim Ibu Adalah Tempat Yang Paling Selamat & Ajaib?

Kenapa Rahim Ibu Adalah Tempat Yang Paling Selamat & Ajaib?


1- Allah sendiri yang berfirman dalam Surah al-Mu’minun, “Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia daripada satu sari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) di tempat yang kukuh (rahim)”.


Kenapa Rahim Ibu Adalah Tempat Yang Paling Selamat & Ajaib?2- Pernah tengok bayi lahir tak cukup bulan? Biasanya, bayi lahir pramatang kena duduk dalam inkubator untuk satu jangkamasa tertentu. Kenapa inkubator? Sebab, inkubator direka fungsinya sebagai pengganti rahim ibu. Mestilah inkubator ni dipasang macam-macam teknologi perubatan demi kelangsungan bayi tadi, tapi bayi ini masih lagi ada risiko terkena jangkitan.



3- “Bilik” paling kebal dari sebarang ancaman. Macam-macam ancaman. Bunyi bising, asap kenderaan, asap rokok bapak dia, pelbagai siri gegaran.

4- Kedudukan rahim. Duduknya rahim adalah dalam ruang pelvis (ruangan antara tulang pinggul dan paha). Kedudukan istimewa ni sangatlah sesuai untuk perkembangan awal janin. Fuh, hebat!

5- Suspensi yang baik. Urat-urat kenyal yang menjadi jambatan penghubung antara tulang pelvis akan menebal dan memanjang. Inilah datangnya sistem kestabilan terbaik untuk menahan sebarang gegaran dan asakan!

6- Otot-otot rahim yang kuat. Otot endometrium ni memang otot-otot yang kuat sehinggalah membolehkan kontraksi (sakit nak bersalin) berlaku semasa proses kelahiran.

7- Rahim mampu membesar 20 kali ganda saiz asal dan menampung 1000 kali ganda kapasiti asal! Tak hairanlah, ada yang mampu lahirkan kembar 7!

8- Sistem pertahanan. Biasanya, kalau badan kita dimasuki objek asing, secara automatik sistem imun kita akan menyerang dan membunuh objek asing tadi. Tapi tidak dalam kes bayi dalam kandungan rahim ibu. Secara logiknya, hampir 50% genetik bayi adalah daripada si bapa (bukan makhluk asing). Jadi, sepatutnya bayi tadi ditolak oleh sistem imun ibunya, tapi ini tak berlaku! Menarikkan?

9- Janin bebas jangkitan. Contohnya, kalau si ibu positif HIV, janin dalam rahimnya adalah selamat daripada jangkitan HIV! Jangkitan hanya berlaku jika berlaku percampuran darah semasa proses kelahiran. 

Subhanallah!

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

1 ulasan to ''Kenapa Rahim Ibu Adalah Tempat Yang Paling Selamat & Ajaib?"

ADD COMMENT

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM