Terkini

Menu

Masalah Air Ketuban

Masalah Berhubung Air Ketuban


Apakah fungsi air ketuban?

Air ketuban adalah cecair amnion yang mengelilingi bayi anda di dalam rahim semasa mengandung. Ia amat penting untuk perkembangan bayi. Cecair amnion dihasilkan selepas pembentukan kantung amnion kira-kira 12 hari selepas persenyawaan. Pada awal kandungan,air ketuban disediakan oleh ibu. Selepas kira-kira minggu ke-20, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh air kencing bayi. Pada trimester kedua, bayi akan menelan air ketuban dan mengeluarkan air kencing untuk mengekalkan jumlah isipadu air ketuban di dalam rahim. Oleh itu air ketuban dihasilkan oleh kebanyakan dari air kencing, kulit dan pernafasan bayi. Jumlah air ketuban yang paling banyak ialah pada minggu ke-34 iaitu kira-kira 800ml. Jumlah air ketuban akan berkurangan sehingga kira-kira 600ml pada minggu ke-40. Fungsi-fungsi utama air ketuban ialah:

(a) Melindungi bayi dari trauma luar
  • Air ketuban mengisi ruang antara bayi , tali pusat dan dinding rahim membantu menyerap kesan hentakan luar (trauma kemalangan seperti terjatuh) dan kesan himpitan pengecutan rahim.

(b) Pelindungan suhu
  • Air ketuban membantu mengekalkan suhu persekitaran bayi untuk mengelakkan kehilangan haba.

(c) Pertukaran cecair
  • Air ketuban membantu paru-paru bayi dan sistem penghadaman bayi berkembang kerana bayi bernafas di dalam air ketuban dengan menelannya.

(d) Ruang untuk bayi bergerak dan tali pusat
  • Bayi anda boleh bergerak dalam air ketuban membantu perkembangan otot dan tulang. Ia juga memberi ruang untuk menyimpan tali pusat daripada terhempit.


Adakah anda mempunyai masalah air ketuban terlalu banyak?
Masalah air ketuban terlalu banyak juga dikenali sebagai polyhydramnio. Kuantiti air ketuban ditentukan oleh bayi dimana bayi kurang menelan air dan banyak mengeluarkan air kencing.


Bagaimanakah masalah air ketuban terlalu banyak boleh berlaku?
  • Kecacatan kelahiran – sumbatan ataupun salur pencernaan terhempit yang menghalang bayi untuk menelan air ketuban menyebabkan tahap air ketuban meningkat. Kecacatan lain seperti hydrocephalus juga menyebabkan air ketuban terlalu banyak.
  • Kencing manis (diabetes) yang tidak dikawal
  • Ketidak serasian antara darah dan darah bayi anda seperti Rhesus faktor (Rh) ketidakserasian.
  • Komplikasi Kehamilan kembar- seperti twin-twin tranfusion syndrom (TTTS)
  • Jangkitan dalam bayi
  • Masalah dengan kadar denyutan jantung bayi.
  • 65% ibu yang mempunyai air ketuban terlalu banyak tidak diketahui sebab.

Apakah yang akan timbul sekiranya masalah air ketuban terlalu banyak?

  • Kedudukan bayi tidak stabil – bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang dan melintang dan bukan kepala di bawah semasa nak bersalin. Bayi mungkin dilahirkan dengan pembedahan cesarean.
  • Kelahiran pramatang – proses kelahiran lebih awal mungkin disebabkan oleh kepecahan air ketuban pramatang (PROM) ataupun placenta abruption iaitu uri mungkin tertanggal dari dinding rahim.
  • Kandungan terlalu berat – tulang belakang anda akan tegang dan sakit, anda juga mengalami kesukaran bernafas dan berjalan.
  • Postpartum hemorrhage- pendarahan teruk selepas kelahiran.


Apakah cara mengatasi masalah air ketuban terlalu banyak?
  • Kebanyakkan kes polyhydramnio hanya menjalani pemeriksaan yang kerap dan rapi untuk memantau pertumbuhan bayi. Rawatan lain boleh termasuk menyedut air ketuban melalui amniosentesis yang boleh membawa risiko tertentu ataupun penggunaan ubat yang boleh mengurangkan pengeluaran cecair dan hanya boleh digunakan sebelum minggu ke-32.


Adakah anda mempunyai masalah air ketuban berkurang?
  • Masalah air ketuban berkurang juga dikenali sebagai oligohydramnio. Kuantiti air ketuban ditentukan oleh bayi dimana bayi banyak menelan air dan kurang mengeluarkan air kencing.


Bagaimanakah masalah air ketuban terlalu sikit boleh berlaku?
  • Kecacatan kelahiran- sistem saluran kencing tidak berfungsi seperti buah pinggang tidak berfungsi ataupun bayi tidak mempunyai buah pinggang untuk mengeluarkan air kencing.
  • Kebocoran air ketuban- kepecahan air ketuban pramatang (PROM) mungkin berlaku. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman
  • Masalah uri – Jika uri tidak menyediakan darah dan nutrient yang mencukupi kepada bayi, bayi mungkin boleh berhenti untuk mengeluarkan air kencing.
  • Post tarikh kehamilan – kehamilan yang lebih daripada 42 minggu boleh mempunyai tahapair ketuban yang rendah
  • Komplikasi ibu – faktor-faktor seperti dehidrasi ibu, tekanan darah tinggi, preeclampsia, kencing manis dan sebagainya boleh menyebabkan air ketuban berkurang.


Apakah yang akan timbul sekiranya masalah air ketuban terlalu sikit?
  • Kelemasan bayi – Bayi berkemungkinan lemas akibat tali pusat terhimpat menyebabkan gangguan aliran darah dan oksigen.
  • Kelahiran pramatang – ini boleh dikaitkan komplikasi seperti kesukaran pernafasan dan masalah usus.
  • Kesempitan ruang dalam rahim – ini boleh mengganggu pembentukan paru-paru, kecacatan anggota kaki dan tangan serta kedudukan janin tidak normal. Pembesaran bayi juga terhad (IUGR).
  • meningkatkan peluang keguguran.

Apakah cara mengatasi masalah air ketuban berkurangan?
  • Rawatan berdasarkan usia kadungan. Jika bayi belum mencapai kematangan lagi, doktor mungkin akan menjalani ujian tekanan pengecutan untuk mengawasi pergerakan bayi. Jika bayi telah mencapai kematangan, doktor mungkin melahirkan bayi lebih awal.
  • Rawatan lain termasuk amnio-infusion semasa bersalin, suntikan cecair melalui amniosentesis, penghidratan ibu semula dengan minum air atau cecair IV dan sebagainya.


Bagaimanakah anda tahu tahap air ketuban anda?
  • Tahap air ketuban boleh diketahui melalui ultrasound skan. Terdapat 2 cara untuk mengukur air ketuban iaitu amniotic fluid index (AFI) dan single deepest pool (SDP).

SDP
  • Pemeriksa akan mengukur kawasan air ketuban yang paling maximum dalam rahim anda. Jika SDP anda kurang daripada 2cm bermakna air ketuban anda berkurang (oligohydramnion). Jika SDP anda lebih daripada 8cm bermakna air ketuban terlalu banyak (polyhydramnion).

AFI
  • Pemeriksa akan mengukur cecair di 4 kuadrant rahim anda. Jumlah keempat-empat kuandrant akan ditambah. Jika AFI anda kurang daripada 6cm bermakna air ketuban anda berkurang (oligohydramnion). Jika AFI anda lebih daripada 25cm bermakna air ketuban terlalu banyak (polyhydramnion).



Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Masalah Air Ketuban "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM