Mulakan dengan menyokong kaki kanan dengan tangan kiri anda dan menggunakan tangan kanan anda letakkan ibu jari atau jari telunjuk di bahagian bawah kawasan tumit selaras dengan kaki bayi kecil. Menggunakan pergerakan ke hadapan menjalar sehingga ke atas kaki bayi. Teruskan menggunakan kaedah yang sama dari tumit ke atas setiap kaki. Anda boleh mengulangi langkah ini 2 atau 3 kali jika bayi anda tak meragam. Ulangi pada kaki kiri.
- Merangsang Bayi menjadi semakin peka dan bijak
- Merangsang imun sistem bayi
- Meningkatkan peredaran darah dan pernafasan
- Merangsang pertambahan berat badan bayi.
- Merangsang tindak balas dan koordinasi bayi.
- Melegakan ketidakselesaan atau sakit
- Merangsang penghadaman dan perkumuhan bayi
- Membantu mengatasi "bloating-gas"/ colic
- Mengurangkan tekanan atau bayi meragam
- Menguatkan "bonding" antara bayi dan ibu bapa
Sumber: Facebook
Share This:
Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋
Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.
Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.
Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?
Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤
Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊
waaa... good tips la mama... tankiyu...
BalasPadamgud info.. tqvm!
BalasPadamtak paham lah.. :(
BalasPadam