Terkini

Menu

Tips Ramping

Tips Kekal Ramping


Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi.

Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan.

Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A) Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:

  1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
  2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung.
  3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
  4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya.
  5. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi
  6. jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).


B) Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok.

Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".



C) Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi.

Sumber: Facebook

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

1 ulasan to ''Tips Ramping"

ADD COMMENT
  1. Bgs tips cmni...leh amalkan...almaklum la...lps da baby ni...perut pn xslim mcm dulu lg...huhuhuhu

    http://irdinasvitafamily.blogspot.com

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM