Terkini

Menu

Apa Kata Suami?



minggu lepas anak aku meragam masa aku dgn wifey tgh bekam org. so utk memujuk dia, aku pun pakai baby carrier mcm yg aku pakai dalam gambar yg aku tepek ni sambil meneruskan bekam org. gambar ni pulak wife aku candid masa aku tgh siap2 nak makan - wife aku kemas bilik kat atas, anak aku nangis dan aku pun bawak dia guna carrier tu. hanzalah ni jenisnya kalau duduk atas bahu aku mmg terus senyap x kira la lapar ke kenyang.

cuma apa yg aku nak citerkan kat sini ialah mmg seksa nak buat kerja sambil bawak dia kat depan perut aku ni. sakit pinggang weh! nak bongkok, pastu bangun balik, pastu nak cangkung, then bangkit berdiri - mmg betul2 sakit pinggang. penatnya jgn citer la.

saat tu aku terpk - aku baru kendong budak depan perut aku ni tak sampai sejam lebih dah aku rasa sakit macam2 la tak selesa la. BAGAIMANA PULA KEADAAN SORG WANITA YG BAWAK KANDUNGAN DIA SELAMA 9 BULAN LEBIH terutamanya pada sebulan lebih yg terakhir sebelum due? betapa sakitnya pinggang depa, betapa lenguhnya belakang depa, betapa x selesanya pergerakan depa dan pelbagai lagi. mmg org pompuan ni tabah melebihi org lelaki - sbb tu Allah berikan keistimewaan melahirkan anak kpd org pompuan.

pengalaman ini mengajar aku agar lebih menghargai wanita kerana dr perut depa la lahirnya insan2 hebat yg mencorakkan dunia ini. ketabahan dan kekuatan depa mengharungi keperitan membawa kandungan yg berat ke sana sini memungkinkan terhasilnya generasi yg mantap. dan pengalaman ini membuatkan aku lebih mendalami keperitan mak aku yg turut mengharungi proses yg sama sebelum aku lahir. tengah deliver lain lak peritnya weh.

subhanallah..sesungguhnya mmg benar wanita itu adalah hiasan dunia kerana jika tiada wanita, pincang dunia ni. GUA RESPEK SEMUA WANITA!

Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Apa Kata Suami? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM