Terkini

Menu

Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Bedung Bayi?

 Walaupun membedung bayi nampak macam simple dan remeh, namun ia sebenarnya memberi banyak manfaat yang mungkin kita tidak sedar. Antara manfaat dari amalan membedung ini ialah:-

1) Membantu bayi anda agar tidak terganggu dengan gerakan kejut yang biasa dikenal dengan refleks Moro.

2) Membantu bayi anda untuk tetap hangat dan selesa, terutama pada hari-hari pertama dalam kehidupannya. Ia juga membantu menenangkan bayi anda agar tidak mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya

3) Membedung juga dapat mengurangkan resiko terjadinya SIDS atau kematian mendadak pada saat bayi tidur

4) Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.

Bagaimana Cara Untuk Membedung Bayi?

Ada banyak cara untuk membedung bayi, namun 6 langkah seperti gambar diatas adalah yang paling popular dan mudah. Bagi yang 1st time mungkin mengambil sedikit masa untuk membiasakan dengan teknik membedung.Tapi bagi yang dah expert, pejam mata pun boleh...hee

Perasan tak..Selalunya lepas mandi, bila kita bedungkan baby, dia akan sangat comfort, macam kena peluk dengan ibunya. Warm n relaks je. Selamat membedung ya

Sumber: Facebook

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Bedung Bayi? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM