Terkini

Menu

Kenali Bahasa Bayi

Kenali Bahasa Bayi

Kenali Bahasa Bayi


"Heh" "Neh" "Eh" "Owh" "Eairh"


Tahu tak apa ini? Pernah dengar tak bunyi ini dari baby kita? Kalau tak perasan,cuba amati betul-betul dan anda akan perasan bunyi ini. Tapi tahu tak mengapa bunyi ini keluar dan apa maksudnya?


Ini adalah bahasa bayi. Menariknya bunyi yang dihasilkan ini adalah sama untuk setiap bayi yang berusia 3 bulan kebawah tidak mengira bangsa, bahasa dan keturunan. Ianya Universal. Unik kan? 




Nak tahu apa maksud bunyi ini? Jom kita tengok:


Kenali Bahasa Bayi


1. Heh -- "Saya tak selesa mummy" -Ketidakselesaan. 
Terhasil akibat refleks pada kulit.
Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atautercungap-cungap.

2. Neh -- "Mummy,saya lapar"- Lapar
Terhasil dari “sucking” refleks
Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.

3. Eh -- "Saya nak sendawa mummy"- Ingin Sendawa 
Terhasil dari pengecutan otot dada
Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata.

4. Owh -- "Ngantuknyaa,tidur kan saya mummy"-Mengantuk 
Terhasil dari refleks menguap.
Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini.

5. Eairh -- "Mummy,perut saya kembung"-Kembung perut 
Terhasil akibat tekanan abdomen perut
Tip: Sering kedengaran sebagai bunyi mengerang panjang dan tertekan

Kajian yang telah dilakukan oleh Priscilla Dunstan mengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yg sama dan bersifat universal. "Bunyi-bunyi" ini terhasil akibat tindakan refleks dan sekaligus jika diamati dan difahami dengan betul boleh membawa kepada maksud-maksud tertentu. (Dunstan Baby Language)

Bunyi ini akan hilang selepas bayi berusia 4 bulan dan ke atas.Jadi,dengarlah dan fahamilah kehendak dan gerak geri bayi anda. 3 bulan tak lama, anda pasti akan rindui bunyi ini. 

Jom lihat video Baby Language ini :)


Sumber
Kenali Bahasa Bayi

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Kenali Bahasa Bayi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM