Terkini

Menu

Apakah itu Anesthesia?



Apakah itu Epidural Anesthesia?
Ia adalah satu proses pembiusan mengurangkan kesakitan semasa bersalin paling berkesan dan selamat untuk ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Teknik ini terbukti selamat dan telah digunakan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand sejak lebih 30 tahun dahulu.


Siapakah yang memberi Epidural?
Pakar bius (Anesthesiologist) yang akan melakukannya. Beliau adalah doktor yang terlatih dalam penggunaan ubat-ubat untuk mengurangkan kesakitan.


Bilakah ubat itu mula berkesan dan berapa lamakah kesan ubat yang diberikan melalui Epidural?
Oleh kerana ubat itu perlu diserap kepada beberapa saraf, kesannya akan bermula dalam 10 minit dan kesan maksimum dalam 30 minit. Kesan pengurangan sakit berterusan sehingga kelahiran bayi tanpa perlu mencucuk semula jarum epidural di belakang badan. Ubat boleh ditambah selagi diperlukan di sepanjang proses bersalin.


Adakah Epidural melambatkan proses bersalin?
Setiap ibu bertindak secara berbeza-beza kepada ubat epidural. Kebanyakkan ibu akan merasa gembira kerana ubat epidural membuat mereka lebih tenang dan selesa. Ini boleh membantu mempercepatkan proses bersalin.


Apakah kesan sampingan dari pembiusan Epidural semasa bersalin?
Komplikasi jarang beraku. Kalaupun terjadi, biasanya tidaklah membimbangkan dan dapat diatasi, Antara komplikasi yang boleh berlaku termasuklah: penurunan tekanan darah, badan menggigil, sakit kepala dan sakit belakang.


Bolehkah ibu 'meneran' bila diperlukan?
Epidural analgesia memberi peluang kepada ibu berehat semasa proses bersalin yang agak lama iaitu ketika pembukaan pintu rahim berlaku. Epidural analgesia akan mengurangkan kesakitan dan membenarkan ibu meneran bila perlu sahaja. Jadi ibu mempunyai lebih banyak tenaga. Sekiranya ibu tiada rasa untuk meneran, kakitangan bilik bersalin akan mempastikan ibu meneran apabila berlaku kontraksi. Jadi tiada masalah sekiranya rasa meneran itu tidak ada.


Adakah Epidural perlu untuk ibu yang bersalin?
Setiap ibu yang mengalami proses bersalin mempunyai hak untuk mendapat nikmat kelahiran yang selesa dan tidak menyakitkan. Tidak kira samada kehamilan tersebut kehamilan sulung atau seterusnya. Anda sudahpun berkorban dan berhempas pulas dengan kehamilan anda, bila tiba saat kelahiran yang dinantikan, epidural mungkin menjadi hadiah yang berharga untuk saat yang cukup bermakna itu.


Adakah kaedah lain untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin?
Suntikan pethedine: Perlu diberl 4-6 jam sekali. Kesan penahanan sakit biasanya kurang berbandlng epidural, lagipun ia boleh memasuki darah bayi dan menyebabkan kesan sedatif terhadap bayi. Bayi mungkin perlu mendapat bantuan pernafasan selepas lahir.

Menyedut gas Entonox (campuran oksigen dan nitrous oxide). Kaedah ini memerlukan ibu menyedut gas ini sebelum sakit datang. Selain pengurangan sakit yang tidak begitu kuat (50%), ramai ibu tidak dapat menggunakan cara ini dengan betul menjadikannya kurang berkesan.

Cara-cara lain seperti akupuntur dan latihan pernafasan dan meneran semasa bersalin.

Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Apakah itu Anesthesia? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM