Terkini

Menu

Pelajari Sistem Pendengaran Bayi

Deria pendengaran amat penting bagi bayi anda. Kebanyakan masalah telinga yang dialami oleh bayi timbul akibat jangkitan di telinga luar, tengah atau disebabkan tiub yang menghubungkan telinga dan kerongkong tersekat. Sebarang jangkitan telinga perlu diberi perhatian bagi mengelakkan masalah lain yang lebih teruk berlaku.


Dengan mempelajari tentang sistem pendengaran anak, sekurang-kurangnya anda boleh mengesan sebarang kecacatan atau ketidakselesaan sejak usia awal (jika ada). Selain daripada itu ia membantu anda memantau perkembangan pendengaran si manja secara normal.


1. Bayi sudah memiliki pendengaran yang cukup tajam. Dia akan menoleh apabila mendengar suara kertas yang ditiup angin. Dengan mendengar menggunakan kedua-dua belah cuping telinga, dia sudah boleh menentukan arah datangnya bunyi tersebut dengan tepat. Dia juga boleh mencari objek yang terjatuh dari genggaman tangannya dengan mudah menggunakan deria pendengarannya.


2. Reaksi terhadap bunyi dan suara semakin meningkat pada enam bulan pertama. Bayi mudah terpegun pada bunyi loceng. Jika anda membunyikan loceng berhampirannya, dia tidak lagi akan memejamkan mata atau memberikan reaksi terkejut sebaliknya dia akan menunjukkan perlakuan mendengar.


3. Moro reflex yang berlaku dalam tidur bayi banyak meyakinkan bahawa sistem saraf bayi sedang berfungsi dengan baik. Keadaan ini akan hilang ketika bayi di sekitar usia empat bulan. Oleh itu daripada membiarkan bayi terlena ketika disusukan, seeloknya bercakap atau berzikir dalam nada yang lembut sambil membelainya sehingga tertidur.


4. Pada jarak tertentu, bayi mampu mendengar suara di sekelilingnya dengan baik. Malah dia juga boleh mengecap suara anda. Keupayaan mendengar pada bayi amat penting untuk menggalakkan perkembangan pertuturannya.


5. Sebut nama anakdan anda dalam lagu yang dinyanyikan kepadanya. Misalnya “Mama and Adam went up the hill…” Dengan menyebut namanya dalam setiap aktiviti yang dilakukan bukan sahaja menguji daya kefahamannya bahkan menyuntik kefahaman bahawa dirinya amat bermakna dalam hidup ibu dan ayah.


6. Pada usia enam bulan kedua, bayi banyak bertindak balas apabila namanya dipanggil. Dia juga amat tertarik dengan permainan yang mengeluarkan bunyi bising. Selain gemar tersenyum apabila anda bercakap dengannya, dia juga berupaya meniru suara binatang seperti mana yang anda pernah ajarkan.

Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Pelajari Sistem Pendengaran Bayi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM