Terkini

Menu

Panduan Membeli dan Memilih Pakaian Bayi

Panduan Membeli dan Memilih Pakaian Bayi


Panduan Membeli dan Memilih Pakaian Bayi

BAGI bayi yang baru dilahirkan, mereka sangat sensitif dengan keadaan persekitaran. Malah ada kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi.

Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kulit bayi mudah terpengaruh dengan rangsangan dan panas matahari. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu berhati-hati ketika membeli pakaian dan secara tidak langsung perlu tahu bagaimana hendak memilih pakaian bayi agar kulitnya kekal sihat dan lembut.

Bukan itu saja, ibu bapa juga harus tahu bagaimana hendak menjaga pakaian bayi agar ia tidak memudaratkan kulit bayi. Dari segi pemilihan baju, ia tidak hanya bergantung kepada corak dan warna baju.

Sebaiknya ciri-ciri seperti mudah dipakai, mudah ditanggalkan dan fabrik daripada jenis yang membolehkan bayi menyesuaikan suhu badannya dengan baik harus diberikan perhatian. Jika boleh elakkan daripada menggunakan sebarang serbuk biologi atau pelembut kain ketika mencuci pakaian bayi kerana dikhuatiri akan merengsa kulit bayi yang sensitif dan lembut itu.

Terdapat beberapa ciri-ciri yang harus dijadikan panduan untuk memilih baju bayi anda.

Ikuti panduan berikut:

  • Kain daripada kapas.Pakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi. Memakaikan bayi anda pakaian daripada kain kapas akan melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat.
  • Pilih saiz yang tepat.Ada ibu bapa yang membeli pakaian bayi agak besar dengan alasan boleh dipakai lebih lama tetapi jangan juga membeli pakaian yang hanya muat-muat badan dan terlalu ketat.Bayi sepatutnya memakai saiz new born dan sekiranya bayi anda dilahirkan besar, sebaik-baiknyanya pilih saiz pakaian bayi berusia satu hingga enam bulan. Usah pakaikan bayi dengan pakaian besar kerana ini membuatkan si kecil sukar bergerak dan kelihatan besar.
  • Elakkan baju bertali. Hindarkan memilih pakaian bayi yang perlu diikat. Fesyen bertali hanya sesuai untuk orang dewasa dan bukannya bayi.Sebaliknya pilih baju yang berbutang pada bahagian depan kerana ia lebih mudah untuk anda memakaikannya.
  • Berleher lebar.Pilih pakaian yang berleher lebar atau bulat supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya dan berlengan lebar.
  • Butang.Baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi.Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin.

Penjagaan pakaian bayi

  • Asingkan pakaian.Jangan campur pakaian anda dengan pakaian bayi ketika membasuh.Mengasingkan pakaian bayi membantu mengelakkan bakteria pada pakaian dewasa terkena pakaian bayi anda.Ini menjamin kebersihan sekali gus menjamin kesihatan kulit bayi anda.
  • Guna sedikit sabun.Basuh pakaian bayi menggunakan sedikit sahaja sabun.Sabun yang terlalu banyak digunakan menyebabkan kulit bayi merengsa.
  • Cara basuhan tangan.Jika basuh menggunakan tangan, elakkan memberus terlalu kuat. Sebaiknya anda gosokkan dengan tangan sahaja dan ketika membilas pastikan benar-benar bersih dan bebas daripada sabun untuk mengelakkan sebarang kerengsaan apabila dipakai semula oleh bayi.
  • Cara basuhan mesin. Gunakan program basuhan lembut.Program basuhan biasa boleh merosakkan pakaian bayi dan sebaiknya usah guna cecair pemutih kerana ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi merengsa.

Sumber: Utusan

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Panduan Membeli dan Memilih Pakaian Bayi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM