Terkini

Menu

Pengambilan Antibiotik Oleh Ibu Menyusu

Pengambilan Antibiotik Oleh Ibu Menyusu

Antibiotik Oleh Ibu Menyusu

Ikuti luahan RITA RAHAYU OMAR berkenaan pengalaman mengendalikan kes penggunaan antibiotik semasa menyusukan bayi seperti yang dinyatakannya kepada INTAN JASTINA JAMALUDDIN.
Sepanjang karier saya sebagai pakar laktasi dan pada masa yang sama merupakan ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu, saya berpeluang melalui pengalaman di mana seorang ibu diminta untuk menghentikan penyusuan susu ibu sewaktu mengambil ubat untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami. Lazimnya isu sebegini melibatkan pengambilan antibiotik.

Kenyataan yang disampaikan oleh doktor kepada ibu berkenaan amat menyedihkan saya apabila terpaksa melihat ibu, bayi dan seluruh ahli keluarganya berada dalam keadaan tertekan yang tidak sepatutnya berlaku. Penggunaan antibiotik tidak seharusnya memaksa seseorang individu itu untuk menghentikan buat sementara waktu penyusuan susu ibu. Adalah amat penting untuk memahami bahawa amaun apa-apa juga jenis dadah yang memasuki susu ibu adalah kecil dan kesan sampingan yang boleh mengenai bayi adalah tidak begitu ketara.

Ketahuilah bahawa dengan memberikan bayi menyusu susu formula untuk 10 hari ataupun hanya untuk beberapa hari sahaja sekali pun, bakal meningkatkan risiko bayi itu dengan sendirinya bercerai susu ibu. Ia juga boleh meningkatkan risiko dia keliru puting setelah beberapa hari selesa menyusu menggunakan botol susu.

Biarpun bayi memperoleh susu ibunya melalui penggunaan botol susu, ibu dan bayi telah kehilangan sesuatu yang sangat penting dan tentunya berharga. Ya. Ia adalah penyusuan terus susu ibu menerusi payu dara! Penyusuan susu ibu itu melebihi daripada sekadar susu bagi memenuhi keperluan seharian bayi. Ia adalah hubungan! Perhubungan yang tidak mungkin dapat ditiru melalui penyusuan botol biarpun isinya ialah susu ibu.

Kita perlu mengambil kira bahawa penyusuan susu formula hanya untuk beberapa hari boleh menyebabkan perubahan dalam usus bayi. Malah yang lebih penting, penyusuan susu formula meningkatkan risiko jangkitan usus akut dan saluran pernafasan bayi. Lebih daripada itu, ia meninggalkan kesan untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya ibu mengalami jangkitan tertentu, perlindungan paling bagus yang boleh ditawarkan kepada bayinya adalah meneruskan penyusuan susu ibu!

Antibiotik adalah sebahagian daripada beberapa jenis ubat yang paling banyak digunakan. Setiap antibiotik adalah unik sama seperti jangkitan yang dirawat. Terdapat beratus-ratus jenis antibiotik yang masing-masing memiliki mekanisme, spektrum klinikal dan kesan sampingan tersendiri. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila wanita kadang kala tidak pasti tentang apa yang serasi untuk digunakan ketika hamil atau menyusukan bayi. Lalu, golongan ini akan merujuk kepada doktor bagi mendapatkan pandangan dan nasihat berkaitan.

Secara umumnya, pada masa kini antibiotik diambil dengan lebih berhati-hati. Tambahan pula, terdapat banyak bukti tentang kelemahan berbanding manfaat yang ada pada antibiotik. Walau bagaimanapun, ada waktunya penggunaan antibiotik tetap penting dan dapat menyelamatkan nyawa. 

Pemilihan antibiotik untuk merawat keadaan tertentu bergantung pada organisma yang mungkin menjadi penyebab simptom yang mengambil kira apa sahaja alahan yang pernah terjadi sebelum ini seperti ruam akibat tindak balas terhadap penisilin. Kebanyakan antibiotik boleh menyebabkan bayi mengalami cirit-birit.

Sesetengah bayi mungkin berkeadaan resah apabila mengalami sakit perut atau kolik. Keadaan sebegini tidak memerlukan rawatan susulan. Keistimewaan meneruskan penyusuan susu ibu tentu sekali lebih baik biarpun terpaksa berhadapan dengan ketidakselesaan yang berlaku untuk tempoh sementara ini.

Apabila mengambil antibiotik, sentiasa pantau keadaan bayi dan lihat apa sahaja tanda-tanda masalah pernafasan, cirit-birit, ruam dan sikap mudah marahnya. Kesan sampingan yang paling biasa berlaku ialah cirit-birit. Masalah ini memang dijangka kerana antibiotik membunuh bakteria baik dalam ususnya.



Antibiotik intra-vena

Sesetengah antibiotik seperti gentamycin diberi secara intra-venakerana ia sukar diserap daripada usus. Apa sahaja ubat yang melalui susu ibu tidak mungkin dapat diserap bayi. Jadi, tiada sebab untuk menghentikan penyusuan susu ibu atas alasan demi keselamatannya.Walau bagaimanapun, ibu mungkin tidak sihat dan memerlukan orang lain untuk menjaga bayi dan membawa bayi kepadanya setiap kali sesi penyusuan.



Tetracyclines

Suatu ketika dahulu antibiotik tetracycline, dipercayaimampu mengotorkan gigi bayi (walaupun ia tidak kelihatan). Dalam jangka pendek(kurang daripada sebulan) ia tidak menjadi masalah kerana ubat itu bersatu dengan kalsium di dalam susu dan tidak diserap oleh bayi. Penggunaan jangka panjang contohnya antibiotik untuk jerawat sepatutnya dielakkan selagi boleh. Ubat dalam keluarga ini ialah tetracycline, oxytetracycline, minocycline (Minicin®), doxycycline (Vibramycin®) dan metronidazole.

Metronidazole (Flagyl®) dikatakan memberikanrasa tidak enakpada susu ibu dan menyebabkan bayi menolaknya. (Sukar untuk mengesan kajian asal yang mencadangkan siapa yang merasai susu ibu dan membuat keputusan ini). Kadang kalaia boleh mengubah warna susu ibu. Di Amerika Syarikat, dos tunggal 2g digunakan dan penyusuan susu ibu terganggu buat sementara waktu. Di United Kingdom pula, dos 200 hingga 400mg tiga kali sehari digunakan dan penyusuan susu ibu boleh diteruskan. Penggunaan intra-venatidak muncul untuk menimbulkan apa-apa kesukaran dalam laktasi.

Kepekatan susu selepas dos 400mg tiga kali sehari diambil akan menghasilkan 15.52 μg/ml susu ibu. 200mg tiga kali sehari sama dengan dos kepada bayi 3mg/kg/sehari berbanding dos 22.5mg/kg/sehari yang diberikan kepada kanak-kanak.



Info tambahan

Antibiotik tidak sesuai untuk mengatasi virus seperti batuk dan selesema.

Sumber: Majalah Pa&Ma Mac 2013

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

1 ulasan to ''Pengambilan Antibiotik Oleh Ibu Menyusu"

ADD COMMENT
  1. Assalammualaikum sy nurul...sy inhin bertanya anak sy bru 1 tahun 15 hari tiada kesan ka apabila sy mengambil antibiotic sbp sekarang sy tengah sakit tonsil dan bengkak

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM