Terkini

Menu

Bayi & Gigi

Bayi & Gigi 

Bayi & Gigi


Pada suatu masa dulu ramai menyangka bahawa jika bayi mempunyai gigi ketika dilahirkan, ia adalah tanda buruk. Pada hal proses pembentukan gigi bermula semenjak dari mereka dalam rahim lagi. Ini semua takdir Allah dan tidak ada kena mengena dengan nasib manusia.

Gigi awal, yang disebut sebagai ‘gigi susu’ adalah gigi yang sementara keluar daripada gusi. Inilah tanda kebesaran Allah apabila apabila gigi yang keluar tidak mengoyakkan gusi, tetapi gusi akan menjadi lembut bagi memudahkan laluan untuk pertumbuhan gigi.


Gigi susu akan mula tumbuh seawal tiga bulan dan mungkin ada yang agak lambat sedikit, sehingga berumur dua belas bulan. Kebiasaannya bayi akan mula mengeluarkan gigi antara enam hingga sembilan bulan.

Gigi akan tumbuh secara berpasangan, sebagai contoh jika satu gigi kacip telah keluar, akan diikuti oleh satu lagi gigi kacip, sebelum gigi-gigi jenis lain akan keluar. 

Bayi perempuan biasanya mengeluarkan gigi lebih awal dari bayi lelaki.

Pada kebiasaannya gigi ini akan keluar mengikut usia (anggaran):

  1. Gigi kacip bawah (2 batang): 6 bulan
  2. Gigi kacip atas ( 2 batang) : 8 bulan 
  3. Set kedua gigi kacip atas (2 batang) : 10 bulan
  4. Set kedua gigi kacip bawah (2 batang) : 10 bulan
  5. Set gigi molar pertama (4 batang) : 14 bulan
  6. Gigi taring (4 batang) : 18 bulan
  7. Set gigi molar kedua (4 batang) : 2-3 tahun


Menangis kerana tumbuh gigi 

Apabila gigi mula keluar dari gusi sudah semestinya, bayi akan merasa sakit kerana gusi menjadi bengkak. Tahap kesakitan yang dialami berbeza-beza ini bergantung kepada bayi itu sendiri. Ini bermakna ada bayi yang menangis kerana tidak tahan dengan kesakitan akibat keluar gigi dan ada bayi yang boleh tahan.

Kesakitan ini bermula seminggu sebelum gigi keluar dari gusi dan bayi merasa lega apabila giginya sudah keluar. Tanda biasa yang dapat dilihat pada bayi ialah air liur yang meleleh, mudah menangis tanpa sebab terutama waktu malam, demam yang rendah dan gusi yang bengkak.

Ada ibubapa yang perasan bayi mereka mula menghisap dan menggigit jari atau mainan mereka bagi mengurangkan rasa sakit. Ia akan hilang dengan sendiri tanpa perlu mendapatkan rawatan, kecuali ia bertambah teruk.

Selain itu mungkin terdapat ruam di muka bayi akibat air liur yang keluar dengan banyak.

Sumber: Facebook | Gambar

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Bayi & Gigi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM