Terkini

Menu

Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya 

  • Hai anakku ; ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau inginkan selamat, agar jangan karam layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.
  • Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah.
  • Hai anakku ; orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadat dan taat kepada Allah maka dia bertawaddu' kepadaNya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha untuk menghindarkan maksiat kepadaNya.
  • Hai anakku ; sekiranya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu), maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
  • Jauhkan dirimu daripada berhutang, kerana berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  • Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenarnya takut, tentu engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmatNya.
  • Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  • Jauh bersifat dusta. Sebab bersifat dusta itu mudah sekali mengerjakannya, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.
  • Hai anakku ; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja kerana pahitnya barang. Kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran, dan yang pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  • Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan musyuarahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.
  • Hai anakku ; bukanlah sesuatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. hal ini tidak ubah seperti seseorang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal dia masih menambahkannya.
  • Hai anakku ; apakah engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.
  • Selalulah baik tutur katamu dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang berharga.
  • Hai anakku ; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu darinya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  • Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlakumu sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain, kerana motivasi riya' iaitu menimbulkan cela.
  • Hai anakku ; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan dunia sahaja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya oleh dunia.
  • Hai anakku ; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain.
  • Hai anakku ; janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tiada gunanya bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  • Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat berkata yang mengandungi racun, barang siapa yang tidak dapat menahan ledahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
  • Hai anakku ; bergaullah rapat dengan orang yang alim dan berilmu. Perhatilah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagai tanah yang subur disirami air hujan.
  • Hai anakku ; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan nafkahkanlah selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang memberi beban kepada orang lain. Sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau berteman orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakanmu.
Sumber: www.assofea.edu.my
Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM